Bab 1

838 24 5
                                    

TALI leher dilonggarkan sambil melangkah ke dapur. Peti ais dibuka. Satu tin coke dicapai untuk membasah anak tekak. Keluhan panjang dilepas perlahan sebelum menarik kerusi meja makan berhampiran.

Habis setengah tin coke diteguk, dia menggeleng ketika mata tercorot pada meja makan yang kosong. Tiada rezeki tersedia untuknya pada malam itu. Sudahlah letih seharian bekerja. Bila pulang, ini yang menyambutnya. Bukan sekali dua, boleh dikatakan hampir setiap hari.

'Bila you nak berubah.' Dia merungut sendiri sebelum bingkas dari kerusi untuk ke tingkat atas.

Tuala dicapai sebelum melangkah ke bilik air. Sekujur tubuh si isteri yang nyenyak tidur, tak dipedulikan. Silap menegur, dia akan diherdik.

Usai membersih diri dan menunaikan tanggungjawab pada yang Maha Esa, dia terus berbaring. Ditolehnya ke sisi sambil melihat Irdiana tidur membelakanginya.

Tubuh dirapatkan pada Irdiana. Mulut didekatkan lalu berbisik, "setiap masa I tunggu you berubah. Jadi Irdiana yang dulu. Yang sentiasa menyenangkan hati I. Bukan macam Irdiana sekarang."

Terdengar dengkuran halus Irdiana, dia menjauh diri. Bimbang Irdiana terjaga. Kalau tidur Irdiana terganggu, tentu Irdiana mengamuk. Bukan dia tak kenal sikap panas baran Irdiana. Sering saja dia dapat tempias.

Tubuh Irdiana bergerak-gerak. Idlan cuak. Dia dah terjaga? Haish... perang lagi jawabnya.

"Apa you membebel tadi?" Irdiana membuka mata, melihat suaminya sedang merenung ke atas. Baru sekarang tahu nak balik rumah? Kenapa tak tidur aje kat pejabat tu? Omel Irdiana dalam hati.

"Tak ada apalah. Maaf, kalau I buat you terjaga," balas Idlan dengan melirik pada Irdiana yang muncung. Sikit-sikit nak marah. Suka sangat tunjuk muka masam. Tak tahu suami baru balik? Senyumlah sikit. Maniskanlah muka tu. Perut tengah lapar boleh jadi kenyang, tau. Hati kecil Idlan berbisik.

"Lain kali boleh tak you balik awal sikit? Kalau you asyik balik lewat malam macam ni, lebih baik you tak payah balik langsung!" Irdiana membentak. Dengan kasar dia menarik selimut. Huh... mengganggu aje.

"I kerja. Bukan saja nak balik lambat," bidas Idlan. Malam-malam buta kalau bergaduh dengan isteri, sangat tak bagus. Nasib baik balik lambat fasal urusan kerja. Kalau urusan perempuan? Lagi tambah naya. Mana nak dicari suami macam dia ni? Siang malam asyik fikir fasal kerja dan rumahtangga saja. Tak sempat nak tengok perempuan lain. Usahkan nak pandang, jeling pun tak ada masa.

"Ada I cakap you pergi melencong ke tempat lain ke?" Irdiana membalas. Tak puas hati dengan jawapan Idlan. Sengaja nak ganggu dia tidur. Menyusahkan betul!

Idlan mengeluh sambil menggeleng. Malas melayan kemarahan Irdiana kerana dia sudah jemu. Selimut ditarik untuk menutup tubuh yang kedinginan. Tak sampai dua saat, selimut ditarik semula oleh Irdiana. Aduhai isteriku. Bertimbang rasalah sikit. Selimut ni untuk dikongsi berdua. Bukan untuk kegunaan seorang diri.

Sekali lagi Idlan mengeluh. Apabila Irdiana dalam keadaan begitu, pasti pertengkaran akan berlaku. Dia bangkit lalu bersila di hadapan Irdiana. "I penat. Nak tidur. Mengantuk sangat. Kalau you nak gaduh dengan I, esok ajelah. I dah tak larat. Dahlah I tengah lapar. Balik rumah satu apa pun tak ada untuk I makan. Nak harapkan you masak, kebulurlah I." Idlan hamburkan rasa tak puas hati. Kalau Irdiana nak marah, silakan. Dia malas nak ambil kisah. Dah puas dia dengar bebelan Irdiana. Dia dah kalis benar.

Irdiana kecilkan mata sambil mengetap rapat bibirnya. Bengang dengan kata-kata Idlan, dia terus membalas, "habis, you nak apa? Nak suruh I layan you macam putera raja? Nak hadap muka you hari-hari? Nak jadi hamba you? Uruskan makan dan pakai you? Tolong sikit, ya.. Mr.Idlan. I bukan orang gaji you!" Ingat kita ni isteri zaman apa? Zaman batu ke nak hadap suami 24 jam? Tak kuasa!

Cintai Aku Dengan Restu-NyaМесто, где живут истории. Откройте их для себя