Bab 19: Sungai Berasid

Začít od začátku
                                    

"Kejap!! Bila masa saya dengki dengan awak? Saya tak.."

"Kau diam!! Aku taknak dengar lagi penipuan kau!!" Jerit Fellex, nyaring.

Gedebukkk!!

Satu tumbukan padu mengenai wajah Syah.Syah jatuh terjelopok sambil memegang pipi yg terasa sengal.Pandangannya agak berpinar-pinar.

Shasha segera mendapatkan Syah."Awak okey??" Soalnya sambil memegang bahu Syah.

"Jangan sentuh saya!!" Marah Syah sambil menepis laju tangan Shasha.

Syah kembali berdiri tegak.Wajah Fellex direnungnya dengan renungan maut untuk beberapa saat.

Mereka semua yg sedang memerhati, sudah kecut perut.Takut seandainya akan ada pertumpahan darah berlaku.

Dengan muka Fellex yg bengang tu,bertambah lagi dengan renungan maut Syah tu,buatkan suasana terasa sengit untuk seketika.

Fellex kelihatan seperti sudah bersedia untuk bertarung.Syah pula nampak macam nak terkam Fellex tu bila-bila masa saja.

Beberapa saat kemudian,Syah meraup rambutnya ke belakang.Semua orang yg memerhati,menarik nafas lega.Ingatkan Syah nak tumbuk Fellex balik.

"Aku minta maaf." Ucap Syah dengan wajah yg penat.Dia mengambil selimutnya lalu berjalan kearah bawah pokok yg menempatkan Zamry tadi.

Syah menghamparkan selimut itu diatas tanah lalu dia baring,membelakangi mereka semua.

Fellex agak tergamam.Syah bahasakan dirinya 'aku' ke sebentar tadi ataupun dia,tersalah dengar?

Shasha juga turut membatu.Perlahan-lahan, dia menoleh kearah Fellex. Tubuh Fellex ditolaknya lalu Fellex terdorong sedikit ke belakang.

"Kau apahal?! Main tolak-tolak aku pulak." Marah Fellex. Dia memandang wajah Shasha sambil melaga-lagakan rahangnya.

Shasha melangut untuk melihat wajah Fellex yg agak tinggi darinya.Dia bercekak pinggang.Pipinya memerah,menahan marah.

"Hello? Tadi tu salah aku okey? Bukan Syahlah.Hrh..kau ni...,kan dia dah merajuk tu.Kau memang jahatlah.Kesian dia." Marah Shasha,separuh berbisik sebelum dia bergerak kearah tempat tidurnya kembali.

Fellex mengaru-garu kasar kepalanya sehingga berserabai rambut dia tu.

"Tak guna!! Dua-dua sama je!! Penipu!! Tak tahu malu!! Hrhhh!!" Amuk Fellex seorang diri.

Dia berjalan kearah salah satu pokok disitu lalu memanjatnya laju.Hatinya sakit!! Benar-benar sakit!!

'Syah tak guna!! Perampas kekasih orang!!' Itulah perkataan yg membakar didalam hatinya,kini.

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Ketika Syah baring di sebelah Zamry..

SYAH menguap kecil.Dia betul-betul mengantuk ketika ini.Semua ni Fellex punya kerjalah.Yang gerak dia pepagi buta apahal? Kalau nak ajak bergaduh,..boleh ajer.Cuma dia tadi rasa mengantuk sangat sampai tak larat nak layan marah Fellex tu.

Tapi,dari bergaduh,lebih baik dia mengalah dulu lepastu tidur.Habis cerita.Tak payah bazirkan tenaga.

Baru sahaja Syah ingin melelapkan matanya,tiba-tiba dia teringat sesuatu.

Hari esok..adalah hari lahirnya!! Syah tersenyum sendirian.Esok..akan cukuplah umurnya 200 tahun.

Umur 200 tahun adalah umur yg sangat ditunggu-tunggu oleh seorang Alchemist kerana pada umur itu,mereka akan mendapat satu ability yg istimewa buat mereka.

THE ALCHEMIST (EDITING)Kde žijí příběhy. Začni objevovat