19

138 8 4
                                    

Tiba sahaja dirumah Hajah, Qaisara berjalan terus memeluk ibunya dengan erat. "Eh? Kenapa Eimir tak turun sekali? Dia nak kemana?" Tanya Hajah.

"Ma.. Qai penat ma.." Tangisanya pun pecah, dia mula menangis terisak-isak dihadapan ibunya.

"Kenapa semua ni terjadi pada Qai?! Kenapa selalu Qai je yang kena hadap macam ni?!!" Hajah membalas pelukkan anaknya.

"Sayang gaduh dengan Eimir ke?" Qaisara menggelengkan kepalanya. "Lepas tu? Kenapa kamu sedih? Sebab Eimir lupa ingatan?" Tanya Hajah lagi.

Qaisara menceritakan apa yang berlaku semalaman pada Hajah. Dia faham situasi anaknya. "Tapi sekarang Eimir dah sembuhkan? Dia dah tak macam dulu. Qai kena bersyukur, Allah berikan dia peluang lagi untuk teman Qai." Kata Hajah.

"Apa patut Qai buat ma.." Qaisara terus menangis terisak-isak. "Buatlah apa pun asalkan jangan sampai bercerai." Jawab Hajah.

Dengan nasihat itu, Qaisara memilih untuk berbincang dengan Eimir. "Assalammualaikum Ma." Eimir salam ibu mertuanya. "Mama tak akan masuk campur, kamu bincanglah berdua." Ucap Hajah.

Kemudian Hajah menutup pintu. "Apa yang awak nak bincangkan?" Tanya Eimir. Tida respon dari Qaisara. "Sayang." Eimir menarik tangan Qaisara sedikit merapat dengannya.

"Sayang.. please say something."

"Saya nak settle kan benda ni secepat mungkin. Eimir saya nak bercerai." Kata Qaisara.

Deng. Eimir bingung apa yang berlaku sebenarnya. "Saya tak akan ceraikan awak." Kata Eimir. Eimir cuba menarik Qaisara ke dakapannya.

"Cukuplah Eimir! Laki semua sama! Saya tak nak kena tipu lagi!!" Qaisara memberontak dan menolak Eimir jauh darinya.

"Awak rasa laki semua sama ke?" Eimir berlutut dihadapan Qaisara. "Tak payah nak acting lah Eimir! Saya tahu permainan lelaki." Kata Qaisara.

"Are you sure?"

"Qaisara.. Saya bersumpah demi Allah dan berjanji. Saya tak akan melakukan kesalahan besar lagi. Saya tak akan tinggalkan awak sampai akhir hayat." Ucap Eimir.

"Laki mana yang sanggup bersumpah demi seseorang yang dia cintai?" Qaisara tergamam. "Sayang, kalau awak masih tak percaya saya akan buat asalkan awak percaya saya betul-betul sayangkan awak." Kata Eimir.

"Saya maafkan awak tapi dengan satu syarat." Eimir menunggu ucapan penuh dari Qaisara.

...

Mereka keluar dari bilik dan turun anak tangga bersama. "Kan nampak manis tu, macam ni lah.." Kata Hajah.

Qaisara hanya tersenyum saja. Sedangkan Eimir teringat dengan kejadian tadi. "Apa syaratnya?" Tanya Eimir. "Pertama, saya tak nak awak pandang semua perempuan yang ada disekeliling awak."

"Kedua, sentiasa hormat saya sebagai isteri awak kalau awak nak saya hormat awak sebagai suami saya."

"Ketiga, saya tak nak tidur sebilik dengan awak selama 1 bulan." Eimir terkejut mendengar syarat ketiganya. "No way, I can't sleep without you sayang. Semalam pun I dah naik gila tau." Bentak Eimir.

"But I can sleep without you. Anytime. Selama you pergi kerja I tidur seorang dalam bilik." Kata Qaisara sambil menyilangkan kedua tangannya.

"No, you sleep with Ieman. Also kita buat video call right? Awak lupa ke?" Ucap Eimir sambil menggoda isterinya.

"Ieman?"

"Anak kita sayang. Arwah anak kita.. Ieman Al-Fateh bin Eimir Aqasha." Ucap Eimir sambil memeluk erat pinggang ramping isterinya.

Qaisara terdiam sejenak. Dia teringat kembali anaknya. "Kenapa Ieman Al-Fateh? Kita tak pernah discuss pun nama tu.." Kata Qaisara.

Dear Captain || MINGYUNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