B A B 2 7

2K 163 12
                                    

Zap! Darah pekat yang mengalir keluar dari pergelangan tangan milik Bunga Anggerik Nathalia membuatkan Muhammad Azhan Asfar menjerit nyaring.

Niatnya ingin melihat adiknya, namun tidak di sangka ia pula yang mendapat kejutan daripada Bunga Anggerik Nathalia. Dia sangat kaget ketika melihat gadis itu sudah terkulai di atas lantai bersama darah yang mengalir seperti air paip.

"Allahuakhbar, Anggerik!"

Tidak menunggu lama, Muhammad Azhan Asfar berlari masuk ke dalam bilik yang di duduki oleh si adik lalu ia angkat Bunga Anggerik Nathalia untuk di bawa ke hospital dengan segera. Kerana, si adik perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

"Please hold on, you can't die Anggerik." Ucap Azhan dengan suara yang resah.

Di sebabkan kejadian itu, rumah agam milik arwah Tuan Besar Fakhrul Adlan menjadi sangat tegang. Puan Cempaka dan Puan Delima yang menyaksikan peristiwa itu tergesa-gesa mengajak Bunga Azalea Adelia untuk membuntuti Muhammad Azhan Asfar pergi ke hospital.

Sesampainya mereka di hospital. Masing-masing dengan sabar menunggu doktor  yang bertanggungjawab di dalam merawat Bunga Anggerik Nathalia keluar untuk memberitahu keadaan gadis itu.

"Az, keadaan Anggerik macam mana?" soal Azalea kepada si abang dengan suara yang cemas.

Muhammad Azhan Asfar mengukir senyuman manis.

"Alhamdulillah, keadaan Anggerik dah stabil. Untuk hari ini, Az terpaksa tahan dia dekat ward dulu. Biarkan dia berehat dekat sini. Kalau ibu dengan mama nak balik. Bolehlah balik. Lea pun kalau nak balik, silakan. Az boleh jaga Anggerik hari ini sebab malam ini Az, oncall." Kata Muhammad Azhan Asfan dengan nada yang lembut.

"Mama dengan ibu boleh tunggu Anggerik." Kata Puan Delima pula.

Di susuli dengan anggukan daripada Puan Cempaka. Bersetuju dengan kata-kata wanita yang berusia 40-an itu.

"Lea pun sama. Lea nak tunggu Anggerik. Semua ini salah Lea." Kata Bunga Azalea Adelia pula dengan rasa bersalah.

Azhan pula melempar senyuman kepada ketiga-tiga insan itu.

"Az tahu, niat korang bertiga baik. Tapi, malam ini kita ada kenduri arwah. Jadi, ada baiknya ibu, mama dan Lea balik. Uruskan apa yang patut." Kata Azhan lagi dengan nada yang lembut.

"Jangan risau, Az akan beritahu dia baik-baik. Apa pun dia tetap adik Az. Darah daging Az sendiri. Seburuk apa dia, dia masih adik Az. Sampai bila-bila pun." Katanya lagi bersama senyuman.

"Kalau Az di tempat Anggerik. Az rasa, Az boleh jadi gila sebab bukan dua tapi tiga baba kahwin. Di tambah lagi, Anggerik baru tahu lepas baba meninggal dunia. Lagipun, dia baru aje kehilangan ketiga-tiga orang yang paling dia sayang." Ujarnya lagi.

"Untuk waktu sekarang, keadaan Anggerik sangat tak baik. Semuanya perlukan masa. Lagi-lagi dia disahkan buta lepas apa yang berlaku pada dia kan? hanya dia sahaja yang tahu dan rasa bertapa sakitnya untuk menerima hakikat bahawa dunianya gelap tanpa cahaya lagi seperti biasanya." Kata Azhan lagi.

Dia tahu bukan mudah untuk adiknya menerima kenyataan bahawa dia sudah tidak bisa melihat seperti orang lain.

"Kalau ada apa-apa yang berlaku dekat Anggerik terus call kami bertiga ya." Kata Puan Cempaka dengan nada yang lembut.

Laju sahaja Muhammad Azhan Asfar mengangguk dan menghantar kepergian ketiga insan itu melalui pandangan mata serta senyuman. Setelah itu, baru dia masuk semula ke dalam ward yang menempatkan Bunga Anggerik Nathalia.

Kerusi di tarik, nafas di hela panjang.

"I know you already wake up, open your eyes Anggerik. I'm not fool as you think." Kata Azhan dengan suara yang sedikit keras.

Perlahan-lahan mata itu terbuka bersama air mata. Tangisan kecil itu bergema di bilik itu.

