Princess of Alfa Kingdom

由 DemiRoseff

133K 12.1K 1K

Princess Diana, puteri yang dibesarkan sepenuhnya di istana. Semua rakyat mengenalinya tapi hanya mengenali n... 更多

Bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
author
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
author 2
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
bab 42
author 3
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
author 4 (last)
Thank you
Special Chapter
Special Chapter 2

bab 51

1.4K 165 19
由 DemiRoseff

    Genap sebulan permergian Diana yang tidak dijangka-jangkakan. Kejadian menimpa Diana membuka mata rakyat siapakah yang banyak berkorban demi negara yang megah ini. Bukan sahaja rakyat Alfa Kingdom bersedih dengan kehilangan Diana tetapi satu dunia. Diana telah dinobatkan sebagai puteri contoh dalam majalah Royal Blood. 

    King Dean sudah melakukan sidang media dan beritahu kepada satu dunia siapakah Diana yang sebenarnya. Ada yang terkejut, ada yang keliru tapi kebanyakkannya bersedih. Bila mereka tahu kisah hidup Diana membuatkan mereka lagi sedih. Tarikh kematian Diana dijadikan sebagai cuti umum setiap tahun. 

    Ramai yang ingin membalas perbuatan Beta Kingdom atas apa yang mereka sudah lakukan tetapi King Dean bantah. Cukuplah darah Diana sahaja yang mengalir di tanah kerana gadai nyawa demi negara, tidak mahu lagi perkara itu berlaku. Ada juga beberapa ahli sihir yang menjangkakan peperangan itu ialah peperangan yang terakhir dalam sejarah. 

    Peperangan itu dinamakan sebagai peperangan Diana. Nama itu diberikan oleh para ilmuan. Ada segelintir yang tidak berpuas hati kenapa peperangan itu dinamakan menggunakan nama manusia jadi para ilmuan itu menjelaskan perkara sebenar. Sekiranya Beta Kingdom menjajah Alfa Kingdom dan menjadikan Alfa Kingdom sebahagian daripada negara mereka, kemungkinan besar mereka akan cuba mewujudkan perang dunia.

     Dan Diana sudah tahu perkara itu dari dulu lagi sebab itu juga Diana setuju menggunakan dark strategy supaya bila peperangan itu gagal sekuranya-kurangnya ada askar yang masih berada di Alfa Kingdom yang boleh berlawan selamatkan negara walaupun kos untuk bina robot dengan jumlah yang  banyak agak tinggi. Peperangan ini menunjukkan kepintaran Diana mengawal keadaan dan membaca masa depan. 

    Perkara itu lagi membuatkan rakyat berduka buat kali kedua. Semua yang bernyawa mesti akan mati cuma yang membezakan kita semua ialah masa kematian dan cara kematian. 

    "Saya ada berita baik dan juga berita buruk. Berita baik adalah segala kelengkapan yang perlu digunakan untuk Beta State sudah selesai. Semuanya sudah sampai di Beta State hari ini." Beta Kingdom kini sudah sebahagian daripada Alfa Kingdom. Maksudnya, Beta Kingdom sudah hilang daripada peta dunia. Kerabat diraja Beta Kingdom sudah dikenakan hukuman selepas apa yang mereka sudah lakukan. Mereka menggunakan duit rakyat untuk diri mereka dan membuatkan rakyat menderita. Cara Beta Kingdom memang berbeza dari Alfa Kingdom.Mereka tidak mempunyai state langsung dan cara layanan mereka terhadap rakyat, itu membezakan Alfa Kingdom dan Beta KIngdom.

    Ramai yang berfikir rakyat Beta Kingdom tidak suka menjadi rakyat Alfa Kingdom tetapi disebaliknya. Mereka sangat suka dan sangat peramah. Mesti penat hidup di dalam negara yang tidak memikirkan rakyat sendiri. 

