DMH: 01

1.3K 110 37
                                    

WAJAH sendu Adilia aku jeling sekilas

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

WAJAH sendu Adilia aku jeling sekilas. Tak puas hati dengan aku la tu. Ingat aku nak kasi kau menang ke walaupun kau perempuan. Ini Zareth Zeyeen la! Tak mudah mengalah.

Adilia mencapai gelas berisi air kosong lantas dicurah ke muka milik Ayana yang masih lena dikerusi. Kujelingnya sekali lagi. Biadap!

Ayana menarik nafas panjang. Matanya melilau kearah sekitar bilik ini sebelum jatuh pada aku dan Adilia. Bibirnya bergetar takut melihat kami.

"Kau ada buka mulut dekat orang lain?" tanya Adilia pada Ayana.

Ayana menggeleng takut.

Terangguk angguk kepala Adilia. Tangannya bermain dengan pistol. Acah gangster la tu! Haprak!

Nak tempah batu nisan betul la perempuan psiko ni.

"Dah tempah keranda ke belum?" tanya Adilia lagi bernada gurauan. Dia tergelak kecil selepas itu. Seraya itu mendapat tarikan hujung tudung dariku. Main main lagi!

"Reth!!!" Bergema bilik itu dengan suara Adilia. Lantaran itu rambutku ditarik kuat oleh Adilia. Gilalah! Sakit wehh...

Tangannya aku tarik lantas aku kunci.

Terjahan dipintu menjadi perhatian seisi bilik itu. Fezrul Adham, anak kepada uncle Rell.

"Wehh nak berasmara jangan dekat sini la!" gurau Fezrul.

Seraya itu, ku tolak Adilia kearah Fezrul. Hampir gadis itu jatuh ke lantai sempat disambut Fezrul. Asmara? Tolonglah.

"Kasar kau ni. Jatuh anak orang japgi, tak memasal balik report dekat bapak dia," gurau Fezrul lagi.

Aku memperbetulkan rambut yang sedikit serabut akibat tarikan. Aset terpenting aku ni. Jatuh saham aku nanti memang perempuan tu aku kerjakan.

Aku memperbetulkan suaraku beberapa sekali sebelum fokus dengan kerjaku. Mataku jatuh pada Ayana yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi.

"Reth..." Wajah Adilia kupandang sekilas. Suara mendayu dayu tu aku dah tahu sangat. Nak menggatal la tu!

Tangannya memeluk lenganku. Ini yang aku geram ni. Suka hati mak odah dia saja main peluk peluk. Pakai tudung tapi perangai tak semengah.

"Nak apa?! Dah, kau lepas sekarang. Aku banyak kerja lagi," marahku. Namun usahaku gagal. Dia memang tak nak berpisah dengan aku.

Aku mengalah. Dilihat Fezrul sudah menahan tawa. Seronoklah dia tengok drama tak berbayar dekat sini. Kot ya pun tolonglah aku.

Aku kembali fokus pada Ayana.

"Reth jaga mata untuk Lia." kata Adilia seraya menutup kelopak mataku menggunakan tapak tangannya.

Budak budak sangat perangai.

Serabut betul aku dengan perempuan ni. Kau bayangkan setiap hari aku kena layan perangai gedik dia ni. Sabar je la. Kalau bukan sebab sepupu dah lama aku kick dia.

DEAR MR HEARTBREAKER Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt