Bab 9 Ibarat Datang Menyerah

860 20 1
                                    



Hadi meneruskan perjalanannya menuju ke rumah mertuanya. Rumah mertuanya itu tidak terlalu jauh dari tempat kursus yg sedang dihadiri olehnya. Hanya 30 minit sahaja. Sebenarnya sudah dua hari dia menghadiri kursus tersebut, namun hanya hari ini dia berpeluang untuk menjenguk mertuanya itu. Dia begitu sibuk sekali sepanjang dua hari ini kerana dia hadir sebagai penyelia kursus, bukan peserta. Terlalu banyak perkara berkaitan dengan kursus tersebut yg perlu diselesaikan. Kalau bukan disebabkan dia sudah berjanji dengan isterinya untuk menjenguk mertuanya itu, pasti Hadi akan memilih untuk berehat sahaja dibilik hotelnya. Bukannya dia tidak mahu melawat mertuanya, tetapi dia sendiri sememangnya agak penat dan letih sepanjang kursus tersebut. Nasib baik hari ini sesi kursus itu hanya sampai tengah hari sahaja. Boleh dia mencuri masa untuk melawat mertuanya.


Keretanya terus meluncur laju, mula memasuki kawasan perkampungan pinggir kota tempat asal isterinya, sekali gus rumah mertuanya. Sejak seminggu lepas lagi isterinya mengatakan kerisauan tentang ibunya, mahu dia menjenguk, melihat keadaan ibunya itu. Secara dasarnya Hadi mempunyai hubungan yg agak baik dengan mertuanya itu, walaupun baru 3 tahun dia bergelar menantu kepada Hajah Halimah. Dia sendiri agak menghormati wanita yg berusia lebih dari separuh abad itu. Bukan sahaja alim, bahkan mempunyai penampilan dan perwatakan yg begitu muslimah sekali. Yang paling Hadi respect tentang mertuanya itu adalah kesetiaannya. Walaupun sudah menjanda lebih dari 2 dekad, dia masih setia dengan arwah suaminya. Dalam diam Hadi berdoa yg isterinya juga akan menjadi seperti mertuanya itu apabila berusia seperti itu. Kata orang, kalau hendak melihat paras rupa isteri kita ketika sudah berusia, hanya lihat ibunya. Kalau betul kata mereka, ternyata Hadi begitu bertuah. Bibir Hadi pasti akan mengukir senyuman setiap kali mengingati perkara tersebut.


Hadi memberhentikan keretanya dihadapan rumah mertuanya. Pintu pagar kelihatan terbuka luas. Pasti mertuanya ada didalam. Hadi mulai melangkah keluar dari keretanya, berjalan masuk kedalam rumah tersebut. Pintu hadapan tertutup.


" Assalammualaikum..." Suara Hadi bergema, sambil menunggu jawapan dari dalam.


Seketika, terdengar bunyi pintu tersebut dibuka dari dalam.


Mulut Hadi terlopong, matanya terpaku melihat empunya badan yg berdiri dihadapannya. Susuk tubuh yg memakai kebaya ketat dan kain batik sendat yg memperlihatkan setiap lekuk tubuh dihadapannya itu memberikan senyuman yg begitu menawan kepada Hadi yg masih terpaku dihadapan pintu tersebut.


" Ehh Hadi. Jemputlah masuk.." Terdengar suara manja keluar dari bibir yg dilapisi dengan gincu merah terang, berkilat.


" U...Ummi??" Tanya Hadi, gugup, masih lagi tidak percaya dengan apa yg sedang dilihatnya. Tiada lagi tudung labuh dikepala mertuanya itu, bahkan inilah kali pertama Hadi melihat rambut Hajah Halimah. Memang jauh berbeza sekali penampilan Hajah Halimah yg sedang berdiri dihadapannya itu dengan Hajah Halimah yg berada didalam ingatannya, walaupun kali terakhir dia melihat mertuanya itu hanya 4 bulan lepas. Riak wajah Hajah Halimah yg dihiasi dengan mekap itu kelihatan begitu menawan sekali. Seolah-olah wanita itu kembali menjadi muda. Jauh lebih muda dari yg pernah diingati oleh Hadi. Bahkan, kalau isterinya, Aisyah berjalan dengan wanita yg berada dihadapannya sekarang, pasti orang yg melihat mereka akan salah sangka, menyangka mereka berdua sebagai adik beradik, fikir Hadi, masih memandang mertuanya tanpa berkelip.


" Yer la, Ummi la ni. Kenapa Hadi pandang Ummi macam ni? Hehehe.." Suara dan ketawa Hajah Halimah menyedarkan lamunan Hadi.

MAKHLUK TANPA JASADKde žijí příběhy. Začni objevovat