Pengganti Cinta ✓

Door shazandrah

378K 19.7K 1.2K

[ 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓿𝓸𝓵 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama se... Meer

bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
bab 42
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
bab 58
bab 59
bab 60
bab 61
bab 62
bab 63
bab 64
bab 65
bab 66
bab 67
bab 68
bab 69
bab 70
bab 71
epilog
qyue's talk
special chapter 1
special chapter 2
special chapter 3
special chapter 4
Emran & Katrina

bab 48

4.4K 239 3
Door shazandrah

Cinta Yang Tak Terganti

MEJA makan yang dipenuhi dengan pelbagai juadah itu menarik minat Rayyan yang baru turun ke bawah . Seharian hari ini , dia hanya terperuk dalam bilik kerja saja . Banyak kerja yang perlu dia selesaikan . Lagi - lagi bila dah dapat projek baru ni , lagi sibuk lah dia . Tapi kesibukkan itu langsung tak menghalang dia untuk bermanja dengan si isteri tercinta . Ahaks !

Dahi Rayyan berkerut seribu melihat juadah yang hampir penuh meja itu . Bini aku ni dah kenapa ? Banyak betul masak . Kebulur ke macam mana ni ?

Qalisha yang keluar dari dapur hanya mengabaikan saja suaminya itu . Tanganya sibuk meletak makanan - makanan yang di bawa dari dapur . Rayyan yang perasan akan kewujudan Qalisha . Mengalihkan matanya melihat Qalisha .

" Sayang , kenapa banyak sangat makanan ni ? Sayang nak buat apa banyak - banyak ni ? Kenduri ? " Tanya Rayyan . Qalisha yang mendengar soalan Rayyan terus menghentikan aktivitnya . Kepala diangkat memandang Rayyan .

" Seriously ? Awak lupa ke ? "

" Lupa apa ? "

Qalisha yang mendengar sudah menepuk dahi sendiri . Ya allah suami aku ni . Dah kenapa jadi pelupa pula ni ? " Family kita nak datang rumah lah . Semalam kan saya dah beritahu "

Rayyan yang mendengar seperti nak ketuk kepala sendiri ke dinding . " Ya allah saya lupa lah sayang . Aduh lah . Ada apa - apa nak saya tolong tak ? "

" Macam mana tak lupa kalau dalam kepala otak tu ada kerja jee . Sibuk betul ! Tak ada nak buat apa - apa dah . Semua dah siap cuma air jee nanti buat " Balas Qalisha . Lepas saja letak hidangan terakhir terus dia berlalu pergi ke dapur kembali . Rayyan yang mendengar nada berjauh hati Qalisha sudah mengutuk diri sendiri .

Bebal lah kau Rayyan . macam mana boleh lupa ni ? Bodoh betul ! Habis isteri kau dah jauh hati . haih .
























Siang sudah pun melabuh kan tirai , malam pula menjelma kembali dengan bintang yang bertaburan indah di dada langit .

Qalisha sibuk persiap kan diri di depan cermin . Tudung bawal yang berada di atas katil di ambil dan diletakkan pada kepala setelah anak tudung dipakai . Kerongsang yang sudah diletakkan di atas meja solek di ambil dan dipinkan di bawah dagu . Awning tudung dibetulkan apabila ada yang kelihatan kembung .

Rayyan keluar dari bilik air dengan hanya memaikai seluar . Dia pergi ke wardrope dan mengambil baju t-shirt berwarna putih . Setelah siap di pakai , dia keluar dari wardrope . Matanya terlihat Qalisha yang sedang duduk di meja solek . Dari kejadian petang tadi lagi , Qalisha tak menghiraukannya . Terasa hati betul isterinya itu . Dalam tak sedar Rayyan mengeluh perlahan .

Kakinya  menapak perlahan ke arah Qalisha . Qalisha yang berada di meja solek hanya buat tak tahu akan kedatangan suaminya . Bukan dia tak nampak Rayyan yang melihat kearahnya lama tadi melalui cermin . Namun saja dia endahkan . Sesampai saja di belakang Qalisha , Rayyan memegang lembut dua belah bahu isternya .

" Sayang " Panggil Rayyan lembut . Qalisha hanya menghmkan saja . Rayyan yang mendengar mengeluh . Bukannya tak pernah Qalisha menyahut panggilannya macam tu tapi kali ini dia tahu bahawa isterinya ini sedang merajuk . Salah kau juga Rayyan .

" I'm sorry , sayang . Really sorry . Abang tak ada niat pun nak lupa tentang makan malam ni tapi ... "

" Tapi awak sibuk dengan kerja office awak tu " Beluk sempat Rayyan menghabiskan ayat nya , Qalisha sudah memotong dan menyambung ayat dia . Rayyan yang mendengar terus memeluk leher Qalisha dari belakang . Rasa bersalah menyebelungi dirinya . Bukan dia nak abaikan isterinya namun kerja nya terlampau banyak .

