" Aigoo—mesti bestkan pergi bulan madu. Macam mana dengan hari ni ? Ada apa-apa ke ? "
Puan Ahn sibuk bertanya menyebabkan muka Yeonha merah menahan malu.

Dahlah suara omma kuat, Si Jungkook pula tengah dengar. Adoii.

" Apa-apa nya omma . Takde apalah. Kami macam biasa je. Sampai sini, tidur kejap lepastu makan lepas tu..."

" Lepas tu kan omma , Jungkook dengan Yeonha kejap lagi ada nak buat satu aktiviti . Lepas makan kan perut kami dah kenyang , jadi adalah nak buat exercise sikit . Nanti takdelah badan kami letih sangat, kan sayang ? "
Tiba-tiba Jungkook datang ke arah belakang Yeonha siap menyampuk lagi orang tengah berbual.

Puan Ahn dah ketawa galak dihujung panggilan.
Nakal tau anak menantu ni. Ada je yang menggeletek hati kita.

" Jungkook—nanti tengok-tengokkanlah Yeonha. Yeonha tu kadang-kadang dia saja je. Mulut je cakap tak nak tapi hati hmm siapa yang tahu. Omma tahulah anak omma macam mana. Omma harap kan Jungkook je ni."

Yeonha dah ketap gigi geram. Haihh , apa yang omma dah merepek pasal aku dekat Jungkook ni.

Buat malu muka anak je omma ni tau.

Dahlah Jungkook ni miang tak tentu pasal.
Baru sehari bulan madu dah kecoh, tu belum nak masuk seminggu lagi.

" Arraseo, omma. Jungkook tahu macam mana nak handle dia. Setakat Yeonha celah gigi Jungkook je ni. Pandai-pandai lah nanti Jungkook jinak kan dia. "
Dengan sengaja , tangan Jungkook melingkar ke belakang badan Yeonha .

Yeonha mula kegelian, haa dah cakap dah miang dia sampai tak kira waktu.

" Dah , cukup-cukup. Omma takde apa nak cakapkan ? Orang  letak dulu ye, nanti orang call balik . Bukan boleh biar omma cakap lama-lama , habis rahsia dibocorkan nanti ",

Yeonha tidak selesa bila tangan Jungkook yang tadi melingkar ke belakang kini dah mendarat dibahagian pinggangnya.

Galak eh kau main ronda-ronda. Mentang-mentang tengah bervideo call.

Belum Puan Ahn menghabiskan ayatnya, terus Yeonha menamatkan panggilan .

Yeonha menahan perasaan. Terus dia menjeling Jungkook disebelahnya yang sedang tersengih-sengih.
Biasa je dia kan.

" Asal pandang aku macam tu ? Kau teringin eh ? "
Soal Jungkook lalu duduk disatu sudut sambil menghadap matahari yang sudah hampir nak terbenam itu.

" Maksud kau ? "

" Ye la. Tadi omma ada cakap yang kau ni jenis yang mulut je cakap tak nak dalam hati sebenarnya meronta-ronta. Tak tahu pula aku yang kau macam tu . "

" Eii, kau dengarlah omma cakap tu bukan semua boleh percaya. Tak naklah aku. Aku kan dah cakap dulu, perkahwinan kita ni takkan bertahan lama ".

Jungkook tertarik untuk berbual mengenai perkara itu dengan Yeonha. Macam menarik je.

" Ye ke takkan bertahan lama ? Kalau aku cakap tak ? "

" Jungkook—kita ni kahwin bukan atas dasar suka sama suka pun. Aku sedar, aku ni bukan macam perempuan yang kau nak. Kau mesti ada ciri-ciri yang kau nak, bukan ? "

Jungkook menarik Yeonha untuk duduk bersama-sama dengannya.
Yeonha terpinga-pinga hanya menurut sahaja kehendak Jungkook.

" Kalau aku cakap takde ? "

" Ishh kau ni, dari tadi kalau ..kalau. Mana aku tahu isi hati kau macam mana. Kalau kau ada perempuan yang lagi elok dari aku cakaplah. Tak pun bagitahu daddy. Takkan kau selamanya hidup dengan aku ? "

[C] SUAMI HIGH CLASS •JK ☑️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن