Bukan Cinderella

Door Lollysnow

2M 146K 18.3K

(COMPLETED) Hidup tak seindah kisah dongeng si Cinderella yang sanggup diseksa si ibu tiri dan kakak tiri se... Meer

Lily + Khair
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
EPILOG

8

35.3K 2.8K 559
Door Lollysnow

Jadi inilah makna keseorangan.

Sunyi tiada sesiapa yang berada difikirannya. Tiada sesiapa yang mampu buat dirinya tersenyum lagi. Kosong.

Hidup rasa tidak sempurna dan tiada maknanya jika dia teruskan. Ia akan lebih menyakitkan. Dia hilang seorang ibu, wanita yang paling dia sayang. Dan sekarang, walaupun ayahnya masih hidup, tiada maknanya juga. Dia dan Ibu dikhianati.

Baru sehari dia ditinggalkan, tanah kubur ibunya masih segar tertibus. Dan hari dia kembali dengan tangisan. Bukan sahaja kerinduan, malah kesakitan yang membawa dia kesitu.

"Kenapa ibu tak bawa Lily sekali..."

"Lily tak mahu hadap semua kenyataan ini seorang diri ibu. Lily tak nak sesakit ini.." Teresak-esak Lily pegang dadanya. Sesak penuh dengan emosi.

"Dunia ni tak adil buat Lily.. Lelaki yang Lily sayang dan sanjung selama ini. Kenapa dia?!! Kenapa dia yang jadi punca kematian Ibu!!"

"Lily nak tidur dengan ibu.. Lily nak tidur dan bangun tanpa fikirkan apa-apa lagi.." Lily pegang tanah mengambus kubur ibunya. Perlahan-lahan tubuh dibaringkan. Tanpa alas.

Kini air matanya jatuh di mengena tanah.

"Lily.." Terbuka mulut Khair mencari nafas. Melihat Lily seperti itu cukup buat jiwa lelakinya turut sakit.

"Abang baliklah.. Lily tak nak balik." Teresak-esak Lily menutur.

"Tak boleh macam ni Lily."

"Lily nak tidur dengan ibu.. Lily nak tenang.." Perlahan-laham kelompak mata dikatup, senyuman tipis terukir dibibir. Dia rasa dekat dengan ibunya.

"Lily sayang ibu.." Tanah kubur ibunya diusap seperti dia mengusap ibunya disisi. Rindu. Dia sangat rindu.

Bunyi deringan telefon buat Khair tersentak dari menatap Lily. Tangannya naik mengusap air mata yang entah bila jatuh ke pipi sebelum menyeluk poket seluar mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Khair! Ini Uncle Fajir. Lily macam mana Khair?" Jelas kedengaran suara kegusaran lelaki itu ditalian.

Khair hela nafas berat sebelum anak matanya bergerak memandang Lily berbaring di atas tanah tepat disebelah kubur ibunya.

"Menyedihkan." Sepatah dibalas Khair. Entah kenapa hatinya turut rasa sakitnya.

"Khair kat mana sekarang? Uncle pergi sana bawa Lily balik." Soal Encik Fajir lagi.

"Tanah perkuburan. Di kubur Aunty Nisa." Tak bernada Khair membalas.

"Okay."

Tut..

Panggilan dimatikan begitu sahaja. Encik Fajir pasti terlalu risaukan anaknya. Tapi hatinya kuat mengatakan, Lily yang sekarang pasti sukar untuk dipujuk.

Lily bukan anak kecil lagi.

Anak mata Khair jatuh memandang tapak kaki Lily sudah kering dengan darah pekat. Gigi diketap dengan nafas ditarik panjang. Seraya itu dia perlahan-lahan melangkah dan duduk mencangkung. Wajah Lily yang telah lena ditatap lama sebelum tangannya bergerak mencepung tubuh gadis itu.

Tidurlah Lily..
Kalau hanya itu yang buat kesakitan itu hilang.
Hari esok lebih menyakitkan..

•••
"Saya dah bersih luka dan balut kaki dia." Doktor Ilham memandang susuk lagi pegun memandang gadis terbaring lemah di atas katil pesakit. Entah apa difikiran lelaki itu, dan apa yang berlaku pada gadis bernama Lily itu.

"Adakah dia masih gagal terima kematian ibu dia?" Soalan doktor itu buat Khair berpaling.

"Not really. Thanks doctor." Khair melangkah menghampiri Lily sebelum rambut gadis itu diusap dengan tangan.

