VI: Final Call

878 48 8
                                    

"Habis tu? Kau cakap apa?"
Latte dari Costa aku cicip sedikit, "Aku katalah aku tengah date dengan Hassan."
"What?!" reaksi Sabihah.

Aku buat muka polos. Pemandangan indah city centre Dubai nun jauh di sana masih kelihatan dari tingkat 7 Emirates Aviation College ini. Kafe Costa tempat aku berehat atau lepak apabila bertandang ke sini. Hari ini aku cuma datang untuk menggantikan uniform dan beg bagasi yang lama dengan yang baru. Sabihah pula baru tiba dari Toronto, patutlah merah matanya menahan kantuk. Itu pun tidak terus pulang ke rumah. Kalau aku, terus naik shuttle bus ke rumah. Tidak fikir apa dah.

"Eh, betul-betul lah kau ni!" kata Sabihah sambil menyiku aku.
Aku mengerling, "Betul..."
"Jadi kau memang dengan Hassan tu ke?" tanya pramugari itu.
Hmm. Aku menggeleng.
"Laaaa...kau kelentong Jay?"
"Yalah. Kalau aku tak cakap macam tu, mahu dia ikut aku ke mana-mana dekat Santorini. Aku nak cuti pun tak senanglah." balasku.
Sabihah mengeluh, "Habis tu? Kenapa tak cakap saja yang kau tak sayang dia dah? Say the truth, orang putih kata."

Tiada jawapan. Sebaliknya cawan Costa berona maroon itu aku tatap kosong.

"Aku tak tahulah aku sayang dia lagi ke tak." jujurku.
Sahabat aku itu menepuk dahi, "Laillahaillahallah. Apa benda kau ni, Khaira Hajar......"
Habislah aku kena ceramah.
"Benda senang. Kau cuba fikir baik-baik. Cuba kau rasa dekat hati kau tu. Bila kau nampak saja Jay sebelah seat kau, apa yang kau rasa? Berdebar? Rasa cinta membuak-buak? Rasa marah?" tanya Sabihah dengan penuh ekspresi.
"Entahlah. Marah ada, rindu ada. Semua ada. Tapi sakit weh. Terasa sakit tu sampai sekarang." balasku.
Dia mencebik, "Hajar...jangan tertipu dengan diri sendiri. Kadang-kadang mulut tu kata saja tak sayang tapi hati meronta-ronta nak dia. Kalau dah memang jodoh kau dengan Jay, siapa aku nak kata tidak kan? Tapi kalau jodoh kau dengan abang kastam tu, aku doakan. Aku sentiasa doakan yang baik-baik untuk kau. Cuma kau yang kena fikir panjang. Sebab kau hidup sorang, Hajar. Apa-apa jadi nanti susah. Okay?"

Benar kata Sabihah. Aku hidup bersendirian. Takkan aku mahu mati bersendirian juga?

"Hajar...naluri hati setiap perempuan ni sama. Nak ada seorang lelaki dalam hidup dia, berkongsi hidup dengan dia, nak ada baby, ada family. Sejauh mana pun kita ni mampu berdikari, mampu hidup seorang, fitrah perempuan ni nak disayangi dan menyayangi. Living alone can affect your mental health tau." pesannya.
Aku menunduk, "Aku tahu."
"Then? Don't you think it's time for you to have a partner? Dahlah kerja macam kita ni tak ada life, nak jumpa lelaki pun susah. Asyik-asyik mengadap kapten perut boroi tak pun kru sotong. Elok-elok ada orang nak kau ni, give him a chance." bebelnya tidak sudah.
Aku mengerling, "Give him a chance? Hassan or Jay?"
Dia mencicip kopinya, "It's up to you. Kau yang kena decide kau nak bagi peluang dekat siapa."

Apa-apa sajalah. Malasnya aku hendak fikir soal hati ini. Makin buat aku serabut, makin buat aku rasa menyampah. Aku sendiri tidak tahu rasa cinta dan sayang dalam diri ini sebenarnya untuk siapa. Hassan Ibrahim? Jay? Aku sendiri keliru. Semakin aku cuba untuk tidak peduli soal ini, semakin minda aku terus menerus berfikir soal mereka berdua. Jay datang pada waktu yang tidak disangka-sangka. Hassan pula....

Susahlah.

"Hmm Hajar." panggil Sabihah.
Aku mengalih pandangan kepadanya dengan mata aku yang mengecil. Sudah terasa bahang tengah hari.
"Bila kau home bound?" tanya sahabat baik aku itu.
Aku cuba mengingati semula jadual aku untuk bulan ini. Hmm, dua penerbangan ke Munich, satu ke Phuket, satu ke Johannesburg dan ya, Kuala Lumpur.
"Lusa. 48-hours layover. Aku ingat nak beli barang dapur, beli baju raya siap-siap, pergi makan cendol lepas tu lepak dalam bilik." jelasku.
Sabihah mengangguk, "Tak nak tengok nenek kau?"

Aku mengeluh panjang. Here we go again.

Aku menjawab malas, "Kan aku dah kata jangan sebut pasal dia lagi."
"Tapi dia tu family kau, Hajar. Bukan orang lain. Apa salahnya kau pergi jenguk dia sekejap. Aku tak rasa keadaan dia sekarang elok. Along dengan Angah kau sampai cari kau dekat sini kot." bebel Sabihah.
"Aku tak ada family, beb." jawabku laju.
Dia menggeleng, "Sampai bila kau hidup dalam denial, Hajar? Nenek kau hidup lagi, Along, Angah, anak-anak buah kau semua hidup lagi. Tak boleh kau bertimbang rasa sikit? Turunkan ego kau, jenguk dia?"
"Habis tu? Ego dia orang? Along dengan Angah tu cari aku sebab duit, beb. Duit! Kalau bukan sebab aku yang berduit, dia orang sanggup ke datang jauh-jauh? No!" balasku. Bercampur sedikit amarah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 20, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Di Langit EmiriahWhere stories live. Discover now