    "Berita buruk pula, kami masih belum jumpa mayat Princess Diana. Kami rasa mayat Princess Diana sudah di makan dengan ikan jerung." Badan Diana yang dibasahi dengan darah itu sudah tentu menarik haiwan itu, lagi-lagi air yang tenggelamkan Diana mempunyai ikan jerung. 

    "Suka hati kau je kan cakap 'mayat Princess Diana'. Di masih hidup, aku dapat rasa benda tu." Queen Dona memarahi tentera itu. King Dean usap badan belakang isterinya yang tercinta. Tiada sesiapa di situ yang menerima pemergian Diana tetapi mereka perlu menerimanya juga. 

    "Dona, jangan la marah dia tu. Betul la Di sudah tiada." King Dean tutur dengan nada memujuk.

    "Awak cakap boleh la tapi saya dah anggap Di tu macam anak saya. Saya sayang dia lebih dari nyawa saya tau." Air mata mengalir di pipi Queen Dona dengan deras. King Dean masih usap badan belakang isterinya itu. Bila mereka dapat tahu Diana sudah tiada, ibarat masa berhenti berdetik, terasa dunia amat gelap, bumi berhenti berputar. Queen Dona pengsan selepas mendengar khabar itu, Prince Damien dan Price Danish tidak perasan ibu mereka pengsan selepas mendengar berita itu mereka tenggelam dalam dunia kesedihan mereka. King Dean terduduk di atas kerusi dan membiarkan dayang membawa Queen Dona ke hospital.

    Mereka bukan tak nak tolong tapi kesedihan yang melampau membuatkan mereka tidak sedar apa yang sedang terjadi di persekitaran mereka. Kehilangan orang yang tersayang dalam keadaan tidak dijangkakan amatlah perit. Kita akan mula berasa menyesal sangat dengan perbuatan diri kita. Prince Danish menangis teresak-esak selepas dia kembali sedar dari dunia kesedihan itu.

    Prince Damien datang memeluk adik lelakinya itu sambil menangis tanpa suara. Prince Damien memeluk erat abangnya sambil air mata miliknya membasahi baju kemeja abangnya. King Dean tidak dapat menerima kehilangan Diana mula memegang kepala kerana sakit kepala. Air mata lelaki dan seorang ayah juga mengalir. Perasaan menyesal dan sedih mengawal diri. Menyesal kerana membenarkan Diana pergi ke peperangan itu.

    Prince Danish lepaskan perlukan abangnya dan berjalan menuju ke King Dean. King Dean sedar anaknya mendekati lalu mengangkat kepala. Wajah Prince Danish yang kemerahan itu dipandang sayu, Prince Danish kini memeluk ayahnya pula. Dulu Diana hanya tidur kini sudah tiada buat selama-lamanya.

    "Ayahda, Di dah tiada." Dengan suara yang tersekat-sekat Prince Danish tetap meluahkan perkataan itu juga. King Dean memeluk badan Prince Danish. 

    "Danish kena kuat. Danish tahu kan Di tidak suka tengok kita nangis. Jadi Danish kena kuat." King Dean berkata bergitu sambil air mata disapu dengan kasar. 

     'Abang tunggu Di kat istana.' Prince Damien teringat Diana pernah bercakap begitu dengannya. "Abang tunggu Di balik tapi kenapa Di tak balik. Di dah mungkir janji." Kata Prince Damien perlahan. Dia hanya memerhati ke luar istana, memandang pokok-pokok hijau supaya dapat menenangkan hati. Dia ingin memeluk King Dean dan Prince Danish juga tapi dia perlu kuat demi yang tersayang.

    "Tapi kita perlu kuat Dona. Kita perlu kuat." King Dean berhenti mengusap badan belakang isterinya dan kembali fokus terhadap meeting yang dilakukan.