"Khair.."  Sekali lagi namanya diseru buat Khair  berpaling memandang. Satu senyuman tipis terbit diulas bibirnya.

"Baliklah, Uncle boleh jagakan Lily."

Mata Khair kosong memandang lelaki itu. Entah kenapa hatinya tidak yakin untuk serahkan Lily kepada ayahnya sendiri. Dia takut perkara buruk akan berlaku jika Lily bangun kelak.

"Uncle yakin uncle boleh pujuk Lily?" Soalan Khair buat Encik Fajir kelu memandang lelaki itu. Kata-kata Khair mendalam.

Doktor Ilham yang tadinya sekadar pemerhati mengerut dahi. Ada apa sebenarnya dengan mereka.

"Lily sudah besar, dia bukan anak kecil lagi.."

"Itulah sebabnya.." Khair paling memandang Lily terbaring lemah di atas katil, wajah lenanya terlalu menyedihkan.

"Jika Lily masih kecil, rasanya tak mungkin sesakit sekarang. Tapi sekarang Lily dah dewasa, dia sudah tahu soal perasaan, dan sakit dikecewakan." Panjang lebar balasan Khair buat Encik Fajir tertunduk. Apa dikatakan lelaki itu betul.

"Uncle dah buat salah, uncle dah hilang isteri uncle. Uncle tak mahu kehilangan Lily pula.." Encik Fajir melangkah menghampiri anak gadisnya. Tangan Lily dicapai lalu digenggam kemas.

"Saya faham.." Khair hela nafas berat.

"Saya balik dulu." Sempat dia bersalaman dengan Encik Fajir sebelum berlalu meninggalkan wad itu.

Ilham memandang lelaki bergelar ayah kepada Lily itu, satu senyuman terukir dibibir sebelum dia meminta diri untuk beredar sebaik memeriksa keadaan Lily.

"Maafkan ayah Lily, ayah dah gagal.. Maafkan ayah.." Tangan naik mengusap kepala dan pipi anaknya.

•••
"Mama dah tahu?" Soalan dingin Khair buat Puan Ida yang sedang mengira naskah yassin untuk didermakan atas nama Anisa tergamam.

"Khair! Terkejut mama! Datang tu bagi lah salam dulu." Puan Ida mengusap dada lantas mengemaskan yassin itu lalu dibungkus.

"Khair minta maaf." Khair melabuhkan duduk di atas sofa memandang mamanya.

"Macam mana dengan Lily?"

"Dia lemah, mungkin tertekan." Balas Khair mendatar. Puan Ida kelihatan tarik nafas panjang sebelum menggeleng kepalanya.

"Pasti sukar untuk dia terima." Sambung Puan Ida.

"Mama dah tahu mengenai ini sebelum ni?" Soalan Khair buat Puan Ida terdiam.

"Maksud Khair?"

"Pasal perkahwinan Uncle Fajir dan Aunty Sarah? Mama dah tahu?" Mata Khair dingin memandang mamanya.

"Ya.." Puan Ida menunduk pandang.

"Mama.. Sampai hati mama.." Khair geleng kepala. Sesak rasa nafasnya mendengar pengakuan dari ibu sendiri, maknanya penderitaan yang dialami Lily sekarang bukan kerana ayahnya seorang. Mamanya juga turut terselit merahsiakan semua itu!

"Sarah itu sahabat mama Khair. Sarah cinta pertama Uncle Fajir kamu sebelum aunty Sarah dijodohkan dengan bapa Erma. Dan Uncle Fajir pon dijodohkan dengan Aunty Nisa.. Cinta mereka berdua terhalang sejak dulu.."

"Tapi itu bukan satu alasan untuk Lily dan Ibunya dikhianati begini! Mereka ada perasaan mama!"

"Mama tahu Khair! Tapi dipihak mama, mama tak mampu lakukan apapun. Sebagai sahabat mama akan sokong apa yang sahabat mama lakukan. Lagipun Fajir yang rasa bertanggungjawab ke atas Sarah setelah ayah Erma meninggal. Aunty Sarah tiada sesiapa lagi. Dia perlukan seorang lelaki yang menjaganya dan Erma."

Khair hela nafas berat. Gigi diketap sebelum dia bangun dari duduknya.

"Khair nak pergi mana?!" Soal Puan Erma keras. Risau jika anaknya marah kepadanya.

"Khair nak naik solat." Balas Khair mendatar sebelum berlalu masuk ke biliknya.

