8

69 4 0
                                    

Bekas sabun tangan itu diletakkan ke tempatnya semula. Hoodie coklat yang berada di tubuh badan di betulkan bersama tudung yang tersarung. Nafas ditarik panjang. Semoga Allah memanbantu aku.

Kaki melangkah keluar daripada pintu tandas. Mata mengintai sedikit ke luar koridor memastikan tiada siapa-siapa yang mencurigakan.

Nafas lega dilepaskan sebaik sahaja kelihatan figura Zryan yang sedang berjalan ke arah aku. Mungkin lama sangat aku berada di tandas sehingga dia mencari aku ke sini. Debaran di hati sedikit berkurang. Aku mengangguk kecil tanda menyapa. “Maaf lambat. Lelaki tadi dah pergi ke?” soalku perlahan.

Zryan berdiri betul-betul di hadapan aku. Wajahnya tidak beriak dan mengabaikan soalan yang diutarakan tadi. Dah kenapa pula mamat ni?

“Status, Ejen Zryan.” Kedengaran satu suara wanita daripada alat pendengaran. Automatik mata melirik pada telinga Zryan. Terdapat satu alat pendengaran di lekatkan di telinganya. Mataku membulat terkejut. Macam mana aku boleh tak perasaan?

Jantung berdegup hebat. Tangan menggigil laju. Takut. Tak mungkin. Aku... Ditipu?

I found her. Telekinetic one.” Suara garau Zryan menjawab.

targetWhere stories live. Discover now