" I'm sorry sayang . Maafkan abang pleaseeee " Rayu Rayyan sambil melihat wajah Qalisha melalui pantulan cermin . Qalisha yang mendengar terus berasa kasihan . Bukan niat dia untuk merajuk tapi dia terasa terabai . Dia pun nak juga bermanja dengan suaminya . Dia nak suaminya ada masa untuknya walaupun sibuk macam mana sekali pun . Dia rindu suaminya sendiri . hm .

" Saya maa... " Belum habis Qalisha berkata , bunyi loceng menganggu sesi memujuk itu . Terus Qalisha berpusing menghadap Rayyan . Rayyan pula sudah melepaskan pautan di leher Qalisha dan memusing melihat pintu bilik mereka . Kepalanya memusing kembali ke arah Qalisha . Qalisha hanya mampu tersengih manakala Rayyan sudah mengeluh .

Haih , masa macam ni lah nak datang . Kacau betul lah !

" Jom lah abang , family kita dah datang tu " Ajak Qalisha . Dia mula berdiri mengadap Rayyan . Rayyan yang mendengar nama panggilan itu tersentak . Mata nya bulat memandang Qalisha . Qalisha yang melihat tertawa kecil . Tangan Rayyan diambil dan di genggam .

" Perbincangan kita belum selesai lagi tau " Qalisha tersenyum dan mengheret Rayyan untuk turun ke bawah . Rayyan yang mendengar hanya tersenyum . Tak apa lah perbincangan belum selesai lagi pun asalkan sayang dah panggil abang , abang . hehe .

" Abang , mana diaorang ni ? Dah tiga kali tekan loceng , tak keluar - keluar pun " Kata puan Sri Azizah . Tak sabar nak jumpa anak menantu ni .

" Ish , awak ni pun . Bawa lah bersabar " Balas Tan Sri Razif . Yang lain yang berada disitu ketawa kecil melihat telatah pasangan itu . Saat mereka tertawa , pintu utama rumah agam itu pun terbuka dari dalam . Qalisha dan Rayyan yang berpegangan tangan itu terus saja menengur .

" Amboi , sakannya gelak " Tegur Rayyan bersama senyuman . Mereka yang berada disitu pun mengalihkan wajah melihat Rayyan .

" Ya allah anak aku ni " Kata Puan Sri Azizah sambil berjalan ke arah Rayyan . Badan anaknya dipeluk erat melepaskan rindu . Rayyan juga membalas pelukan itu .

" Kenapa kamu tak menjenguk mummy kt rumah ? " Tanya Puan Sri selepas melepaskan pelukan . Rayyan yang mendengar soalan cempumas itu hanya tersengih .

" Bukan taknak balik mummy tapii... " Belum sempat Rayyan menghabis kan ayatnya . Qalisha dulu menyambung .

" Tapi sibuk dengan kerja mummy " Perli Qalisha . Matanya dijeling sedikit ke arah Rayyan . Rayyan yang mendengar sudah memuncungkan mulut nya . Umph mengadu lah tuuu .

Puan Sri yang mendengar sudah menggelengkan kepalanya . Bukan dia tak kenal dengan anak sulong dia ni . Kalau dah berkerja benda yang jadi kat sekeliling pun tak dihiraukan . Nasib baik lah Qalisha muncul dalam hidup Rayyan kalau tak jangan harap lah dapat menantu awal .

" Mamaaaaa " Rengek Qalisha manja . Dia berlari anak ke arah Datin Sri Aisyah . Sampai saja terus dipeluk tubuh mamanya itu . Rindu ! Datin Sri pula sudah tergelak dengan telatah anaknya ini . Dah berkahwin pun manja lagi .

" Amboi adik , tahu lah rindu tapi jemput lah tetamu ni masuk " Perli Ariq . Qalisha yang mendengar sudah tersengih tak bersalah . Malas berlengah kan masa , terus saja Qalisha menjemput family dia dan Rayyan untuk masuk ke rumah .

Mereka bergerak ke meja makan sambil bergelak ketawa . Berbual di ruang tamu tadi belum cukup . Terlalu banyak cerita diceritakan oleh pasangan pengantin baru itu . Keluarga mereka juga tak terlepas bercerita . Hm dah 4 bulan kahwin pun masih lagi dianggap pengantin baru ke ?

" Wah ! Banyak betul kak Sha masak . Semua nampak sedap - sedap pula tu ! " Kata Raisya mikayla teruja . Dia melihat dengan mata bersinar pada makanan - makanan yang tersedia di atas meja . Qalisha yang mendengar tergelak kecil .

" Biasa aje lah isya . Bukannya makanan dari hotel 5 bintang pun " Kata Qalisha sambil tersenyum kecil . Malu di puji seperti itu .

