Mengharapkan perasaan yang dipendam hilang dari dada itu . Berharap agar kesakitan ini terbang meninggalkan jasadnya .



Lambat-lambat telefon dari dalam kocek seluar dibawa keluar . Tangan mendail nombor di skrin itu sebelum ditekapkan ke telinga .





" ....  keluarkan file tu . " Kembali tubuhnya tegak berdiri . Mata melirik sekilas pada piano putih itu sebelum dia menyambung bicaranya , " .... hantar ke hospital Kingward "

Panggilan dimatikan . Renungan matanya berubah datar . Kosong .


" you're not going to die ... because ... you belong to me Elise . Only ... me "






























Fail yang merekodkan laporan kesihatan lampau milik Elise Kimberlin diteliti oleh doktor sebelum satu persatu perkara dibahas dan dimaklumkan kepada para pegawai polis dan warden itu .


Setengah jam berlalu , tiada satu maklumat pun yang tidak dibincangkan antara mereka sebelum konklusi dibuat .

" —— dalam kata lain , Cik Elise tidak seharusnya dipenjarakan berdasarkan rekod lampau beliau "

" keadaan mental beliau adalah tidak stabil dan ... insiden yang baru berlaku ini telah membuktikan lagi bahawa keadaan mentalnya memerlukan pantauan pakar ."

Pegawai -pegawai polis itu saling berpandangan antara satu sama lain . Menimbang baik buruk maklumat dam saranan doktor itu ke atas banduan mereka .

" pihak hospital boleh siapkan report untuk pihak penjara bagi memudahkan urusan perpindahan Cik ELise ke hospital pakar mental "

Keputusan sudah dibuat di antara pegawai beruniform itu lalu beredar keluar dari bilik itu . Pada masa yang sama , Demerez menyelak langsir yang memisahkan dirinya daripada pengetahuan pegawai polis tadi . Doktor yang sudah mengetahui kehadirannya bersama mereka sejak mula hanya mengangguk .


Demerez lantas bergerak ke arah daun pintu yang sudah dikuak dari luar oleh Hugo . Saling bertentang mata . Anggukan daripada Hugo hanya difahami antara mereka .


















Perih . Kesakitan seakan membeliti diri . Seluruh tubuh terganggu dek kesakitan yang menjalar diri . Kelopak mata dibuka , dipejamkan semula sejurus meneliti ruangan yang ditempatkannya . Hospital .





Elise melepaskan hela beratnya , mata jatuh pada pergelangan tangan kiri yang berbalut . Kerutan timbul sesekali sebelum terhapus dek kuakan pintu .





Ibubapanya .... menghampiri .
Kimberlin Hans yang berwajah sugul , jelas terbias kekecewaan diwajah itu . Disusuli ibunya Carla yang sedari tadi mengelak bertentangan mata dengannya . Bersalah mungkin . Atau mungkin hanya .... jijik dengan tindakan bodohnya itu .



Elise hanya mematung . Tidak sanggup bertentang mata dengan bapanya . Lantas pandangan mata dilarikan ke arah lain . Biar bicaranya bisu ... kerana tiada apa yang akan merubah kesakitan yang sudah lama dia pendam . Tiada apa yang mampu dilakukan oleh ibuba... bapanya . 




" what have gone through your sick mind Lise ?! " selaran Hans menyentak jiwa rapuh Elise .



Bibir diketap kuat , masih membisukan diri meski dia punya banyak alasan juga soalan yang mahu dipersoalkan semula pada ibubapanya . Pelbagai perkara ingin dia pertikaikan ... lagi-lagi ibunya . Namun , tika ini ... Elise memilih untuk mendiamkan diri seakan seorang pesalah . Merelakan dirinya dipersalahkan .





Her Mistake His RegretNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