B A B 1 7

1.8K 143 4
                                    

"Jauh kau termenung Shaz." Tegur Muhammad Asfan Najmi yang baru sahaja sampai di ladang getah.

Dia melihat Shazrin Ammar sedang duduk bersandar sambil melihat kehijauan yang begitu menenangkan di ladang getah itu. Tidak ingin membuang masa, dia mengambil tempat bersebelahan dengan adik iparnya itu. Dia yakin, lelaki itu pasti ada masalah sehingga dia termenung jauh seperti itu.

"Shaz?" Panggil Asfan dengan nada yang lembut.

Bahu si sahabat ia tepuk perlahan agar lelaki itu bisa kembali dari alam nyata.

"Eh, Asfan. Bila kau sampai? tak dengar pun bunyi motor kau." Kata Shazrin Ammar bersama senyuman kecil.

Sudah lamakah abang iparnya ini berada di sebelahnya? Sebenarnya, dia sedang melepaskan lelah. Maka, dia bersandar di pokok getah ini. Dia ingin berehat sebentar sebelum menyambung kerjanya semula.

"Takdelah, baru aje sampai. Kenapa ni? kau macam ada masalah je? kau okay tak? Shaz, kalau ada masalah kongsilah dengan aku. Kita bukan orang asing Shaz. Kau dah jadi adik ipar aku. Jangan pendam terlalu lama Shaz, aku takut ia akan jadi racun paling berbisa untuk kau." Kata Asfan dengan lembut.

Dia tahu, sejak dia berkahwin dengan adiknya. Hidup Shazrin Ammar berubah secara drastik. Dia harus bekerja membanting tulang lebih daripada kemampuannya. Manakan tidak, siang hari dia perlu menoreh getah. Pada malam hari pula, dia gigih membuka kedai burger di depan rumah. Jika ada rezeki, larislah burgernya. Jika tidak, dia harus pulang dengan tangan kosong.

Dia lakukan ini semua demi adiknya, Bunga Anggerik Nathalia. Terkadang, dia rasa malu untuk berdepan dengan Shazrin Ammar hanya gara-gara perangai si adik yang tidak habis-habis ingin menyeksa si suami. Benarlah kata baba, sabar seorang Shazrin Ammar sejuta di dalam satu. Di saat isterinya menghina. Dia bisa melempar senyum seolah tiada apa yang terjadi.

Hebatnya seorang lelaki, ketika dia bisa menyimpan sejuta kelukaan itu hanya dengan sebuah senyuman di bibir.

"Entahlah Fan, hidup kita ni memang penuh dengan ujiankan? selagi kita yang bernama manusia masih hidup di atas muka bumi ini. Maka, kita takkan pernah terlepas daripada dugaan Allah. Aku percaya, setiap ujian pasti ada hikmah. Dan, setelah hujan mesti ada pelangi." Kata Shazrin Ammar bersama senyuman manis.

Dia memejamkan kedua matanya lalu meletakkan kepala di atas bahu si sahabat. Manakala Asfan pula hanya membiarkan sahaja, Shazrin Ammar berbuat sedemikian. Dia yakin, pasti ada sesuatu yang berlaku. Jika tidak, dia tidak akan seperti ini.

"Kenapa ni?" soalnya ingin tahu.

Shazrin Ammar menarik nafas sebelum berbicara dengan Asfan semula.

"Fiq dah kahwin." Kata Shazrin Ammar bersama tawa kecil.

Tawa yang bisa Asfan rasakan penuh kesakitan. Dia juga terkejut dengan kata-kata si adik ipar.

"Fiq kena tangkap basah. Jadi, dia perlu bertanggungjawab di atas perbuatannya. Aku... Aku gagal ke Fan?" kata Shazrin Ammar lalu mendongak menatap si abang ipar bersama kolam mata yang berkaca-kaca.

Untuk kali ini, dia benar-benar tersungkur. Bahkan, untuk waktu ini. Dia benar-benar kalah dengan dirinya sendiri. Sakitnya seperti di tikam berkali-kali. Rasa sesak di dada usah di kata. Ingin sahaja dia menghamburkan segala tangisan di sini.

"Menangislah Shaz, lepaskan semuanya. Aku ada sebagai bahu untuk kau lepaskan semua bebanan di bahu kau." Pujuk Asfan dengan suara yang lembut.

Dia melempar senyum lalu memeluk sahabatnya itu. Dan, seperti yang dia duga. Tangisan itu pecah seakan sudah lama menyimpan rasa sakit itu sendirian.

