"Since that your result is so impresive, you may." Nadia bersorak keriangan selepas mendapat kata putus.

'Yay! Mama benarkan.'

"Haih. Tanya mama je. Papa tak nak tanya pula. Nak buat macam mana, papa ni tunggul kayu. Tak penting pun." Dato' Asiah kini bersuara. Hump! Mentang-mentang ada mama, papanya dah jadi tak penting dah. Duit nanti minta dengan si ayah juga. Kesian...

"Ehh. Sorrylah pa. Boleh tak adik nak travel dengan kawan-kawan?" Nadia menyoal ayahnya.

"Hurmm. Kalau papa kata tak boleh?" Dato' Asiah saja ingin mengusik anak perempuannya.

"Aduh. Sakitlah sayang." Tangan Datin Naura laju memberi sepit ketamnya kepada lengan Dato' Asiah.

"Abang ni kan. Kesian dia. Cuba beri kata putus elok-elok. Ni tak, nak menyakat je kerjaan." Ucap Datin Naura.

"Okay-okay. Papa benarkan, okay? Dah. Tak payah tarik muncung. Papa tarik mulut tu biar panjang teruskan." Dato' Asiah memberi kebenaran kepada Nadia.

"Yay! Sayang papa!"

"Sayang papa je? Tak sayang mama? Nak merajuklah macam ni." Rajuk Datin Naura.

"Ayok adik. Mama dah merajuk. Ada nanti tak boleh pergi jalan-jalan sebab mama merajuk." Lama Iskandar tidak berbunyi kini, mengeluarkan suara.

"Alaa. Adik sayang mama juga. I love you mama!" Nadia bergerak ke arah ibunya layas memeluk ibunya.

"Nadia!" Jerit Datin Naura. Sempat lagi dia mencalit kuah kari ke muka ibunya. Dasar anak derhaka!

Nadia apa lagi? Larilah..cabut!!

Kau orang, kita nak
bercuti dekat mana ni?
Nadia-

Entahlah. Aku ikut je.
Tapi, jangan pergi jauh-jauh.
-Adrien

Kau memang.
-Nadia

Kita pergi Pulau Langkawi nak?
-Ryan

Boleh juga. Aku okay je. Yang lain?
Nadia-

Aku onz!
-Luna

Same!
-Norman

Adrien?
Nadia-

Aku pergi tandas kejap tadi.
-Adrien

Kau okay tak?
-Ryan

Okay je. Dah kenapa nak risau sangat?
-Adrien

Bukan tu lah bengong! Kau
okay tak pergi Pulau Langkawi?
-Ryan

Ouh, okay je.
-Adrien

Okay cun! Lusa kita
pergi Pulau Langkawi!
-Nadia

'Pulau Langkawi wait for me!'

KERETA Audi Urbansphere hitam milik Dato' Asiah meluncur laju di jalan dipandu oleh Nadia. Dia punya pandu kereta macam ada perlumbaan! Takut mak oi!

"Na-Nadia. Kau bawa perlahan sikit boleh tak? Takut kita orang." Adrien membuka mulut.

"Laju eh aku bawa? Aku rasa okay je." Nadia menjawab.

"Kau memang! Kau bawa memang tak rasa laju. Kita orang yang duduk belakang ni. Rasa macam nyawa dah dekat hujung tanduk!" Marah Adrien.

"Okay-okay. Aku cuba bawa perlahan." Jawab Nadia. Dia dah biasa bawa laju. Tiba-tiba kena bawa perlahan. Masalah-masalah!

Selepas satu jam memandu, mereka tiba di Pulau Langkawi. Nadia memandu kereta menuju ke hotel yang sudah ditempah. Mereka hanya menempah dua bilik sahaja. Satu untuk Nadia dan Luna. Satu lagi untuk Adrien, Ryan dan Norman. Cukuplah tu. Pandai-pandai mereka berkongsi.

"Bangunlah semua. Air liur basi dah dekat seliter dekat mulut tu." Nadia mengejutkan semua kawan-kawannya. Dasar! Dia pandu kereta seorang diri. Kawan ada. Tidur je kerjaan! Sambil itu, sempat dia touch up make up yang dipakainya.

"Eh, dah sampai? Kejap je rasa." Ryan menyoal.

"Kau tidur. Memang rasa sekejap. Dah, kejutkan yang lain tu. Nak check in pula lepas tu." Arah Nadia.

"Dah sampai hotel ke?" Soal Ryan.

"Dah, pak cik. Lepas ni, beli cermin mata." Sindir Nadia.

"Orang tanya je pun. Hump!" Rajuk Ryan.

"Ikut pandai kau lah. Luna jom. Cepat sikit. Lambat tinggal!" Nadia dan Luna sudah bergerak keluar dari kereta.

"Ehh. Tunggu aku."

Dia Milikku | CompleteWhere stories live. Discover now