    Meeting tersebut dihadiri kerabat diraja atasan termasuklah Leona, Leo dan Lewis. Selain itu, Aaron, Malique, Adrian, Jasmin, pengetua Henry dan beberapa ahli general. Jasmin tidak berada betul-betul di medan peperangan tetapi dia ialah salah satu tentera yang berjaya bertahan hingga ke penamat. Adrian duduk di hujung sekali bermain dengan jarinya sedih bila mengingatkan dia tidak sempat kejar Diana dan tidak sempat ucapkan terima kasih untuk semua memori dan pertolongan yang Diana hulurkan. Dia sudah sembu dari penyakitnya tetapi Diana pula sudah tiada. 

    "Aku rasa kita perlu mengetatkan lagi operasi mencari Diana. Mungkin juga Diana tidak mati lagi."

    "Princess Diana sudah mati." Ucap pengetua Henry. Semua fokus terhadap apa yang pengetua Henry cakapkan.

    "Maksud kamu, Henry?" Soal King Dean.

    "Princess Diana sudah tahu dia akan mati di medan peperangan." Semua terkejut dengan apa yang pengetua Henry cakapkan. 

    "Macam mana kamu tahu?" Kini Queen Dona mula bertanya.

    "Dia sendiri yang cakap kepada saya." 

_______________________________________

    Diana berjalan ke bilik menempatkan pengetua Henry di istana Alfa Kingdom ini. Diana saja menggunakan jalan jauh untuk melihat seni bina istana itu dan berhenti di taman bunga indoor. Kemudian dia meneruskan perjalanan menuju ke bilik itu. Diana berjalan dan berhenti dari bilik itu. Diana mengetuk pintu bilik itu dan bila dia mendengar orang ujar masuk barulah dia masuk.

    "Ye siapa tu?" Pengetua Henry mengangkat kepala lalu terus berdiri. "Tuanku. Kenapa tuanku tidak cakap tuanku nak datang?" Pengetua Henry menarik kerusi yang bertentangan dengannya untuk Diana. Diana duduk di atas itu dan mengucapkan terima kasih.

     "Aku saja nak buat suprise." Pengetua Henry tersenyum mendengarnya.

    "Apa hajat tuanku ke mari?" Soal pengetua Henry terus.

    "Aku nak tanya kau sesuatu." Diana kembali dengan wajah serious nya.

    "Apa dia tuanku? Takut pula saya."

    "Tapi aku nak kau janji dengan aku jangan bagitau sesiapa sampai lah perang tamat. Janji?"

    "Janji tuanku." Pengetua Henry fokus dengan apa yang Diana ingin cakapkan setelah diam agak lama.

    "Sejak-kemenjak ni, aku selalu mimpi benda yang sama. Setiap hari pulak tu. Betul ke kalau kia selalu mimpi benda yang sama, mimpi itu akan jadi kenyataan?" Soal Diana gemuruh. Dia berharap jawapan yang ingin pengetua Henry ucapkan itu lain daripada Diana ramalkan.

    "Betul. 90% boleh menjadi kenyataan, lagi-lagi kuasa tuanku memang boleh lihat masa depan tuanku sendiri."  Diana hampa sebentar sebelum kembali dengan wajah dinginnya. Pengetua Henry yang sedar riak wajah Diana lain mula gelisah.

    "Tuanku mimpi apa?" 

    "Kalau aku cakap ni kau jangan terkejut tau."

    "Tak de la. Tuanku mimpi tuanku khawin dengan Adrian ke?" Sakat pengetua Henry, Diana tergelak sedikit.

    "Bukan lah."

    "Lepas tu?"

    "Aku mimpi aku akan mati." Senyum yang mekar di bibir pengetua Henry pudar setelah mendengar ayat itu keluar dari mulut Diana. Diana menghadiahkan senyuman kepada pengetua Henry. 

    "Tuanku, tuanku okay?"

    "Okay."

    "Kalau saya tanya ni tuanku jangan marah ye?"

    "Apa dia?" Diana tertanya-tanya apa soalan yang ingin diajukan kepada dirinya.

    "Tuanku tak takut?" Soal pengetua Henry takut-takut. Diana mengangguk.