"Ya Allah, sakitnya rasa ini. Sakit sangat Fan." Kata Shazrin Ammar bersama tangisan yang semakin lama semakin kuat.

Muhammad Asfan Najmi hanya mampu mendengar. Kerana, dia tidak berada di tempat sahabatnya. Jadi, dia tidak tahu bagaimana rasanya sakit itu. Tetapi, dia yakin di setiap ujian pasti akan hikmahnya.

"Kau kuat Shaz. Sebab itu, Allah uji kau." Kata Asfan lagi.

Semakin kuat tangisan itu. Semakin kuat pelukan itu. Dia ingin tenangkan Shazrin Ammar. Dia ingin, sahabatnya itu tahu bahawa dia akan selalu ada dengan dirinya. Kerana, dia tahu adik iparnya itu inginkan sedikit kekuatan daripada orang sekeliling. Jika isterinya tidak berikan. Biarlah dia yang berikan. Dia ikhlas.

Sementara itu, di rumah pula. Berlakunya perdebatan hebat di antara Bunga Anggerik Nathalia dan Shafiq Ammar. Masing-masing tidak ingin mengalah walaupun sudah di halang oleh Afrin Baheera.

"Eh, kau memang perempuan sial!" Jerit Shafiq Ammar geram.

Bunga Anggerik Nathalia senyum sinis. Dia memeluk tubuh seakan tiada langsung rasa bersalah. Semakin Shafiq Ammar marah. Semakin itu jugalah dia galak menambah rasa.

"Cakap dekat diri sendiri ke? kau tu yang sial. Kahwin pun sebab kantoi dengan JAIS." Balas Bunga Anggerik Nathalia dengan sinis.

Dia tertawa kecil ketika melihat bertapa marahnya Shafiq Ammar saat ini. Kenapa? salah ke apa yang dia katakan? itu semua fakta!

"Eh betina, kau dengan aku tak ada beza. Kau tu mengandung anak haram! jadi tak payah banyak songeh boleh tak?! cukup baik isteri aku nak masak untuk kau lah sial!" kata Shafiq Ammar lalu membaling pinggan yang masih ada sisa nasi tepat di muka kakak iparnya.

Banyak pula songeh. Cukup baik, masih ada nasi goreng yang tersisa untuk dia makan. Dasar perempuan kurang bersyukur!

"Tak guna kau Shafiq!" Jerit Bunga Anggerik Nathalia.

Entah di mana silapnya, pinggan plastik yang berada di bawah itu membuatkan dia tersadung dan jatuh.

"Argh, sakit!" jerit Bunga Anggerik Nathalia.

Dia bisa rasakan seluruh badannya sakit. Manakala, Shafiq Ammar tergamam. Mujurlah Afrin Baheera cepat bertindak.

"Awak tolong saya!" jerit Afrin membuatkan dia kembali di alam nyata.

Tidak berlengah lagi. Mereka membawa Anggerik pergi ke hospital. Usai sahaja sampai di hospital. Dia menyerahkan Bunga Anggerik Nathalia kepada doktor untuk di periksa.

"Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?" gumamnya sendirian.

Afrin Baheera pula duduk di sebelah si suami. Dia mengosok belakang Shafiq Ammar dengan lembut.

"Inshaallah, Anggerik tak apa-apa. Awak dah beritahu abang ke tentang keadaan isterinya?" kata Afrin Baheera dengan lembut.

Shafiq Ammar mengangguk lemah. Dia bersandar di kerusi. Sungguhlah, kemarahannya kini memakan diri sendiri.

"Makin bencilah abang dekat aku." Kata Shafiq Ammar pula.

Dia senyum tawar. Kenapa, dia tidak bisa menjadi seorang adik yang baik seperti kakak-kakaknya?

"Janganlah fikir negatif. Inshaallah, semuanya akan baik-baik sahaja. Lagipun, awak tak sengaja Fiq." Pujuk Afrin Baheera pula.

Dia senyum kepada suaminya. Dia tahu niat Shafiq Ammar baik kerana ingin membela dirinya. Namun, dia juga tidak menyangka akan menjadi seteruk ini.

"Entahlah Afrin..." Kata Shafiq Ammar lemah.

Dia hanya mampu berharap semuanya akan baik-baik sahaja. Kerana, jika terjadi sesuatu kepada Bunga Anggerik Nathalia dia pasti akan di benci oleh abangnya seumur hidup.

Doanya, semua akan baik-baik sahaja. Amin...

Hello! okay tak?
typo, abaikan!

Jangan lupa komen&
vote banyak²! kalau tak,
saya malas updated. Werk!

Apa pun, happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now