"Hey!!!!" Tengking Tariq.

"Ami..." bisik Teja perlahan langsung menggenggan jemari Tariq cuba menenangkan suaminya itu. Sungguhpun hati sendiri dah berombak macam dilanda badai.

"Girl, I really think you crossed the border. Especially today," sampuk Andy. Khayraa yang mendukung anak mereka turut terangguk-angguk bersetuju.

"I have no place to go. My family disowned me because I converted to Islam. I have abusive fiance. I really have no place to go." Si dia mula menangis mengongoi.

"Oh dear. Really?" Tariq dah bangun bercekak pinggang. Turun naik dadanya dek rasa marah.

Pagi raya yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan dan kasih-sayang tiba-tiba dirosakkan dengan kehadiran Chow Li Na ke rumah keluarga Ng.

Kali ini, dengan beraninya dia menyatakan hasratnya di hadapan seluruh keluarga Tariq termasuk Teja Amani. Ternganga mulut isterinya itu.

Berkali-kali, dia luahkan yang dia mahu menjadi isteri Tariq, dan dia tak kisah menjadi isteri kedua.

High ke apa amoi ni?

"Why? Why Muhammad Tariq?" Kesepian ruang itu dipecahkan dengan suara lembut Teja.

Chow Li Na memandang Teja lama, dan kemudian memandang Tariq yang dah berdiri.

"He can protect me, he can provide for me, he can teach me Islam. He obsesses the quality of a good husband. I believe you fall for him for the same reason too."

Teja tarik nafas panjang. Dia mendongak memandang Tariq yang berdiri di belakangnya.

"He doesn't love you. I mean, he rejected you straight to your face. You're okay with that?"

Chow Li Na senyum. "After what I've gone through, I think love is not the most crucial element in a relationship. Respect and tolerance is."

Teja ketap bibir. Geram. Tetapi dia masih cuba berlagak tenang.

"You are fully aware that he is someone's husband, yet you still want him. And it never occurred to you how am I, the wife going to feel?"

Chow Li Na tersenyum. "I did. That is why I come forward and ask for yours and Aunty Emily's approval. Puan Teja, Islam allows a man to marry more than one woman. Woman to woman, I am asking your consideration to become his wife. I believe he is a wise man and can be just to both of us."

"I am also aware, you may have conquered his love, but at the very least, let me share his protection and care. I am in need, Puan Teja. Muslim to muslim, I'm begging you. I need him for me to stay in Islam. I converted because my fiance is a Muslim. But apparently he is a different type of Muslim. Not like Tariq. I need a real muslim man to guide me."

"Shut it!!!!" Tiba-tiba sahaja suara perempuan bergema.

Semua mata memandang ke satu arah.

Khayraa.

"Datang rumah orang, acah-acah terpaling victim, terpaling kesian, nak mintak harta orang macam orang lain tak ada perasaan. Perangai apa ni??" Bebel Khayraa dalam dialek Kelantan.

Terkebil-kebil semua orang. Hanya Andy yang tersengih. Lekas-lekas dia tekup mulut menyembunyikan sengihnya.

Kan Mek dah naik angin...

"Teja, jangan bagi muka dengan spesis macam ni. Islam allow, Islam allow. Tu, kain mu terbelah sampai paha tu, Islam tak allow. Kenapa buat?"

"Sekarang mu kata nak share protection la bla bla, dah dapat, mu bolot semua! Rampas Ed dari Teja. Fiance mu abusive? Pergi report polis. Negara kita ada undang-undang. Mu nak belajar Islam? Baca buku! Pergi kuliah agama. Dekat youtube pun bersepah! Jangan jadikan benda tu alasan nak kacau rumah tangga orang. Aku laa... alergik betul spesis guna nama agama nak puaskan nafsu sendiri ni!" Sambung Khayraa masih dengan dialek Kelantannya.

The Untold Stories (Vol 2)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu