Part 1

42 3 14
                                    

*Surat Cinta untuk Starla by Virgoun dimainkan

"Ku tuliskan kenangan tentang, caraku ditemui-eh salah lirik"

Suasana malam yang suram, hujan rintik-rintik turun membasahi bumi, buku yang berselerak di atas meja. Kau giat menulis sepucuk surat, hanya bertemankan lampu meja, dan lagu kegemaran yang memecahkan suasana hening.

Setiap bait puisi yang kau tulis dengan pena akhirnya menemukan noktahnya. Postur badan diatur semula. Kau melakukan regangan untuk mengurangkan lenguh pada badan.

Mata melilau ke arah ruangan di dalam bilik. "Malasnyaaa" Kau memandang ke arah jam di dinding bilik. Malam masih muda, kau melangkah kaki menuju ke dapur untuk menunaikan hasrat kau yang sudah lama mengidam megi.

"Ni kenapa muka monyok je"

Kau hanya membalas pertanyaan ibu dengan tatapan yang muram. Sebungkus megi diambil lalu direbus bersama telur. Dua tiga kali juga kau pikir sama ada wajar atau tidak kau campur megi bersama telur.

Almaklumlah, telur tak banyak stock kat pasar. Jimat lah sikett.

Ibu: Esok y/n nak ikut ibu jaga kedai?
y/n: Tengoklah esok, kalau rajin
Ibu: Tolong aje lah ibu kat kedai. Dah 2 bulan ibu tengok y/n buat muka bosan kat rumah
y/n: Mana ada bosan. y/n ada kerja tau
Ibu: Apa kejadahnya kau merepek
y/n: Betul lah. y/n sibuk tulis manuskrip
Ibu: Tulis punya tulis, nanti kalau penerbit tu tak berkenan dengan buku y/n macam mana

Megi sudah siap dimasak. Kau makan dengan lahapnya. Ibu hanya menggeleng kepala melihat karenah anak daranya.

Ibu: Dulu masa nak dekat SPM, kemain sibuk. Sekarang ni dah macam penganggur pulak kau tak buat apa-apa kat rumah
y/n: Penganggur yang berjaya
Ibu: Kepala bapak kau
y/n: Kepala bapak y/n, kepala suami ibu jugak

Satu bunyi notifikasi mesej masuk. Kau membaca pesanan mesej yang baru sahaja Emma hantar. "Hai temankuhhh. Esok korang berdua datang rumah aku tau. Abang Shin ada buat pizza. Dia nak suruh korang rasa. Datang tau y/n, Hina"

Siang belum tiba, kau sudah lelah terlebih dahulu. Untuk berjalan keluar, kau harus mengumpul nyawa secukupnya. Kau hanya mengiyakan pelawaan Emma.

Sudah 3 bulan kau berpindah dari tempat tinggal lama yang bertapak di kota lain. Kau berpindah disini kerana ayah ditukarkan ke balai polis disini atas urusan kerja. Untungnya, kau sudah berkawan dengan Emma dan Hina sejak kecil lagi dek kerana kau kerap datang ke sini pada waktu cuti.

Siapa sangka, kau akan tinggal disini selamanya. Dan mungkin, berjodoh dengan orang sini.


"Oi akak. Nak gi mana tu"- adik kau menerjah masuk ke dalam bilik tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu

y/n: Sibuk lah kau Mawi
Mawi: Akak nak gi mana
y/n: Lepak kat rumah Emma
Mawi: Akak tau tak, abang akak Emma tu cool sangat
y/n: Abang Shin memang cool pun
Mawi: Alahh bukan lah. Yang sorang lagi tu yang rambut warna blonde

Kau pergi ke rumah Emma bersama Hina. Inilah kali pertama kau akan menjejakkan kaki ke rumahnya. Agak sedikit gementar, kerana kau belum pernah bertemu dengan 2 oranh abangnya. Kau hanya pernah bertemu dengan Shin.

"Assalamualaikum. Emma ooo Emma. Aku bagi salam 3 kali je. Kalau dah 3 kali tapi kau tak bukak, aku dengan Hina cau je"

Pintu rumah Emma akhirnya terbuka luas. Kehadiran kau dan Hina disambut oleh.... Mamat rambut beruban?

Emma akhirnya mempelawa kau dan Hina untuk masuk ke dalam rumah. Hina dan Emma sedang rancak bersembang, kau hanya termenung jauh sehingga menembusi lapisan ozon.

"Kenapa aku pakai jersey je tadi. Kenapa aku tak pakai cantik-cantik. Mana tahu abang nombor 2 Emma tu jatuh hati" -kata kau dalam hati.

Gurau gurau gurau

Abang Shin duduk dan mengumpat bersama kau bertiga di ruang tamu. Gelak-tawa memenuhi ruangan rumah itu.

Shin: Abang pun hairan lah dengan Sol
y/n: Cinta itu buta lah bang
Shin: Jodoh dia dengan Ira lah tu
Emma: Hina, kau jangan suruh Takemichi jadi macam Sol pulak
Hina: Berani diat buat macamtu, aku hempuk nanti


"Fuhhhh. 2 jam setengah aku melepak harini" Badan dihempas ke atas tilam yang empuk sambil memandang ke ara siling bilik. Kau termenung untuk seketika dan kemudiannya terlelap.

Mengantuk akibat penat, ataupun mengantuk akibat pizza Shin. Mana tahu, Shin letak ubat tidur.


---

"EMMAAAA!!! SHINNNN!!! EMMA OIII"

Jeritan suara Mikey memenuhi ruangan rumah Sano. Izana yang mengetahui kepulangan Mikey itu terus bergegas ingin membentaknya.

Izana: Apa pasal hengko menjerit macam monyet ni
Mikey: Diam lah kau Oli London
Izana: Kuaja eh sampah masyarakat ni
Mikey: EMMAAAAAAAAAAAA-
Emma: Apa ni Mikey jerit macamni

Mikey batuk kerana tekaknya kering akibat menjerit. Mikey menghirup H2O semula dan bertanyakan soalan serius kepada Emma.

Mikey: Kenapa tak bagitahu y/n datang sini?????
Emma: Nak buat apa? Kau bukan kenal dia pun dan y/n tak kenal kau pun
Mikey: Memanglah dia tak kenal aku. Tapi aku kenal dia dari kecik tau
Emma: Dia bukan kawan kau pun
Mikey: Memangla bukan kawan, sebab dia jodoh aku
Izana: Ceyyy ceyyyyy sampah masyarakat dilamun cinta

----

Kau terbangun dari mimpi yang lena kerana tersedak air liur. "Aduhh tengah syiok mimpi, batuk pulak. Ada orang sebut nama aku eh"

Jarum jam menunjukkan tepat pukul 6 petang. Kau bergegas mengambil tuala dan mandi.





-Jangan menghalangku untuk mengejar cinta hatiku, kerana aku lelah menunggu untuk dikejar-

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

-Jangan menghalangku untuk mengejar cinta hatiku, kerana aku lelah menunggu untuk dikejar-

Maklumla aku tak kacak -Mikey

Next.

Semesta Yang Bercanda [Sano Manjirou]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt