R A Y N I L H A M - 0 9 💕

Start from the beginning
                                    

"kau nak beli apa-apa lagi tak?? "soal Rayn kepada Fitra

Fitra menggeleng.

"aku nak makan. "tambah Fitra

"kat mana?? "

"kat situ. "kata Fitra sambil menunjukkan sebuah kafe.

Rayn hanya menurut.

Masuk sahaja kafe itu, langkah Rayn terhenti. Serentak senyuman diukir.

Seorang jejaka bersama dengan seorang gadis dan seorang kanak-kanak lelaki. Sangat dikenali.

"weh tu bukan ke.... "

"biarlah dorang. Kafe lain tak ada ke?? "soal Rayn

"ada, jom. "ajak Fitra

"aku tak salah tengok kan?? "soal Fitra

"salah tengok apa?? "

"tu Umar kan??? Umar dengan Affan?? "

Rayn mengangguk.

"serius la, dorang dating?? "

Sekali lagi, Rayn mengangguk

"habis, kenapa dia bawak Affan?? "

"untuk tidak menimbulkan fitnah la Cik Fitra Nasuha. "kata Rayn

"uuu, alimnya abang kau. "puji Fitra

"tengok la abang siapa. "

"eee, gelinya aku. "kata Fitra

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"kakak!!! Assalamualaikum!! "laungan suara Affan menyentak Rayn yang sedang leka menonton K Drama.

"waalaikummussalam. Adik kakak dah balik. "kata Rayn.

Affan tersenyum

Rayn memandang Umar.

Umar menjongketkan kening.

"Affan, best teman abang dating dengan teacher Zahra?? "soal Rayn

Affan mengangguk. Membulat mata Umar melihat respon Affan.

Affan yang melihat reaksi abangnya terus menggeleng.

"ni mesti abang dah ugut jangan bagitahu kakak kan?? "soal Rayn

Affan mengangguk lagi.

Umar mengeluh.

"don't worry, Rayn nampak sendiri la bang. Abang dating dengan kak Zahra kan kan kan?? "

Umar menggosok tengkuknya.

"aku balik dulu. Kunci pintu, kunci tingkap. Pagar semua. Jaga diri, jaga adik. "pesan Umar dan berlalu pergi.

Rayn mencebik.

"tukar topik pulak. Pandai ek mengelak. "omel Rayn.

"kakak, Affan nak mandi la. "Affan bersuara.

Terus Rayn menutup pintu serta menguncinya sebagaimana pesan Umar tadi.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

"makan cepat Affan. "arah Rayn yang sibuk memasukkan barang ke dalam tote bag nya.

"assalamualaikum!! "salam dari seseorang menggamit Rayn untuk ke pintu.

"waalaikummussalam, eh abang. Masuk la. Affan dekat dapur. Tengah makan. "kata Rayn bila kelibat Umar dihadapan matanya.

"tak kerja ke?? "soal Umar

"eh, kerja la. Tunggu Affan makan lambat sangat. "kata Rayn lalu membetulkan tudung bawalnya.

"tak pe la, aku hantar Affan pergi tadika. Kau pergi la kerja. Nanti balik pun aku amik. "kata Umar

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now