"Act like nothing happen, okay?"

Chaeyoung menganggukkan kepalanya. Dia mesti bereaksi seperti biasa. Walaupun dia sedang menggeletar lagi saat ini.

"Labuhkan lengan hoodie kau. Biar hyung tak perasan." Jisung membisikkan di telinga Chaeyoung dan melabuhkan lengan hoodie milik adiknya.

Tanpa mereka sedar, Lee Know sudah settle mengangkat semua barang milik Chaeyoung. Tak sempat Han menolongnya kerana sibuk menenangkan adiknya.

"Chaeyoung, jom." Chaeyoung mengangguk dan mengikut Lee Know dari arah belakang.

"Hyung. Jisung nak cakap something. Kejap je tak sampai 10 minit pun." Lee Know berhenti melangkah. Dia menyuruh Chaeyoung masuk dahulu ke dalam kereta.

"Kau nak cakap apa?" Lee Know berkata dengan nada bersahaja. Depan Han Jisung dia tak perlu tunjukkan perangai dinginnya.

"Cuma, Jisung harap. Hyung dapat jaga Chaeyoung lebih baik dari Mommy jaga. Jisung harap sangat Hyung boleh beri dia kebahagiaan dan appreciate dia. Semoga Jisung harap, you are the cure for her sick." Han menepuk bahu Lee Know.

Lee Know terdiam mendengar kata-kata Han. Cuba hadam maksud yang Han katakan.

"Hyung, kenapa tak cuti beberapa hari lagi? Patutnya hyung kena berseronok dengan isteri hyung harini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hyung, kenapa tak cuti beberapa hari lagi? Patutnya hyung kena berseronok dengan isteri hyung harini. Tak payah datang kerja lagi." Felix sepertinya tidak senang Lee Know masuk kerja harini. Bukan dia tak suka Lee Know masuk kerja, tapi kebiasaannya orang kahwin mestilah bercuti lagi 2 atau 3 hari lagi takpun seminggu. Tapi, Lee Know hanya cuti selama 1 hari saja.

"Oh, kau suka la kan bila aku tak masuk? Macam tu?" Lee Know mencerlung ke arah Felix membuatkan Felix menelan liur perit. Pulak salah faham pula bossnya ni!

"Hyung. Bukan aku tak suka hyung masuk kerja. Tapi, ni lah masanya hyung get some rest from this busy world."  Felix mengeluh. Cuba-cuba lah faham apa yang dia cuba sampaikan. Haih. Lee Know pun turut mengeluh. Lagi satu persoalan dalam kepala Felix sejak Lee Know masuk. Kenapa Lee Know asyik termenung? Lepas tu asyik pegang je gelang yang dia jumpa haritu.

"Hyung okay tak? Asal aku tengok kau asyik termenung je harini. Meeting tadi pun kau tak fokus. Selalunya hyung tak macam ni. Orang lepas kahwin ni dia gembira tau, hyung. Tapi yang aku tengok sekarang ni kau opposite. Langsung tak ceria. Muka tu macam takde perasaan langsung. Masuk bilik ni pun asyik termenung lagi lepastu hyung asyik tatap gelang tu je. Hyung ada masalah ke? Nak share tak dengan aku? Mana tau aku boleh hilangkan masalah hyung tu?" Felix cuba menjadi kaunselor tak berbayar Lee Know.

"Haish kau ni. Tak payah la jadi kaunselor tak berbayar aku. Seriously, Lee Felix. I dont need that. Thank you."

"Lah. Aku cuma nak tolong hilangkan serabut dalam otak hyung tu je. Kalau taknak takpe. Aku tak paksa pun. Dahlah hyung, aku sambung kerja aku. Teruskanlah mengelamun hyung tu."

Felix keluar dari bilik Lee Know. Lee Know lagi sekali menatap gelang yang dia jumpa itu beberapa hari yang lepas. Dia teringin nak tau siapakah pemilik gelang yang bernama HCY itu.

Seketika kemudian, dia teringat kata-kata Jisung semalam. Argh! Serabut betul otaknya.

Tak. Dia tak perlu memikirkan hal-hal yang tak berfaedah itu. Buat sakit kepala sahaja apabila dia memikirkan.

"Lee Minho. Tak payah fikir benda-benda tu. Tak penting pun untuk kau."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Precious Cinderella | Lee KnowWhere stories live. Discover now