BAB 2

231 5 0
                                    

Tiga bulan kemudian...
"SAYA nak awak berkahwin
dengan anak saya, Naim,"
pinta Tuan Maleq.
Hampir terlepas cawan kopi yang dipegang
Naim. Berkerut dahinya mendengarkan permintaan
majikannya itu.
Mudahnya Tuan Maleq nak serah anak
kesayangannya kepadanya. Dia kan cuma driver Tuan
Maleq saja. Mana setaraf.
Tadi dia mendapat panggilan daripada tuannya
itu untuk datang ke rumah ini. Memikirkan Tuan Maleq
mungkin mahukan perkhidmatannya, Naim segera
muncul.
Bila kaki mencecah masuk ke ruang tamu ini,
dia sudah ternampak Elena sedang menangis teresak-esak.
Muka Tuan Maleq dan Puan Suraya sudah tegang
semacam.


Apa lagilah Si Elena ni dah buat sekarang?
soalnya dalam hati. Sudah terbiasa dengan perangai tak
semengah anak majikannya itu. Selalu bagi masalah
kepada mereka.
"Saya tak layak, Tuan Maleq," balas Naim,
perlahan.
"Tuan Maleq tahu siapa saya dan siapa Elena.
Kami tak sepadan." Naim beralasan. Tapi itulah
hakikatnya.
"Sekarang ni bukan itu yang saya fikirkan, Naim.
Saya kenal awak macam mana. Selama ni saya tak
pandang siapa awak. Hanya awak saja yang dapat
menyelesaikan masalah ini. Hanya awak saja yang saya
percaya. Kerana itu juga saya pilih awak untuk menjadi
suami Elena."
Tuan Maleq sudah terduduk di atas sofa empuk.
Apa yang terjadi kepada Elena buat dia terhenyak. Kenapa
sampai begini sekali kelakuan Elena sehingga
menconteng arang ke mukanya?
"Saya tak faham, tuan. Kenapa saya?"
Naim masih kebingungan. Angin tak ada, rebut
tak ada tiba-tiba Tuan Maleq minta dia jadi suami Elena.
Naim menjeling sekilas ke arah Elena yang duduk
bersimpuh menekur lantai.
Wajah Tuan Maleq nampak gelisah. Bagai
mencari ayat apa yang harus dia jelaskan kepada Naim ini.
Berkata benar bererti dia sudah memalukan diri sendiri.
Kalau dia diamkan, perut Elena akan membesar!
Anaknya mahu menggugurkan kandungan itu tetapi Tuan
Maleq tidak benarkan.

Sudah buat dosa, nak tambah lagi dosa? Biar
Elena rasa. Jangan ingat menyelesaikan masalah itu sama
seperti menukar baju.
Sudah tiba masanya Elena diajar bagaimana
mahu menerima masalah sebesar sekarang. Dia tahu
anaknya tidak sukakan Naim. Kerana itu juga dia terpaksa
melakukannya. Biar Elena sedar.
"Saya minta tolong daripada awak sekali ini aje,
Naim. Nikah dengan Elena dan saya akan beri apa saja
yang awak mahu!"
Naim terpanar. Air liur ditelan. Tekak tiba-tiba
terasa kering. Orang tua ni sedar tak apa yang dia cakap?
Tegak mata Naim tidak berkelip membalas pandangan
lelaki itu.
Patutkah dia terima? Peluang yang tidak harus
dilepaskan. Jadi menantu orang kaya. Tapi kenapa Tuan
Maleq memilih dia?
"Maaf kalau saya bertanya, Tuan Maleq. Tapi
kenapa tiba-tiba saja tuan pilih saya untuk menikahi
Elena? Elena tak sukakan saya..." Naim cuba beralasan
lagi.
"Suka atau tidak, dia harus terima!" Suara Tuan
Maleq sudah bergema di ruang tamu mewah itu. Tajam
matanya memandang sekilas ke arah Elena.
"Kalau dia tak mahu berkahwin dengan kamu,
saya akan tarik segala kemewahan yang dia ada sekarang
ni. Biar dia merempat dekat luar sana!"
Semakin kuat tangisan Elena apabila
mendengarkan kata-kata papanya itu.
Puan Suraya pula sudah tidak sudi mahu

memujuk. Tawar hati dan kecewa dengan sikap Elena
yang sudah memalukan keluarga.
"Kau terima atau tidak Naim ni, Elena?"
Tegas suara Tuan Maleq bertanya, kuat sehingga
terenjut bahu Elena.
"El... El terima, pa." Tergagap-gagap Elena
membalas. Pada waktu itu untuk menentang mata
papanya buat dia terlalu takut.
"Tuan Maleq..." Naim cuba bersuara.
"Terlebih dulu, saya minta maaf pada awak,
Naim. Apa yang saya minta ni mungkin akan mengubah
hidup awak nanti. Saya mohon kahwinlah dengan Elena
secepat mungkin sebab dia dah mengandung!"
Terpaksa juga dia menjelaskan perkara sebenar.
Tuan Maleq memicit dahi. Kepala tiba-tiba terasa sakit.
Hati juga sakit dengan perbuatan si anak.
Naim terngadah mendengarkan kebenaran itu.
Kenapa dia langsung tidak terkejut dengan kata-kata Tuan
Maleq itu?
"Anak-anak ni tak tahu kita sayangkan dia. Tapi
dia ambil kesempatan pula dan memperbodohkan diri
sendiri!" Tuan Maleq mengangkat tubuh berdiri tegak.
Kesal sungguh dia dengan perbuatan Elena itu.
"Kalau kau tak mahu berkahwin dengan Naim,
pintu tu papa buka besar-besar untuk kau berambus dari
rumah ni. Papa tak ada anak macam kau, Elena. Selama ni
papa bagi apa yang kau mahu, apa yang kau suka. Tapi ini
balasan yang kau bagi pada papa dan mama?!" jerkah Tuan
Maliq, semakin lantang.
"Papa!" Elena menerpa lalu memaut kaki Tuan

JASMIN HIDAYAH DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now