"Damia makanlah. Nanti sakit" pujuk Okka. "Paling tidak pun, minumlah untuk menghilangkan dahaga."

Damia berdiam diri, enggan memberi respon.

"Damia" panggil Okka lembut. "Makanlah"

"Biarkan sahaja aku."

Okka terdiam seketika, dia memahami segalanya namun dia punya keutamaan dan Damia bukan yang teratas.

"Kita daripada keturunan yang sama." Okka pasti Damia sudah tahu perkara itu setelah dia menggunakan kuasa goldsilv dihadapan Damia. "Kita adalaha keturunan yang sentiasa sedaya upaya melindungi sesuatu yang berharga buat diri kita dan pada saya, Hana adalah segalanya. Setiap apa yang saya lakukan cuma untuk melindungi Hana."

"Dengan menyakiti aku?" Soal Damia kasar. Benci mendengar suara dan hujah Okka.

Okka menarik nafas panjang. Dia tidak dapat menafikan tetapi itu bukan niatnya. Dia cuma melakukannya demi keselamatan Hana.

"Demi Hana, mati pun saya sanggup. Ia sama sahaja seperti Daniel. Ini sumpah keturunan kita, kasih yang tiada tara. Saya minta maaf... tapi walau bagaimana pun saya tidak menyesal melakukannya" Okka berkata sebelum meninggalkan Damia.

-

Justin duduk bertentang mata dengan Gilliard di pejabat pengetua. Ruangan rasmi Goldsilv telah diduduki oleh teman-teman Daniel yang tidak mengetahui asal-usul sebenar profesor posyen mereka. Jadi hanya ruangan itu yang masih memiliki privasi.

Daniel pula hanya berdiri memandang ke luar jendela. Memerhati bulan yang mengindahkan langit malam. Hakikatnya, badan sahaja di situ tetapi jiwanya jauh melayang. Pedih rohnya sudah berkurangan tetapi tidak kebimbangannya. Bahkan kerinduannya kian menjerut perasaannya.

"Gilliard" tubuh Justin disandar santai pada sofa, sedaya upaya untuk bertenang. "Adakah kau menyembunyikan sesuatu daripada kami?"

Daniel tersedar dari lamunannya, tertarik dengan persoalan tersebut. Lain cerita pula pada Gilliard, dia tidak sedikit pun terkejut dengan persoalan itu bahkan dia seperti telah menjangkakannya.

"Aku tidak pernah menyembunyikannya, cuma aku tiada niat untuk menyatakannya" jawab Gilliard dengan tenang. "Oleh kerana kau sudah bertanya, aku akan jelaskan. Daniel, tolong panggilkan carta aliran kuasa Goldsilv ke sini."

Daniel memetik jarinya, banyak berbola cahaya berdesum turun daripada tingkat atas. berbola-cahaya itu mula bersusun semula di tengah-tengah bilik tersebut.

"Cari bola cahaya yang tertulis nama aku" pinta Gilliard.

Tanpa banyak soal, Daniel menarik bola cahaya yang teratas untuk terbang dan mendarat di tapak tangannya. Jelas tertulis nama Gilliard dipermukaannya, namun... "Cahayanya sangat suram berbanding bola kuasa kami"

"Ya, ia hampir tidak bercahaya, sebab aku hanya goldsilv pada nama dan darahku," ujar Gilliard. Dia memandang ke arah Justin, memori masa lampau mula bermain dikotak fikirannya. Sebastian dan William memiliki wajah yang agak seiras.

"Perjanjian aku dengan Sebastian tidak sama tara. Aku sudah memiliki dua putera dan kekurangan vampire tulen tidak dapat diperturunkan kepada aku, dan sebagai ganti, kuasa Goldsilv aku dikikis perlahan-lahan. Pada mulanya aku tidak menyedari bayaran untuk keabadian aku, apabila aku menyedarinya kuasa aku sudah terlalu banyak terhakis, kuasa Goldsilv milik aku yang terakhir telah aku gunakan untuk membina sekolah ini, menjadi tempat berlindung untuk keturunanku.

Apabila semakin ramai yang mengetahui kekurangan kita, aku mencari jalan lain bagi menghentikan kegilaan itu. Waris aku, Sophiel sependapat dengan aku. Pelan sudah diatur, aku serahkan kuasa goldenic dan sebahagian besar kuasa sihir aku bagi misi mencari penjaga masa"

"Kenapa bukan kau yang mencarinya?" soal Justin.

Gilliard mengeluh. "Dengan kuasa yang tinggal pada aku ketika itu, mustahil bagi aku bertemu dengannya. Aku mengenalinya, dia adalah makhluk yang ego. Membuat perjanjian dengannya memerlukan bayaran yang tinggi.

Sophiel berjaya melakukannya, penjaga masa hanya bersetuju memadamkan ingatan tentang keturunan kita sekiranya ada antara keturunan kita diragut."

Sophiel antara keturunannya yang sangat meninggalkan kesan ke atasnya. Kasih Sophiel pada anak-anak buahnya mengatasi segalanya. Penjaga masa menuntut Sophiel sebagai bayaran dan bukan hanya kuasa yang ada padanya. Mereka hilang dalam masa.

"Anehnya, tiba-tiba pada beberapa abad-abad ini, ada sesuatu yang berjaya memburu kita. Seseorang atau sesuatu yang sentiasa menjumpai cara mengingati keturunan kita. Setiap waris yang terkorban membuktikan ada corak pembunuhan. Aku pasti ini, ialah orang yang sama."

"Darkline" Daniel akhirnya bersuara.

"Mungkin. Aku tiada bukti."

"Aku mengesan benang magik hitam berselirat dengan benang magik perak ditepi tasik." Ya, itu yang Justin jumpa dengan pengetahuan baru tentang kuasa Goldsilvnya. Kelibat terakhir Damia dikhabarkan di situ. Dia pasti Okka telah menculik Damia dengan kuasa darah perak.

"Hitam? Itu warna Darkline... Darkline sudah terhapus" Gilliard mengenali benang magik itu, zaman kegemilangannya, melihat-melihat pati-pati magik di udara yang beraneka warna dan rupa adalah hobinya. Dek hobinya juga dia mengetahui kewujudan makhluk seperti penjaga masa. "Bagaimana?"

"Roshane Darkline, dia masih hidup" ujar Daniel mengejutkan semua.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now