WINNER

26 3 5
                                    

YG Ent.

"Memandangkan kamu semua baru sahaja debut , saya akan memberikan kamu cuti sehari sebelum kita meneruskan tour ke japan lusa nanti.", ucap Yang Hyunsuk dengan yakin dihadapan kelima-lima ahli kumpulan Winner itu.
Winner keluar daripada pejabat CEO YG itu

"Sehari , cukup ke ?", soal Jinwoo , Taehyun hanya tersengih seperti kerang busuk

"Atleast dapat cuti.", jawab si maknae

"kalau ya pun , Hyun kau patut bantah keputusan PapaYG tadi.", Seunghoon menepuk kepala Taehyun kasar

"Okey apa , dapat rehat walau cuma sehari.", sambung Seungyoon , Jinwoo dan Seunghoon hanya menjeling kegeraman terhadap 3 orang adik nya itu

Di dorm

"Hyung , bosann!!!", Taehyun memukul Mino menggunakan bantal dengan kasar

"yakyak!! Kalau ya pun kenapa pukul hyung?", Mino cuba menempis pukulan adik Taehyun nya itu

"Mana Hyun tahu..!! Huargg.", Taehyun bangun lalu pergi ke dapur untuk meneguk segelas air

"Makan jom.", ajak Seunghoon namun tiada yang menjawab

"Kau ni makan sahaja. Nanti gemuk macam doraemon baru tahu.", perli Jinwoo , Seunghoon menyiku Jinwoo sedikit kasar

"ishh , dasar adik tak ada guna!!", Jinwoo sempat memukul kepala Seunghoon sebelum Seungyoon datang dan duduk diantara mereka berdua , menjadi pemisah diantar Seunghoon dan Seungyoon

"Macam ni , Yoon ada idea.", ucap si maknae line , Taehyun , Mino , Seunghoon dan Jinwoo terus menumpukan sepenuh perhatian kepada Kang Seungyoon

"Lah janganlah pandang Yoon macam nak macam Yoon.", Seungyoon memukul kepala Taehyun dan yang lain

"Ha cepatlah apa idea kau tu??", soal Taehyun

"Macam ini , memandangkan kita dah lama berkenal dan jadi trainee sama-sama. Apa kata..-", ucapan Seungyoon terpotong apabila Mino mengambil selca nya bersama Taehyun

"Dahlah tu , apa dia?", soal Seunghoon

"Kita tulis surat untuk member masing-masing. Yoon bagi masa sehari untuk tulis surat tu , esok malam kita kumpul dan baca sama-sama. Macam mana ? Okey tak ??", soal Yoon , Jinwoo tersenyum manis

"Hyung suka , bila boleh mula??", soal Jinwoo lagi

"Malam ini. ", ucap Yoon , keempat-empat mereka mengangguk tanda faham akan cadangan Kang Seungyoon , Winner menghabiskan masa petang itu dengan tidur sahaja , dan tidak melakukan apa-apa aktiviti harian bersama

Pada malamnya

Seungyoon keluar daripada biliknya dengan membawa 5 keping kertas dan 5 batang pen , dia meletakkan kesemua barang itu diatas meja

"Look , Yoon taknak bagi kertas lain dah okay ? Korang semua kena tulis baik-baik dan luah perasaan masing-masing faham tak ??", Seungyoon mengagihkan kertas dan pen itu kepada Taehyun , Mino , Seunghoon dan Jinwoo

"kedekut nya.", bisik Mino perlahan , Seungyoon hanya tersenyum manis melihat member-membernya mula menulis dengan tekun

"Anni , hyun perlukan masa!!!", Taehyun mengambil kertas nya dan pergi kedapur mencari makanan , begitu juga dengan Jinwoo

"Kenapa cuma sekeping kertas setiap seorang Yoon ??", soal Taehyun dengan ramen nya , kertas dan pen nya dibawa

"Alah , aku taknak korang membazir dan buat sepah dorm je.", ucap Seungyoon

"Kan boleh kemas..", jawab Mino , Seunghoon mengangguk tanda setuju

"Korang nak ke mengemas waktu cuti cuma sehari sahaja ?", soal Seungyoon , yang lain hanya menggeleng sambil tersengih

WINNERМесто, где живут истории. Откройте их для себя