DG_1_5

618 72 51
                                    

:Go Up High School:

Eun bie pov

"Jisung lambat Kau hari ni~"

Aku tanya Jisung sebaik saja dia melabuhkan punggung di seat sebelah aku.semua orang terus senyap bila nampak Jisung.

"Hmmmm"

Ok.......muka beku Jisung dah keluar.Aku belek buku sementara menunggu Cikgu masuk.

"Pompuan tu memang tak takut eh? Pelik betul"

"Oklah tu sama2 pelik hahahhahahahha"

Minah2 ni kan......memang kalau tak membawang sehari memang tak lengkap eh hidup kau? Aku Kasik fire backhand kang

***********

"Jisung tak nak pergi kantin ke? Tak lapar?"

Tanya aku kepada Jisung selepas cikgu Kasik kebenaran rehat.budak2 lain dah berdesup keluar tinggal aku dengan Jisung je.

"Aku tak laparlah hari ni.kau pergilah sendiri"

Kenapa dengan Jisung hari ni? Tak pernah dia tolak pelawaan nak makan.tadi pon waktu kelas,
Dia tak layan aku macam selalu.selalunya kalau cikgu tengah sibuk membebel kat depan mesti kitaorang kat belakang dengan projek mengunyah.tapi tadi aku pelawa chewing gum pon dia tak nak.

"Ohh...... ok sorry"

Aku keluar kelas dengan perasaan hampa.hilang mood aku nak melahap tadi.

(#seriously kau tak lapar ke? Dahlah pikir makan je 24 jam)

Author sebelum aku campak kau masuk longkang better mu diam.aku takde mood ni

(#ok fine.......Nak gurau pon tak boleh)

***********

"Jisung kita jumpa lagi kat Dream library hari ni~"

Jisung cuma menangguk sebelum mengalas beg sandangnya dan terus keluar kelas.Aku terkesima.selalunya mesti Jisung tunggu aku dan kitaorang akan jalan sama2 sampai gate sekolah.

"Eh diorang tak jalan sama2 lah hari ni.kalau tak setiap masa melekat cam belangkas"

"Dah boring agaknya hahhahaha"

Diorang saja gelak kuat2 sampai lip balm pon tercampak.Aku berjalan ke arah diorang lalu mengutip lip balm yang terjatuh tu.

Aku hulurkan dengan senyuman.belum sempat diorang nak amik aku dah genggam lip balm tu sampai patah dua.
Diorang terkejut beruk......tak beruk pon lagi lawa dari diorang.Aku campak lip balm tu kat diorang tak sangka headshot pulak.menjerit minah2 tu hahahahhahaha

************

:Dream library:

"Eun bie boleh tak kau susun buku2 tu kat rak? Printer ni buat hal pulak"

Aku nampak Chenle tengah.....Aku tak tahulah dia betulkan atau makin jahanamkan printer tu.

Aku ambik dalam 20 buah buku sekaligus sebab aku takde mood nak ulang balik banyak kali.Jisung masih dengan perangai dia macam kat sekolah.

"Ehhh Eun bie jatuh nanti buku tu~ meh sini aku tolong"

Jeno amik dalam 10 buah buku dari tangan aku.Dia masih dengan eyesmile tak nampak mata dia tu....naseb handsome.

Aku masuk dalam salah satu lorong rak dan nampak Jisung tengah buang habuk pakai bulu ayam.Dia nampak aku je terus pergi lorong rak lain.nampak sangat dia mengelak dari aku hari ni.

Destiny Gumiho Season 1&2 →Park Jisung NctWhere stories live. Discover now