DG_2_12

339 37 14
                                    

Taeyong pov

Aku masuk ke dalam pejabat aku.Aku menyelongkar laci yang berkunci dengan password tersebut.Sebuah pendrive aku ambil dan genggam erat.

"Maafkan aku tuan Presiden...tapi kali ni aku akan langgar arahan kau"

Aku membawa pendrive tersebut keluar dan ke infirmary room.

"Jisung..."

No one pov

Taeyong menghulurkan pendrive tersebut kepada Jisung.Jisung mengambil nya dengan muka yang pelik.

"Pendrive apa ni?"

"Maafkan hyung...sebenarnya tuan Presiden arahkan hyung bagi pendrive ni bila Jisung genap 20 tahun....tapi hyung rasa sekarang ni masanya yang sesuai"

Jisung mencucuk pendrive itu ke laptop.

*******

"Yesung boleh kamu jelaskan makhluk apa yang pasukan kamu jumpa?"

Yesung yang kelihatan teragak-agak akhirnya menjelaskan.

"Sewaktu pasukan saya memeriksa kawasan pantai.mereka terjumpa...
makhluk mistik yang boleh kita gelarkan sebagai ikan duyung "

"Ikan duyung?? Tu makhluk mitos! Kau pasti?"

Tanya Nam dengan nada tak puas hati.Yesung dikelilingi oleh barisan menteri dan orang penting negara termasuk Presiden Korea sendiri.Tak mungkin dia akan menipu.

"Pasukan saya masih menyiasat makhluk tersebut...bagi kami masa tuan Presiden"

Presiden tersebut berdiam seketika sebelum memutuskan supaya kumpulan penyiasat Yesung menyiasat dengan lebih lanjut mengenai makhluk mistik tersebut.

Yesung merupakan ketua penyiasatan Korea maka wajar baginya untuk mengelakkan sebarang perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada warga negara.tapi.....

"Kau..apa sebenarnya kau ni?"

Tanya Yesung kepada makhluk yang terdapat dalam balang kaca yang besar dipenuhi dengan cecair lutsinar.

Makhluk tersebut hanya menjeling Yesung sebelum mengetuk-getuk balang dengan kuat.

"Aku tak nak sakitkan kau tapi nampaknya kau yang paksa aku.."

Yesung memberi isyarat tangan kepada pekerjanya.pekerja tersebut menekan sebuah suis dan renjatan elektrik dikenakan kepada makhluk mistik tersebut.

Makhluk di dalam balang kaca tersebut mengerang kesakitan...

"ARGHH"

Yesung mengangkat tangan dan renjatan elektrik tersebut berhenti.

"Kau dah boleh cakap?"

"Apa... yang kau nak tahu?"

.
.
.

"Yesung berdasarkan laporan kamu...makhluk mistik tersebut mempunyai kuasa seperti memadam memori..."

"Ya benar tuan Presiden.pasukan kami berjaya mengorek maklumat dari makhluk tersebut"

Nam yang merupakan naib presiden membisikkan sesuatu di telinga tuan Presiden.

Beberapa menteri yang lain mula berbisik sesama mereka.

"Yesung sila serahkan makhluk tersebut kepada pihak kerajaan untuk diuji kaji.Mahluk seperti itu boleh mendatangkan bahaya kepada rakyat..."

Kata Nam.Yesung terkejut mendengar pernyataan Nam tersebut.

"Makhluk tu mungkin juga berguna sebagai senjata"

Destiny Gumiho Season 1&2 →Park Jisung NctWhere stories live. Discover now