Ethan hanya mengenyitkan kembali mata. Tanda faham dengan isyarat yang diberi oleh haris. Cayalah adik ipar sporting!

Raisya mendongak menunggu ethan mencium dahinya. Perlahan ethan jejaka itu menunduk dan mengucup dahi raisya lembut. Hatinya yang bergetar debar terus menjadi tenang. Tanpa raisya sedar bibirnya perlahan mengukir senyuman kecil.

"Okay dah!" Setelah lama berkeadaan begitu ethan meleraikan kucupan. Raisya memandang haris pelik. Lama sangat ni haris! Siap kau!

Ethan tergelak kecil. Pantas bibirnya melekat di pipi raisya sekilas.

Omg! Dia cium aku ke tadi?!

Terkejut raisya dibuatnya. Matanya memandang ethan tidak percaya.

"Nothing. Geram tengok pipi gebu isteri saya." Sempat ethan berbisik apabila wajah terkejut raisya muncul.

Bibir ethan menarik senyuman nakal apabila wajah raisya sudah bertukar tomato. Tu baru sikit raisya. Kau tunggu esok.

*************************************

"Eh awak nak bawa saya ke mana ni?" Tanya raisya pelik apabila ethan menarik tangannya ke luar masjid.

Ethan membuka pintu keretanya.
"Cepat masuk.".

Raisya tersentak.
"Awak jangan kata nak bawa saya lari." Ini kalau keluarga mereka tau habislah!

Ethan menggeleng.
"Memang taklah. Nanti ayah kejar saya guna parang pulak nanti. Masuk jela sayang..."

Raisya akhirnya akur masuk ke dalam kereta jejaka itu. Heh kata jela kau cair dengan dia panggil kau sayang raisya oi!

Giliran ethan pula masuk ke dalam kereta di tempat pemandu.

"Okay kenapa kita berada dalam kereta ni? Mesti diorang semua cari kita ethan!" Mata raisya melihat lihat keadaan di luar. Mana tau ahli keluarga nya mencari dirinya semasa ethan sedang menculiknya.

Ethan mengukir senyum senget.
"Raisya look at me."

Raisya pusing memandang ethan.
Ethan tanpa banyak bicara terus menarik raisya ke dalam pelukannya.

Raisya sudah terkaku dengan tindakan cepat ethan. Dapat dirasakan jantungnya berdegup kencang.

"A..awak kenapa?"

Ethan mengusap belakang kepala raisya.
"Saja. Nak peluk isteri saya. Bekalan sampai esok."

Raisya gelak kecil.
"Mengada la awak ni. Sehari je pun." Malam ini raisya dan ethan tidak bertemu kerana mereka akan bertemu pada hari esok. Pada hari persandingan mereka di hotel esok. Terus stres ethan dibuatnya. Malam pertama kut!asal aku dipisahkan dengan isteri aku!

Ethan menggeleng.
"No..susah. sehari macam setahun tau. Dahla kita terlepas malam pertama kita."

Terus dada ethan ditampar raisya. Geram!

Ethan gelak riang.
"Yela yela. Dah diam nak peluk pun susah. Ehem tak nak balas pelukan suami ke?" Tanya ethan perlahan di telinga raisya. Yela dari tadi raisya hanya mengkakukan diri di dalam pelukannya.

Akhirnya terukir senyuman manis di bibir raisya. Gila kau tak nak peluk!sumpah nanti aku rindu dia lebih!

Perlahan tangan raisya ke badan ethan memeluk erat suaminya.

"Ingatkan jual mahal tak nak peluk." Usik ethan. Raisya mengigit bibir. Malu pula!

Tuk tuk tuk!

Ethan yang sedang menutup mata terus terbuka matanya apabila wajah encik salman betul betul berada di tingkap keretanya di bahagian penumpang. Terbuntang mata ethan. Pantas ethan melepaskan pelukan.

"Err sayang jom keluar cepat." Ajak ethan. Pantas ethan berura ingin membuka pintu kereta. Raisya yang hairan terus berpusing.

Terkejut raisya apabila muka ayahnya muncul sambil berpeluk tubuh. Gulp! Dia menelan air liur. Alamak..kantoi!

Ethan dan raisya perlahan lahan keluar dari kereta.

Ethan menggaru kepala yang tidak gatal melihat wajah garang encik salman.
"Err ayah nak balik dah ke?" Tanya ethan menghapuskan rasa gemuruh.

Encik salman menggeleng kepala perlahan.
"Amboi...cepat je kamu berdua hilang ya? Jom isya balik." Dia melangkah dari situ.

Raisya mengangguk faham. Dia mengikut langkah ayahnya pergi.

Encik salman berpusing memandang anaknya.
"Kamu kenapa ikut ayah ni? Kamu sedar tak kamu tak salam lagi tangan suami kamu? Pergi salam tangan dia cepat."

Ethan mengetap bibir mendengar arahan encik salman. Dia melihat raisya yang sudah berpatah balik ke arahnya.

"Ethan!"

Pantas ethan mengalihkan mata memandang ayah mentuanya.
"Only one kiss. Faham?"

Bibir ethan perlahan lahan melebar. Encik salman sudah tersenyum kecil dan melangkah pergi dari situ. Macamla aku tak pernah muda. Aku faham mereka ni.

Raisya perlahan menyalami tangan suaminya. Ethan mengusap kepala raisya sebelum memegang kedua belah pipi raisya dan mendekatkan wajahnya dengan pipi sang isteri.

Cup!

Raisya membeliakkan mata.
"Awak gila ke? Ayah nampak la nanti."

Ethan gelak nakal.
"Only one kiss sayang. "

***********************************

"Kau dah nak gerak ke? "

"Yela aku terus ke airport." Jelas satu suara itu menjawab pertanyaan rakan baiknya.

"Awalnya kau nak balik. Chill la. Kita lepak dengan semua member kita. Si joe, michael , alina semua ada tunggu kau."  Orang nak berparty, dia boleh nak balik awal! Apa cer?

"Takpela. Aku dah tak sabar nak balik. Rindu mak dengan ayah aku."

"Rindu mak ayah ke...kekasih hati?"

Dia tergelak kecil. Si hazril ni macam tau tau je semua isi hati aku. Best friend la katakan. Ups bukan kunyit!
"Ha tu pun ya jugak."

"Haha amboi. Yela aku sedar aku tiada sesiapa ingin dicintai.Okay bro ,nanti aku balik malaysia, kita meet balik."

"Kau memang. Jual mahal padahal hensem! Puih! Okay nanti kita jumpa." Dia mematikan panggilan dan memasukkan telefon ke dalam poket.  Dia tersenyum senang.  Akhirnya tiba masa dia jejak kembali ke tanah air. Pengajian nya sudah tamat.Terasa rindu kepada keluarganya!

Dan di sudut hatinya dia lebih merindui seseorang. Seseorang......ya my isya.

Finally kahwin juga ethan kesayangan kita ni anak2! Huwaaa ethan dah tak single. Author nak nangis. Tibeh!  Enjoy sorry typo ha vote tau!nak sangat kahwin kan?

DIA...Encik Mata Biru (✅)Where stories live. Discover now