Me----7

36 3 2
                                    

Aku terjaga dari tidur yang panjang. Tangan yang perit kesan tumbukan itu aku endahkan. Bukan sekali begitu. Alah bisa tegal biasa.

Aku merenung kosong kipas yang berputar pada kelajuan maksima.

Ralit.

Tanpa dipinta, muncul suara tanpa empunyanya memunculkan diri. Ya, seperti biasa.

"Lama kau tidur? Aku fikir kau sudah mati." Sinis suara itu.

Arghhhhh.

Mujur suara itu tidak kelihatan. Jika tidak, memang aku kerjakan sungguh sungguh.

"Hey, kau siapa ha?! Kau kalau tak ganggu hidup aku tak boleh ke? Dasar pengecut! Suara je lebih, muncul tidak."

Geram. Marah. Sakit hati. Semua berbaur menjadi satu.

"Kau marah ke? Kau tak penat ke hidup macam ni? Marah, menangis lalu tidur dan ulang perkara yang sama. Aku kesian lihat kau. Macam tiada life." Nada sinis suara tadi bertukar menjadi sayu.

Aku diam. Benar kata suara itu. Bukan aku tidak pernah terfikir begitu. Selalu sahaja. Cuma..

"Cuma kau tidak tahu bukan mahu mula bagaimana?"

Aku angguk. Suara itu seperti mendengar monolog hatiku.

"Ya, bagaimana ingin aku mulakan? Whats are my step to live a better life?


✒Lama watak ni pengsan sebab tumbukan berdarah tu.😅 Tu yang baru update new chap😌 Btw, ada yang nak jawab soalan diatas? Author need huhu. 🙇

I AM MEDove le storie prendono vita. Scoprilo ora