V: Takdir Tercipta

689 53 8
                                    

Pesawat A380 yang serba mewah dan teguh terbang tinggi di langit biru dengan izin-Nya. Dalam penerbangan 7 jam ini, aku mengambil masa untuk beristirehat selepas letih menunggu berjam-jam untuk hanya sekeping tiket. Berbaloilah untuk kelas perniagaan ini. Ditambah pula dengan serabut otak kerana abang dan kakak aku yang tiba-tiba memunculkan diri, makin runsing kepala aku.

Mungkin kata orang aku ego, aku lari dari masalah, aku pengecut. Aku cuma tidak berdaya untuk menghadap satu lagi pertengkaran dengan mereka. Mereka yang pernah menjadi teman sepermainan ketika kecil dahulu. Mereka yang pernah menjadi orang teristimewa dalam hidup aku. Mereka, sedarah sedaging. Namun semuanya berubah, berkecai bagai dihempas kuat. Takkan mampu lagi ikatan ini bercantum semula. Takkan.

Ketika aku memandang sepi skrin televisyen 24 inci di hadapanku, terdengar penumpang di sebelah berdehem. Lelaki. Meski ada penghadang antara tempat duduk kami, cahaya komputer riba dari mejanya masih cukup terang untuk aku yang di sebelah ini. Siling pesawat sudah pun dimalapkan, diganti dengan lampu LED kecil yang indah. Seperti langit bermandikan cahaya bintang. Aku mengubah tempat dudukku, menjadikannya rendah sedikit agar selesa untuk aku bersandar. Aku sudah berkira-kira untuk menonton filem A Star Is Born sebelum melelapkan mata.

Klik. Klik.

Klik.

Aduh, dia ni!

Aku mengalihkan penghadang yang membahagikan kawasan aku dan penumpang di sebelah. Aku kalau mahu berehat, jangan kacau. Mengamuk nanti. Agak-agaklah kalau mahu menaip pun. Jahanam komputer riba dia.

"Sir, I am so sorry but I'm trying to rest here." ujarku penuh adab. Bekerja sebagai pramugari selama beberapa tahun benar-benar mengajar aku cara untuk berbicara dengan penumpang dalam keadaan tegas namun profesional.
"I'm so sorry. I-"

Senyuman yang terukir di bibir terus mati. Berombak dadaku. Terasa gelombang panas dari dalam mataku. Lantas. Lantas aku mengangkat semula penghadang. Namun dia lebih pantas menahan aku. Tanganku dipegang.

"Hajar."
Aku terpaku. Tangan kananku mengurut dada, menenangkan diri sendiri. Ya Allah, apakah aturanMu ini?
"Khaira Hajar. I know it's you." ujarnya lagi.

Suara itu.
Suara yang pernah aku geruni.
Kemudian aku rindui.
Hingga ke saat ini.

Mengapa? Mengapa ketika ini aku bertemu dengannya?

Aku mengalihkan tanganku dari genggamannya, menarik nafas panjang, "Don't disturb me, Jay. I really need to rest."
Aku berkalih menghadap ke laluan, membelakanginya dan terus berbaring. Aku menekup muka dengan bantal, berdiam diri. Menahan air mata dari jatuh. Hatiku terasa dihiris-hiris. Rasa yang sudah lama tidak aku alami. Jay yang pernah dahulu melukai hati ini. Hati yang pernah mencintainya.

10 tahun lalu...
SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

"Tahun depan, aku nak kau perform lagi macam haritu. Tau?"

Aku tergelak kecil mendengar salah seorang jurulatihku, Abang Adam berkata begitu. Tidak mampu aku untuk menjadi sehebat Abang Adam. Kemenangan pasukan kami di peringkat kebangsaan tempoh hari hanyalah kerana kerjasama antara ahli pasukan dan sokongan semua orang. Aku hanya memainkan peranan secebis sahaja.

"Abang ni. Saya biasa-biasa ajelah. Haritu pun semangat juang tinggi. Nak menang juga, tak kira." balasku.
"Bagus bagus. Tak sia-sia kau kena pekik dengan Jay kan? Hari-hari kena sembur dengan dia, haa tengok! You can be the best debater next year, weh!" jawabnya.

Aku tergelak lagi. Ya. Akulah budak baharu pasukan ini, paling kerap dimaki, dibasuh. Semuanyalah. Aku pun tidak tahu bagaimana aku boleh bertahan dalam pasukan ini. Jay, jurulatih yang selalu menjadikan aku sebagai sasaran untuk dia mencari kesilapan. Tapi betullah, banyak saja silap aku. Budak baru kan?

Di Langit EmiriahWhere stories live. Discover now