BAB 1

276 6 0
                                    

BUNYI muzik yang kuat di
dalam rumah besar itu buat
Jasmin menjengah. Anak tuan

rumah buat parti tari-menari.
Jadi, ramailah kawan-kawan Elena datang
bertandang. Semuanya muka yang Jasmin tidak kenal.
Maklumlah anak-anak orang kaya dan berpengaruh.
Yang datang semuanya dengan kereta mewah.
Mercedes SLK 200, BMW, Range Rover, Nissan Skyline,
Audi TT dan beberapa buah lagi kereta yang dia tak
pernah tengok elok terparkir di halaman yang luas itu.
Kagum Jasmin melihatnya.
"Jasmin," panggil Puan Ainun, bila melihat si
anak terjengah-jengah ke luar.
Jasmin menoleh memandang emaknya.
"Jangan nak sibuk tengok apa yang anak Tuan
Maleq tu buat. Biarkan aje. Kerja sekolah dah siap?" soal
Puan Ainun lagi, memandang wajah si anak.
Emak ni. Jasmin mengeluh. Cakap macam dia

budak sekolah rendah pula. Kalau cakap siap projek kolej
tu sedap sikit telinga mendengar.
"Kan tengah cuti sem ni, mak," jawabnya
perlahan.
Jasmin menutup pintu dan bunyi lantang muzik
di rumah depan sana sedikit tenggelam. Dalam hati ingin
juga mahu melihat suasana parti Elena itu. Mesti yang

datang itu pakai baju cantik-cantik. Tapi emaknya awal-
awal sudah beri amaran.

"Pedulikan apa dia nak buat. Itu rumah dia."
Emaknya berbunyi lagi. Jasmin seperti dapat
mengagak apa yang emaknya cuba katakan.
Kalaulah tiba-tiba Tuan Maleq dan Puan Suraya
balik, mesti dia orang terkejut besar bila melihat halaman
rumah penuh dengan kereta-kereta mewah. Pandai betul
Elena ambil kesempatan atas ketiadaan mama dan
papanya.
Tuan Maleq dan Puan Suraya baru bertolak ke
Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan anak
seorang Datuk, Elena sudah mengatur rancangan 'hebat'
itu.

Mesti anak tuan rumahnya itu sedang terkinja-
kinja menari. Jasmin seolah-olah dapat melihat keadaan

itu. Elena memang suka berparti dan berseronok. Dia
anak kesayangan Tuan Maleq dan manja pula. Hidupnya
penuh dengan kemewahan.
Apa yang dia tidak pernah dapat? Cakap saja.
Mereka akan kabulkan permintaannya. Kalau bulan itu
dekat, mungkin itu juga akan mereka lakukan hanya
untuk Elena. Bertuah sungguh seorang Elena Norisa binti
Abdul Maleq itu.

"Min," panggil Puan Ainun, setelah diam
beberapa lama.
Jasmin yang sedang menghadap novel menoleh
tanpa menyahut.
"Kamu pergi panggilkan Naim."
Abang Naim? Jasmin terngadah. Tiba-tiba saja
emak menyuruhnya memanggil pemandu Elena itu,
kenapa?
"Suruh dia pergi tengok-tengokkan Cik Elena tu.
Risau pula emak. Kalau jadi apa-apa dekat budak tu, kita
semua akan disalahkan."
Jasmin tarik sengih.
"Emak cakap tadi, jangan pedulikan apa dia nak
buat. Ini emak sibukkan hal dia pula."
"Tak sedap pula hati emak. Nak tegur, anak
orang. Nak nasihat, anak majikan. Nanti kita pula yang
kena 'tegur'," balas Puan Ainun dengan muka serba salah.
Jasmin faham pada siapa emak maksudkan. Puan
Suraya itulah.
"Takkan Elena nak marahkan emak? Dia kan
sayang emak." Jasmin mendekati emaknya yang sedang
melipat baju mereka itu. Dia duduk bersandar di birai
katil emaknya.
"Dia tetap anak tuan rumah, Jasmin. Sudah.
Jangan soal banyak lagi. Pergi panggilkan Naim tu. Suruh
dia tengok-tengokkan rumah tu. Macam nak roboh rumah
tu. Bukan main kuat lagu dipasang!" arah Puan Ainun
lagi.

Bingkas Jasmin bangun bila mendengarkan kata-
kata emaknya. Yang sebenarnya, dia juga teringin sangat

nak berjumpa Abang Naim itu.
"Okey, mak. Min pergi cari Abang Naim sekarang
juga!"
"Lepas tu balik! Jangan nak mendanguk pula
dekat rumah depan tu dengan Si Naim. Emak bukan tak
tahu kau orang berdua kalau berjumpa. Ada aje cerita nak
diborakkan." Jeling Puan Ainun ke arah anaknya yang
sudah tayang sengih.
Terkocoh-kocoh Jasmin menyarung selipar
jepunnya lalu melangkah laju ke pondok jaga. Dia tahu
mesti Abang Naim ada dekat situ tengah berborak dengan
Pak Cik Osman, si pak gad itu.

JASMIN HIDAYAH DIA ISTERIKUWhere stories live. Discover now