Part 3

9.4K 325 16
                                    

SELESAI sahaja pertemuannya dengan klien, Zarif kembali hendak masuk ke pejabat. Sesuatu menghentikan langkahnya apabila dia lalu di meja Sara, setiausahanya. Meja itu terlihat kosong. Tiada orang. Dalam hati, mula nak menghamburkan marah. Dia paling pantang bila ada pekerja yang curi tulang.

Perhatiannya beralih bila ketawa seseorang jelas menyapa pendengaran dari dalam bilik pejabatnya. Ketawa yang seolah tidak asing di telinganya.

Dia melangkah ke biliknya. Pintu bilik dikuak. Apa yang menarik perhatiannya bila ada dua susuk tubuh sedang bermain catur dan orangnya merupakan Hana dan Sara, setiausahanya. Saat ini, dia tidak tahu harus marah sebab Sara tidak berada di meja kerjanya atau harus ketawa pasrah sebab Hana sudah pandai mengajak pekerjanya ponteng. Akhirnya, sebuah senyuman mendahului segala reaksi. Biarlah apa pun, asalkan dia dapat mendengar tawa Hana.

Zarif yang masih tercegat di muka pintu berdeham sedikit. Sengaja ingin menganggu perhatian dua orang perempuan yang seperti tidak menyedari kehadirannya. Santai sungguh mereka bermain catur di biliknya.

"Erk, bos."
Sara yang baru menyedari kehadiran Zarif segera berdiri. Rasa bersalah ditangkap curi tulang. Pasti dia akan dimarahi. Awalnya Hana yang beria mengajak bermain catur di bilik bosnya. Sudah ditolak tapi wajah polos itu tetap berusaha memujuknya. Manakan mungkin dia boleh menolak?

"Awak tahukan waktu sekarang awak patut berada di mana?"

"Tahu, bos. Saya mintak maaf." Sara menunduk sedikit.

"Daddy, janganlah marah Kak Sarah. Hana yang ajak Kak Sarah main. Lagipun daddy pun ada buat salah kat Hana."

Zarif angkat kening sedikit. Apa salah yang dia dah buat?

"Semalam daddy janji nak ambik Hana kat sekolah tapi hari ni aunty Fida yang muncul. Ingat Hana tak marah ke?" Wajah marah cuba dipamer hendak menunjukkan dia benar-benar marah.

Zarif ketawa kecil seraya menggelengkan kepalanya. Rasa tak percaya dengan perangai Hana. Nak buat-buat marah konon. Ingat dia takut la? Lagi rancak tawanya berirama adalah!

"Daddy!" Hana mencebik. Dia tengah marah tau.

Sementara Sara menutup mulutnya yang cuba ingin menghamburkan tawa. Wajah polos Hana memang tak sesuai dengan riak marah yang cuba dipamerkan. Patutlah bosnya gelak.

"Sorry, guys. I'm late. I ada belikan minuman. Tada..."

Pada masa yang sama kemunculan Fida menghentikan suasana yang tadi sedikit ceria. Semua mengalihkan pandangan pada Fida dan... air dan sedikit makanan di tangannya.

Kali ini, giliran Sara dan Hana pula kaku.

Zarif hanya mampu geleng kepala. Ternyata Hana mampu mempengaruhi pekerjanya. Hanya Hana yang mampu membuatnya gelak dan Hana juga mampu membuatnya diam membisu sambil menggelengkan kepala. Hana... Hana...

💮💮💮

"DADDY... Daddy masih marahkan Hana ke?" soal Hana lembut. Dia duduk berhadapan dengan Zarif yang sedang sibuk membuat kerjanya.

Sengaja Zarif pekakkan telinga. Dia hendak melihat sejauh mana Hana hendak memujuknya. Kalau tadi, Hana buat-buat marah dengan dirinya sekarang dia pula ingin buat-buat marah dengan Hana. Hana benar-benar nakal. Dua orang pekerjanya curi tulang gara-gara Hana.

"Daddy..." Hana sudah mula mengeluarkan nada rengekan yang kedengaran manja. Biarpun Hana sudah meningkat dewasa, perangai Hana masih tetap begitu. Manja. Tambahan lagi bila dengan Zarif. Lelaki itu dari dulu suka memanjakannya.

Melihatkan rengekannya tidak dipeduli, Hana bertindak mengambil pen di tangan Zarif yang sedang menulis. Automatik tangan sasa itu berhenti. Dia menjeling Hana sekilas sebelum sebuah pen lagi di dalam bekas atas mejanya dicapai. Tidak dipeduli dengan Hana yang seperti mahu menangis. Sengaja!
Hana mendengus kuat. Dia bangkit dari duduknya. Kaki berjalan ke arah sofa di dalam bilik Zarif. Baik dia duduk situ. Buat penat pujuk daddy. Bukan nak layan pun! Huh!

Setelah puas berfikir cara hendak memujuk daddynya, Hana akhirnya terlelap di sofa dalam bilik Zarif.

Zarif angkat kepala bila mula perasan akan suasana yang agak sunyi. Hana ternyata sudah tertidur. Dia lorek senyum di bibir. Hana memang tak berubah. Perangai Hana selalu membuatnya geleng kepala tapi masih mampu menjadi punca bibirnya tersenyum. Hana kesayangannya...

                        ________

ZARIF mendekati tubuh Hana yang sedang lena tidur di atas sofa. Rasa kasihan pula dengan Hana. Gara-gara dia tidak melayan pujukan Hana, sampai tertidur gadis itu di sofanya.

Dia melututkan sebelah kakinya di hadapan Hana. Ralit dia memerhati seraut wajah polos yang lena tidur. Dia suka menatap wajah Hana. Wajah itu tak pernah gagal membuat jantungnya berdebar. Wajah itu juga yang memadamkan api kebencian dan kemarahannya yang membukit pada ibu kandung Hana, Mastura dahulu.

Mastura telah ditangkap curang sebelum hari perkahwinan mereka. Setelah beberapa tahun, wanita itu muncul ingin menagih kasih dan bantuan dengan membawa Hana bersamanya. Jika diikutkan hati, tidak sudi dia menghulurkan bantuan dan kesenangan pada Mastura tapi hatinya tertambat sayang dan kasih pada wajah Hana. Wajah polos Hana membuat api kebencian yang dulu marak serta-merta padam.

Eratnya hubungan dia dan Hana bukanlah perkara yang mampu diragui. Semua orang tahu walaupun tiada ikatan yang terjalin diantara mereka. Bahkan Hana, gadis yang dikira beruntung kerana satu-satunya perempuan yang berjaya berada disampingnya. Ada yang mengatakan bahawa hubungannya dengan Hana atas dasar seorang lelaki yang ingin mencurahkan kasih sebagai seorang bapa. Tak dipedulikan kata-kata itu. Hanya dia dan hatinya yang tahu siapa Hana pada dirinya. Gadis yang paling istimewa dalam hatinya.

"Baby..." bisik Zarif, mengejutkan Hana agar bangkit dari lenanya. Kepala Hana diusap sedikit.

"Bangun baby... Dah petang." tambah Zarif, lembut.

Hana mencelikkan matanya sebelah ingin memastikan gerangan yang mengejutnya. Apabila sedar itu benar-benar Zarif lekas dia menggosok matanya. Dia cepat-cepat bangun dan menegakkan badannya separuh di atas sofa.

"Daddy... Daddy marah Hana lagi ke?" tanya Hana sambil mengangkat wajah sedikit.

Zarif simpul senyum dalam diam. Bangun-bangun sahaja terus soalan itu yang diajukan oleh Hana. Rupanya Hana masih tidak berputus asa dalam memujuknya. Oh Hana, tidakkah Hana tahu hati kerasnya mudah luntur dengan wajah polos Hana?

"Tak. Daddy dah tak marah baby. Tapi lain kali janji dengan daddy jangan nakal-nakal lagi. Kalau tak, daddy merajuk dengan baby lama-lama."

"Hana janji." Segera tangan daddynya dicapai dan dia menautkan jari kelinkingnya.

"Sekarang daddy dengan Hana kosong-kosong. Hana dah maafkan daddy dan daddy pun dah maafkan Hana." bicara Hana diselangi ketawa kecil.

Zarif angkat kening. Dalam tak sedar, bibir mula mengeluarkan tawa kecil.

"Baby... Baby." Cara Hana yang membuat janji sungguh tidak padan dengan usianya yang hampir mencecah 40 ini. Pertama kali gadis belasan tahun
seperti Hana membuat janji sebegitu dengan dirinya. Entah apa yang kelakar tapi dia rasa terhibur.

"Jom, daddy hantar balik. Sebelum tu, daddy bawak pergi makan."

"Okey, jom!"

Beg Hana yang berada di atas meja langsung dicapai oleh Zarif. Hana dilihat sudah terlebih dahulu meninggalkannya dan berlalu keluar.

Di saat dia ingin menutup suis kipas biliknya, ada suatu helaian kertas terjatuh dari beg Hana. Dia membongkokkan badan ingin mengambil kertas itu.

Helaian itu dibaca penuh tertib. Rasa sakit sedikit di hati apabila membaca kandungan helaian itu. Surat yang meluahkan tentang isi hati seorang lelaki kepada seorang gadis dan gadis itu semestinya Hana kerana nama Hana yang ditulis. Tanpa sedar, surat ditangan digengam kuat sehingga renyuk. Dia tak suka isi kandungan surat itu. Dia tak suka ada lelaki selainnya mendekati Hana.

Dia menarik nafas dalam-dalam. Hanya disebabkan sehelai kertas hatinya sudah dilanda tidak keruan. Hatinya terusik begitu mudah.

Dia segera menyambung mematikan segala suis di dalam pejabatnya. Apa-apa pun dia perlu bertanya kepada Hana terlebih dahulu.

DADDY'SDär berättelser lever. Upptäck nu