    "Tipu la kalau aku cakap aku tak takut tapi aku akan pergi ke tempat yang lebih baik bukan. Aku dapat jumpa dengan bonda dan ayahda kandung aku, abang kandung aku, Xavier. Every human that breathing on earth will die including you, pengetua Henry. And I know it's time to go." Ujar Diana. Walaupun nada suara Diana dikawal sehingga menjadi normal tapi pengetua Henry dapat merasakan Diana sedih menuturkan perkara itu.

    They say you die twice. One time when you stop breathing a second time, a bit later on, when somebody says your name for the last time. 

    Takut, kecewa, sedih dan pelbagai perasaan bila teringatkan kita akan pergi dari dunia ini. Lagi-lagi bila kita hampir mencapai kebahagian. Tapi tak usah la sedih kerana setiap perkara yang berlaku mesti ada sebabnya. 

    "Tuanku, ahli keluarga tuanku tahu ke yang tuanku akan pergi?" Kata-kata Diana tadi cukup membuatkan dirinya berfikir adakah hidup kita ini bermakna atau kita hidup kerana kita tidak mahu mati.

    Sesetengah manusia yang masih bernyawa hanya hidup kerana tidak mahu mati. Sedih bukan? Dan lebih menyedihkan kita ialah salah satu dalam golongan itu. Kita penat dengan dunia ini dan semua manusia di dalam muka bumi ini mesti pernah terfikir sekiranya mereka patut mati ke tidak. 

    Adakah kita tidak bersyukur dengan setiap hembusan nafas kita? Ya. Kita masih boleh bergerak, melihat, mendengar, bercakap dan bernafas tetapi kenapa kita masih tidak bersyukur. Adakah kerana kita tidak pernah berfikir dengan kurnian tuhan? Kita terlalu buta, sehinggakan setiap perkara yang kita lihat sangat menarik kita tidak pernah nampak. Kita selalu merungut dengan kehidupan kita tanpa kita sedar kita tidak pernah hargai.

    "Tidak, cukuplah kau saja yang tahu. Aku tak nak diaorang risaukan aku, nanti susah pulak aku." Diana tergelak sedikit manakala pengetua Henry kaku tidak tahu ingin tunjuk riak apa. 

    "Aku nak cakap terima kasih sebab rawat Adrian dan selalu bagi nasihat untuk aku. Tapi aku sangat hargai kau berkawan dengan Lewis. Lewis pernah cerita dekat aku yang kau seorang yang baik dan aku tidak menidakkan benda tu. Thank you for everything." Diana tutur ikhlas. Di dalam sudut hatinya, dia sangat bersyukur dapat bertemu dengan seseorang yang baginya amatlah hebat.

    "Tuanku tidak perlu terima kasih. Sudah menjadi tanggungjawab saya." Pengetua Henry senyum sedikit. 

    "Baiklah. Aku perlu pergi, banyak lagi kerja yang tertangguh." Diana berdiri dan berjalan keluar. Tetapi sesuatu yang membuatkan Diana berhenti. Diana pusing dan pergi semula kepada pengetua Henry. Pengetua Henry yang agak keliru dengan keadaan itu hanya memerhati sahaja. 

    Tiba-tiba, Diana memeluk pengetua Henry erat. Entah bagaimana pengetua Henry memahami maksud perlukan itu dan memeluk Diana kembali. 

    "Maybe this is first and last I'm hugging you." Diana melepaskan perlukan itu dan memandang ke arah pengetua Henry yang masih berharap itu sekadar mimpi. "When I said thank you, I really mean it. That was not a joke and it come from my heart."

    "I know." 

    Diana tundukkan kepala sikit dan terus melangkah keluar dari bilik itu. Sakit betul hatinya kini menahan pilu yang sangat kuat. Diana keluar dari bilik dan wajahya kini kembali pada wajah dinginnya yang memendam seribu satu perasaan.

______________________________________

    "Itu lah kali terakhir saya bercakap dengan Princess Diana." Pengetua Henry tutur perkara itu dengan kepala ditundukkan.

    "Jadi maksud kau, Di sudah tahu lama dia akan mati?" Prince Damien soal kerana dia agak keliru.

    "Ya. Princess Diana tahu dia akan pergi sebab itu dia buat buku itu."

    Diana menulis sesuatu di dalam buku dan buku itu dijumpai di atas meja Diana. Buku itu tersimpan pelan selepas peperangan dan pelan untuk masa hadapan juga. Diana sudah menyiapkan semua perkara cuma bukan dia yang melakukan semua itu. Buku itu dijumpai oleh Prince Danish dan dia memberikan buku itu kepada King Dean.

    King Dean ialah manusia yang diamanahkan untuk melakukan pelan itu walaupun pelan itu agak rumit tetapi masih masuk akal. Sekirannya pelan itu berjaya, Alfa Kingdom akan mempunyai ekonomi yang stabil dan juga boleh membantu rakyat-rakkyat yang susah.

    Diana juga ada menulis di buku itu. 'Selama ni aku tertipu dengan semua perkara yang dengar. Aku bangga dengan pangkat yang aku ada hingga lupa kepentingan rakyat. Sudah masanya aku ubah pemikiran ini. Aku sendiri melihat menggunakan mata aku sendiri, rakyat aku banyak yang susah. Kini aku perlu lakukan sesuatu demi rakyat.' Diana menulis perkara itu kemudian tanda tangan di bawah sekali.

    "My Di, simpan semua itu seorang diri. Mesti penat kan." Queen Dona kembali beremosi dan King Dean juga kembali menenangkan isterinya.

    "Boleh tak saya cakap sedikit?"

    "Boleh, silakan. Cakap apa itu, Encik Sean?" Prince Damien membenarkan Encik Sean berkata. Encik Sean merupakan pemandu peribadi Diana hampir 4 tahun.

    "Saya bukannya nak masuk campur urusan kerabat diraja atasan cuma saya tahu Princess Diana mesti tidak suka dengan perangai kita sekarang ini. Meratap kematian dia. Daripada kita meratapi kematian lebih baik kita doakan Princess Diana. Kita tidak tahu apa yang berlaku terhadap dirinya, mungkin mati mungkin juga masih hidup. Kita tidak tahu." Kehilangan Diana sangat-sangat menyedihkan baginya. Diana lah yang menyelamatkan dirinya bila hidupnya terumbang-ambing. Waktu hidupnya dipenuhi hutang, ahli keluarga yang kelaparan. Dia buntu ketika itu tapi Diana datang menolongnya dengan menawarkan kerja sebagai pemandu tetapi gaji setaraf doktor.

    Kini hidupnya lebih senang lebih mudah. Keluarganya boleh makan sedap-sedap tidak perlu kebulur lagi.

    "Betul cakap, Encik Sean tu. Kita doakan yang terbaik sahaja buat Di. Tapi kita masih lagi  mencari mayat Di." Pertanyaan King Dean itu disetuju semua orang di dalam bilik itu. "Kalau macam tu, kita tamatkan meeting kita kali ini." 

    Semua keluar dari bilik meeting itu kecuali Leona. Dia masih menyoalkan dirinya.

    "Kenapa la kau bodoh sangat Leona. Kau sendiri sedar ada benda tidak kena dengan Diana." Leona masih duduk di atas kerusi itu sambil mengurut kepalanya. Leona letakkan kepalanya di atas meja dan terlelap sebentar. Dalam beberapa minit, Leona terjaga.

    "Mimpi apa tu?"

继续阅读

You'll Also Like

45.4K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia 🗿 Eh tib...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
190K 10.5K 26
Sarah... Nerd, selalu ikat ponytail... Hanafi... Nakal, selalu kacau Sarah... Tapi... Satu kejadian telah berlaku... Sebelum tamat Sekolah Menengah...
203K 14.8K 33
[Karya kedua queenzfina] [1st of Triplets Series] [Beautiful cover by @ShaDhia] 🏅Achievement 🏅 🏆 The Best Teen Fiction 2020 | The Diamond Award �...