" Heh , mana ada lah . Kalau kak Sha masak , hotel 5 bintang pun boleh kalah tau . Masakan kak Sha tiptop ! " Puji Raisya lagi . Rayyan yang mendengar sudah kembang kempis hidungnya . HAHAHAHHA dipujinya orang lain , orang lain yang bangga .

Heh mesti lah bangga , yang kena puji tu bini aku tau ! ahaks !

" Ada - ada je lah Isya ni " Qalisha tergelak malu .

" Heh duduk lah . Jangan berdiri jee . Tak makan lah kita kalau berdiri jee " Ajak Rayyan apabila tiada tanda - tanda keluarga nya mahu duduk .

" Heh aku baru nak perli lagi tadi . Tapi kau lagi cepat je tangkap " Kata Ariq . Azreen yang mendengar sudah menggulingkan biji matanya ke atas . Apa masalah budak ni hari ni ? Putus cinta ke yang nak asyik perli je kerja ?

Tanpa aba - aba kepala Ariq diketuk kuat oleh Azreen . Mengadu sakit Ariq . Tempat kepala yang diketuk tadi di gosok sambil merenung geram ke arah Azreen .

" Kau dah kenapa ? Sakit tahu tak ? " Tanya Ariq geram . Kaki dihentak - hentak ke lantai . Azreen hanya melihat dengan pandangan kosong saja .

" Kau yang memekak , kena lah dengan aku . Hentak - hentak kaki tu kau ingat comel lah ? Dah macam beruk " Kata Azreen selamba . Ariq yang mendengar itu terus saja ditarik rambut kemas Azreen . Terkejut beruk Azreen dibuatnya .

" Woi , woi ! Kau jangan tarik rambut aku lah ! Lepas lah woi ! " Jerit Azreen menahan sakit . Huwaaa mama , Ariq main rambut Azreen ! Perhiasan termahal lelaki ni !

Ariq pula sudah tergelak jahat . " Padam muka kau ! HAHHAHAHAH . Ambik ni lagi , ambik ! " Kata Ariq sambil ditarik kuat lagi rambut Azreen . Mereka yang sudah ambil tempat di meja makan sudah ketawa melihat babak adik beradik ini bergaduh . Tapi tak pada Qalisha . Pening kepalanya ada dua abang berperangai budak - budak macam ni .

" Along ! Angah ! Sudah lah tu ! Pening lah kepala adik tengok korang gaduh ! " Marah Qalisha geram . Tapi langsung dihiraukan mereka berdua . Makin galak mereka gaduh adalah .

Ish ! geram betul aku dengan dua beruk ni . Nasib baik abang je kalau tak dah lama aku humban dalam loji tahik sana .

" Kalau along dan angah taknak berhenti , adik merajuk ! Tak nak jumpa along dan angah selama setahun ! " Kata Qalisha lagi . Tangan disilangkan ke dada manakala wajahnya pula sudah memandang ke arah lain . Merajuk !

Azreen dan Ariq yang mendengar kata - kata Qalisha tersentak . Laju saja mereka memandang wajah adik kesayangan . Pegangan pada anggota antara satu sama lain dileraikan dan mereka berdua laju saja melangkah ke arah Qalisha .

" Huwaa adik ! Jangan lah macam ni . Angah janji tak gaduh dah ! " Teriak Ariq setelah melutut di sebelah kerusi yang Qalisha duduki .

" Adik along yang cantik , jangan macam ni pleasee . Along janji , along tak gaduh dah " Pujuk Azreen lembut . Tangan Qalisha digapai dan digenggam erat . Memujuk ! Bukan macam si Ariq tu , berteriak je tahu . haih .

Qalisha yang mendengar kata - kata janji si abang mula mengukir kan senyuman . Wajah ditunduk melihat kiri dan kanan nya . Hehe macam ni kita suka . Tak gaduh - gaduh .

" Adik pegang janji along dan angah "

Azreen dan Ariq tersenyum lebar . Dipeluk kemas adik mereka . Haih tak tahu lah macam mana diaorang nak hidup kalau penguat mereka ditakdirkan tak ada suatu hari nanti . Beberapa tahun yang lepas pun sudah buat mereka hilang arah apabila berita yang tak di ingini dikhabarkan . Lemah jantung mereka . Mereka berjanji akan lindungi dan menyayangi Qalisha sampai mati .

Mereka yang berada di meja makan tersenyum suka melihat permandangan tiga adik beradik ni . Cantik . Dipenuhi dengan kasih sayang . Rayyan tersenyun manis . Suka melihat senyuman bahagia yang terukir di wajah isterinya . Cantik macam selalu .

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

101K 4.3K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
1.1M 48.1K 67
Syafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan...
323K 15.2K 63
Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripada aku ?" -Faqira. "Tak penting untuk kau...
1.4M 77.8K 55
4th Romance by CikMardiah Cover by @_Aisywa NUREEN DAMIA. Dia ingatkan perkahwinan yang terbina atas dasar cinta itu akan kekal bahagia sampai bila-b...