Bab 53: Viola Kematian

ابدأ من البداية
                                    

   "Zinnt..kenapa larikan saya? Kenapa? Kenapa..?" Soal Syah,sedih bercampur lemah.Dia mengenggam penumbuk.

     Zinnt hanya diam.Kakinya sibuk melangkah,menuju ke arah jambatan Jurang Kekayaan seperti mereka yang lain.Dia...tak faham kenapa Syah nak sangat dekat pompuan gila tu.

    "Saya...tak tahu.Tapi apa yang saya tahu,awak merupakan orang penting dalam misi ni.Misi ni takkan berjalan tanpa awak.Mohon awak pertimbangkan keadaan kami.Kalau awak nak bertukar jadi Vampire sekalipun,tunggu misi ni habis dulu.Sudahlah awak dah buat pembaca risau tau tak?" Buat kali pertamanya,Zinnt bernada menyindir.

    Syah perlahan-lahan menutup matanya kembali.Kesan gigitan yang mengalirkan darah,dipegangnya.Ada air mata yang menitis.

    "Saya lebih rela mati...." Balasnya,perlahan.Bernada merajuk.

    Zinnt hanya membiarkan dengan langkah yang diteruskan.Sempat lagi matanya menjeling Fellex yang sedang mencempung Lady Autumn ala-ala pengantin tu.Dia memuncung.Cemburu.

    Akhirnya mereka tiba di hadapan jambatan Jurang Kekayaan.Masing-masing meneguk air liur.Gerun dengan jambatan yang lutsinar itu,seekan-ekan diperbuat dari kaca.Malah,mereka dapat melihat sepenuhnya apa yang berada di bawah mereka kini.Ada banyak emas,berlian dan juga permata yang berdiri menegak.Seekan-ekan menunggu untuk menikam mereka sahaja jika mereka jatuh.
  
    "Semua.Kita kena cepat.Saya takut kalau jambatan ni akan hilang dan Vampire tu datang lagi.Cuaca pun dah mendung balik." Syawal bersuara risau.Dia mengemaskan gendongannya.Berat jugak si Zamry ni,walaupun berbadan kecik.

    "Er...S-Syawal...tu kawan ke..ataupun musuh?" Soal Iryan,terketar-ketar. Jarinya sempat ditundingkan ke arah tepian Jurang Kekayaan.

    Kelihatan ada seseorang yang berjubah labuh,sedang memanjat keluar dari Jurang Kekayaan itu.Wajahnya berselindung di sebalik hud yang dipakai.Dengan gaya seekan-ekan merangkak,'dia' tersenyum kepada mereka semua.Senyuman yang mengerikan.

    Masing-masing sudah terkaku.Ma..macam mana manusia tu boleh panjat keluar dari situ?! Mustahilnya!

   Perlahan-lahan manusia itu tegak berdiri.Kedua-dua belah tangannya tiba-tiba bertukar menjadi sesuatu.Ianya sebuah cangkuk gergasi yang kelihatan hampir sama seperti cangkuk Grim Reaper.'Dia' mulai mengatur langkah tetapi dalam keadaan terhuyung-hayang.
   
    "I..Iryan... Saya..tak rasa yang dia tu kawan.." Balas Syawal,juga turut terketar-ketar.Mereka semua sudah berjalan mengundur.

     "Aku....mahukannya...kembali..." Makhluk itu bersuara dalam nada yang mampu menaikkan bulu tengkuk.Sungguh menyeramkan.

    Rasa-rasanya makhluk itu berjantina lelaki kerana suaranya sedikit garau.Sekali pandang,wajahnya kelihatan seperti manusia saja.Langsung tiada cacat-cela.

   "Mahukan? Mahukan apa? Dan..siapa kau?" Soal Fellex,langsung tak gentar.Malah dia semakin menghampiri makhluk itu.

   "Heh.."

Makhluk itu tersengih sinis tatkala dia melihat sekumpulan manusia yang tercongok di hadapannya kini.Langkahnya semakin hampir pada mereka.

    "Setahu beta,sebelum beta dilantik menjadi penjaga di sini,dialah Penjaga Jurang Kekayaan yang sebenarnya.Dan dia ni jahat! Sepatutnya dia sudah tidur untuk selamanya tetapi..kenapa dia boleh berada di sini? Ja..Jangan dekati dia Fellex!" Lady Autumn bersuara ketakutan.

    Bulu tengkuk masing-masing sudah meremang.Fellex kembali berjalan mengundur,tak jadi nak melangkah ke hadapan lagi.

    Raksasa yang berselubung tadi tersenyum jahat.Tiba-tiba wajahnya dilumuri kesedihan.Teresak-esak menangis.Berbicara sedih.

     "Dahulunya aku seekor makhluk yang baik..

   ...menyanyi ceria,bersama manusia,..

...namun,

    ...selepas aku dikhianati oleh insan yang aku cintai..

... telah kurampas satu per satu harta mereka yang ada..

    ...dan telah kuambil nyawanya...

...sebagai satu kepuasan bagiku.

   ..Manusia...

    ...penipu! Pendusta!

    Takkan ku benarkan kalian melepasi jambatan ini!

    Berikan semula hartaku!

    Akan ku bunuh kalian semua,manusia tak guna!"

     Raksasa itu mengakhiri kata-katanya dengan menyerigai marah.Dirundung dendam yang membuak-buak.Tangannya yang bercangkuk disilangkan di dada.Sudah bersedia untuk menyerang.

    Kesemua ahli kumpulan Syah sudahpun mengeletar ketakutan.

     "Lari!!!!!" Mereka menjerit serentak.Pantas benar mereka membuka langkah,menaiki jambatan Jurang Kekayaan itu.

    Tetapi di saat baru sahaja kaki mereka melangkah naik....

    Tiba-tiba,..



  →to be continued..

___________________________________

Nervous?! Curious?! Nak tahu apa yang jadi? 😂Sila nantikan episode yang seterusnya walaupun citer ni x best mana.

Ohh..sebelum Author terlupa.Tahun ni Author kena duduki ujian Pt3.Soooo...Citer The Alchemist mungkin ditangguhkan.😭

Author akan berhenti menulis bila sampai Bab 60 nanti.Kalau Author lapang,Author sambung lagi ya?

Thanks to semua reader kerana selalu menantikan update Author dan yang sentiasa rajin menulis komen selama ni😆.

Arigato gozaimas!

THE ALCHEMIST (EDITING)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن