Aku cuba menyeluk-nyeluk poket baju aku dan aku dapat rasakan sesuatu di poket seluar belakang.

"Pen?"

Pantas aku duduk di lantai dan mencuba kedua barang yang aku baru jumpa itu. Aku cuba menulis di atas buku tersebut dengan pen tersebut. Tangan aku terketar-ketar saat menulis nama aku sendiri.

Naufal Najdee

Pen aku terlepas dan tangan aku terhenti. Kepala aku di pegang tidak percaya. Tulisan tu betul-betul muncul di kertas tersebut.

Aku...

Boleh menulis?

Aku boleh menulis?

Mata aku bergenang. Benda sekecil ni buatkan aku rasa terharu dan bersyukur.

Kalau macam ni aku ada masa nak tulis semua benda yang aku nak cakap pada Mayaa. Masa aku bercakap dengan Mayaa boleh diringkaskan hanya dengan nota ni.

Aku terus melakukan sujud syukur.

Terima kasih ya Allah! Terima kasih...

Aku cuba menulis beberapa perkara lagi.

Perkara yang aku boleh buat sebagai roh;

- kumpul maklumat dan maklumkan pada Mayaa dan bagitahu Salwa melalui telefon dia.
- roh aku tak boleh cedera walaupun aku cuba cederakan diri sendiri.
- aku boleh travel sekelip mata di tempat yang aku pernah jejak.
-baju aku boleh bertukar.

Kemungkinan Iblis akan cuba target Mayaa kalau dia tahu kewujudan Mayaa. Jadi aku kena bergerak dengan Mayaa tanpa disedari Iblis.

Aku mengeluh kecil dan menyimpan buku tersebut ke dalam poket aku.

" Apa lagi aku boleh buat dengan buku ni? Aku tak boleh tinggalkan bukti bergambar untuk Salwa. Musuh dalam selimut sebelum ni pun masih belum jumpa,"

" Tak apa, sekarang aku ada alat komunikasi tambahan," dengan teruja aku menuju ke pintu dan cuba menembusi pintu penghadang bilik aku dan Mayaa tapi kemudian aku terhenti. Common sense aku menyedarkan aku.

Mayaa mesti tengah tidur lagi, dia mesti tak bertudung sekarang.

Aku melangkah ke belakang semula dan menuju semula ke atas katil aku.

Okay,
Semua maklumat yang aku nak bagitahu Mayaa boleh ditulis dulu. Semua rancangan aku untuk dapatkan semula dokumen formula aku. Sepanjang masa itu aku tekun menulis segala yang aku nak tulis tanpa gangguan sekeliling. Namun kemudian aku terdiam saat melihat tulisan di muka akhir buku nota itu. Ni bukan aku yang tuliskan?

November, hadiah kecil buat yang doanya sebesar bukit dan gunung ganang.

Selepas beberapa minit kemudian bunyi Azan berkumandang dan aku berhenti menulis.

Buku itu ditutup.

" Ada benda yang aku kena periksa tentang buku ni lagi,"

Macam mana ada tulisan lain di situ dia tidak pasti. Tapi sekarang dia perlu solat subuh dahulu. Pintu pemisah bilik antara Mayaa dan aku dilihat. Dia dah bangun ke?

@@@

Naratif Mayaa;

Aku bangun tepat jam enam pagi, langit masih gelap di luar hotel. Tangan merah sebelum ini aku lihat. Haih...

Keluhan berat aku lepas.

" Cuai betul kau Mayaa,"

Segala barang yang aku guna aku simpan kembali. Terbatal niat aku nak tengok cerita malam tadi akibat luka ini. Air panas juga dah bertukar sejuk dibiarkan sepanjang malam.

Aku bergerak ke almari baju dan melihat semua baju yang sudah tersusun rapi. Hari ini kena pakai baju lengan labuh. Sarung lengan pun kena yang tutup tangan kalau boleh. Baju aku dipilih berhati-hati dan selesai memilih baju terus aku menuju ke bilik air untuk mengambil wudu dan menunaikan fardhu ain seorang muslim.

" Assalamualaikum warahmatullah," selesai memberi salam akhir solat telefon aku berdering. Aku melihat nombor Salwa tertera di skrin telefon. Laju tangan aku menjawab panggilan itu.

Wajah Salwa muncul di skrin telefon aku.

Lah... Video call ke? Aku tak perasan.

" Assalamualaikum Mayaa?"

" Waalaikumussalam, ada apa telefon awal pagi ni?"

" Aku nak cakap dengan abang boleh? Ada berita gembira,"

" Berita gembira?!" Aku pula yang gembira mendengar ayat itu walhal aku rasa berita tu nanti tak ada kena mengena dengan aku pun.

" Boleh tunggu kejap!" Aku menanggalkan telekung aku dan mencapai tudung sarung aku. Tak naklah pakai telekung lama-lama nanti bau kepam.

Aku terus berlari ke pintu bilik Najdee dan menyerbu biliknya.

" Najdee!"

Love Lensحيث تعيش القصص. اكتشف الآن