"Kenapa aku tak mati je? kenapa kau selamatkan aku? kenapa?" soal Anggerik dengan bertubi-tubi.

Sesak dadanya untuk menerima semua ini. Mengapa semua ini berlaku dengan serentak? mengapa sebuah kebenaran itu sakit?

"Buang je lah aku dekat mana-mana. Aku tak kisah. Kenapa nak jaga aku? aku akan menyusahkan semua orang. Aku buta. Lawak kan hidup seorang Bunga Anggerik Nathalia. Mulut ni tak pernah walaupun sekali berkata perkara yang elok. Kenyataannya, aku juga menumpang harta orang. Biarkan aku mati, aku tak nak hidup. Aku nak ikut baba, umi dengan abang." Kata Bunga Anggerik Nathalia lagi bersama tangisan.

Muhammad Azhan Asfar mengusap lembut kepala si adik. Dia menarik nafas sebelum berbicara.

"Anggerik sayang, dengar apa yang Az nak kata dekat adik. Dunia ini adalah tempat kita menerima ujian. Dan, ya Allah sedang uji adik Az sekarang. Az minta maaf sebab Anggerik yang perlu rasa sakit ni. Bukan Az atau Lea. Anggerik adik kami. Arwah umi baik sangat. Dia yang meminang mama untuk arwah baba. Katanya, dia nak anak Tuan Fakhrul Adlan penuh satu rumah agam tu." Kata Azhan dengan suara yang lembut.

"Kenapa umi pinang mama? sebab ibu dah tak boleh mengandung. Rahim ibu terpaksa di buang kerana ada komplikasi semasa mengandungkan Anggerik. Mesti Anggerik pelikkan kenapa Az abang? sebab Az lahir dulu lepastu baru ibu di sahkan mengandung lagi." Kata Azhan lagi bersama senyuman.

"Anggerik, tiada seorang ibu di atas dunia ini hendak melihat anaknya menderita." Kata Azhan lagi.

Bunga Anggerik Nathalia mengukir senyuman hambar. Kepalanya di paling ke arah lain. Dunianya gelap. Hatinya juga hancur.

"Ada... ada seorang ibu yang sanggup melihat hidup anaknya menderita. Aku, aku lah orangnya. Aku buang anak aku. Aku hampir bunuh dia. Aku benci dia..." Kata Anggerik pula.

Air matanya mengalir tanpa di pinta.

"Aku nak mati, tolonglah... Tak ada guna aku hidup atas dunia ni lagi. Aku dah buta, aku dah tak berguna. Aku akan susahkan orang. Faham tak?" katanya lagi dengan suara yang sedikit keras.

Muhammad Azhan Asfar mengukir senyuman manis. Di usap si adik penuh sayang. Walaupun dia tahu, senyuman itu tidak dapat di lihat oleh Anggerik. Namun, tetap sahaja dia ingin melempar senyum kepada si adik yang sudah putus asa itu.

"Kematian bukan pengakhiran dari segala-galanya Bunga Anggerik Nathalia. Anggerik tak boleh terus macam ni. Anggerik kena bangun. Kalau baba, umi dan Asfan masih ada mesti mereka kecewa sebab tengok anak dan adik kesayangan mereka ni putus asa." Kata Azhan lagi berusaha untuk memujuk si adik.

"Dada ni sesak, hati ini hancur. Kenapa sakit sangat Az kenapa? kenapa sakit rasa sebuah kehilangan?" kata Bunga Anggerik Nathalia lagi.

"Anggerik sayang, sakit hari ini akan di gantikan dengan rasa bahagia kelak. Percayalah kata Az ni. Let us take care good of you, bagi kami ruang untuk kenal Anggerik boleh?" Pujuk Azhan lagi.

Lambat-lambat Anggerik mengangguk. Dan, Muhammad Azhan Asfar memeluk si adik dengan penuh rasa kasih sayang.

"Alhamdulillah, amanah arwah baba dah terlaksana. Az dengan Lea akan jaga Anggerik sampai Anggerik boleh melihat semula." Bisik Azhan bersama harapan.

"Kifarah itu wujudkan? mungkin ini kifarah yang perlu aku terima." Jawabnya pula bersama senyuman hambar.

Ketahuilah bahawa, Allah itu tidak pernah tidur. Dia selalu ada untuk memberi peringatan kepada umatNYA agar kembali padaNYA semula.

Hello! okay tak?
typo, abaikan!

Jangan lupa vote&
komen banyak²!
kalau tak saya malas
updated werk!

Enjoy & happyread

SYARAT BAHAGIA | CNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