Puan Ida hela nafas berat memandang Naskah Yassin dibelinya khas untuk Arwah Anisa. Bibirnya bergetar menahan air mata. Perlahan-lahan tangan naik menekup wajah.

"Maafkan saya Nisa.. Maafkan akak.."

•••
"Maaf Encik, Cik Lily minta untuk dipindahkan bilik ke bilik lain." Tak berkelip Encik Fajir memandang katil kosong anaknya. Bungkusan makanan dibawa Lily terasa longgar dipegangan sebelum jatuh kelantai.

"Kemana dia?"

"Maaf Encik, atas permintaan Cik Lily sendiri dia tak mahu keberadaanya dimaklumkan kepada sesiapa."

"Saya ayah dia!!" Tajam mata Encik Fajir memandang jururawat itu.

"Maaf Encik Fajir, Cik Lily buat permintaan ini pada pihak atasan kami sendiri atas alasan-alasan tertentu. Jadi tanggungjawab kami untuk memastikan pesakit kami rasa selamat untuk dirawat disini."

Encik Fajir pejam mata menenangkan diri.

"Apa dia baik-baik sahaja?" Soalnya.

"Keadaannya sudah makin pulih sejak pagi tadi." Tenang jururawat itu membalas. Encik Fajir senyum tipis, walaupun dia tak mampu melihat dan menjaga anaknya. Dengan perkembangan baik sudah cukup buat dia lega.

"Baguslah.." Encik Fajir tunduk mencapai bungkusan makanan dibawa untuk Lily.

"Bagi ini pada dia. Sampaikan salam saya pada dia. Beritahu Lily, saya tunggu dia pulang ke rumah." Sebak suara lelaki itu sambil menghulur bungkusan makanan buat anaknya. Jururawat itu serba salah mencapai.

"Terima kasih." Sebaik menutur ayat terakhirnya Encik Fajir berlalu meninggalkan ruang itu.

"BUANG!" Belum sempat jururawat itu maklumkan niatnya ke bilik pesakit itu. Bungkusan di tangan jururawat itu sudah cukup buat Lily muak memandangnya.

"Tapi Cik Lily.."

"SAYA CAKAP BUANG! BUANG JELAH!!"

"Baik!!" Cepat-cepat jururawat itu berundur menutup daun pintu. Lily memutar bola mata, segala yang berada disekelilingnya sekarang rasa menjengkelkan.

"Aku tak tahan betul dengan pesakit nama Lily tu!! Apa dia ingat hospital ini bapak dia punya nak tengking itu ini!!"

PAK!!! Bungkusan makanan disuruh buang tadi dihempas di meja pantry.

"Sabar Sya, biasalah dia pesakit." Seorang jururawat tersenyum mendengar omelan sahabatnya.

"Semua orang datang sini sakit lah tapi tak ada annoying macam dia!" Omel jururawat tadi.

"Kalau tak nak cakap baik baik jelah! Arh menyampah aku!" Geram dia memandang bungkusan makanan dihulur bapa Lily tadi. Dasar anak derhaka tak tahu bersyukur.

"Kenapa ni?"

"Eh doktor?" Kedua jururawat itu serentak tersentak. Doktor Ilham senyum tipis.

"Sorry ganggu. Nampak macam best je bergosip." Ilham hulur senyum manis.

"Tak ada lah doktor, pesakit bilik VIP yang nama Lily tu. Muak saya nak layan perangai dia. Berapa hari lagi dia kena warded dekat sini?"

Ilham melepaskan tawa kecil sambil menggeleng kepalanya.

"Ada lah sebabnya kenapa dia jadi begitu."

"Lagi satu doktor, ayah dia boyfriend dia cari-cari dia. Boyfriend dia siap tunggu dia depan hospital. Tak kan lah dia tak nak jumpa mereka langsung." Jururawat kedua menyampuk buat Ilham kerut dahi.

"Boyfriend?" Adakah lelaki bernama Khair itu.

"Yup! Boyfriend dia, kalau tak silap nama dia Encik Khair."

Ilham terdiam seraya tersenyum tipis.

"Mungkin mereka ada masalah. Kita tak payahlah sibuk hal peribadi pesakit. Makanan tu, korang makan je kalau Lily tak nak."

Ilham tergelak kecil sebelum berlalu meninggalkan ruang pantry.

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

110K 4K 76
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
821K 33.1K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
3M 273K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
2.8M 149K 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung r...