Iman Kaisarah

8 1 0
                                    

Perpisahan mengajar aku erti peritnya kehilangan orang tersayang. Sahabat yang selalu ada untuk menasihati aku kini pergi buat selama-lamanya.

Genap seminggu aku berkurung di dalam bilik meratapi pemergian sahabatku Aisyah Medina.

Segala gelak tawa kami sering menghantui aku membuatkan aku lemah dalam tangisan. Namun aku sedar akan perbuatanku ini hanya membuatkan arwah tidak tenang disana.

Aku bangkit, aku bertekad untuk meneruskan perjalanan hidupku yang masih panjang. Berbekalkan nasihat Medina serta ibu bapaku, aku bangkit menjadi Iman Kaisarah yang baru.

Perjalanan hidup tanpa Medina amat sukar untuk aku lalui, namun Allah yang Maha Agung mendengar luahan hatiku, lalu menghantar hambanya bagi memberi semangat kepadaku.

"Menoleh kebelakang sesekali itu boleh, tapi jangan cuba untuk kembali, cukuplah kau jadikan ukuran sudah berapa jauh kau melangkah"- Idlan Akashah.

Walaupun kami berlainan jantina, namun ia tidak sekalipun menghalang aku untuk menolak pertolongan daripadanya. Hadirnya Idlan memberi semangat kepadaku untuk terus melangkah.




Aku memandang sepi manuskrip cerita pertamaku yang sudah seminggu aku tinggalkan diatas meja.

Kisah tentang Iman Kaisarah yang bangkit meneruskan perjalannya setelah pemergian sahabatnya Aisyah Medina yang juga dibantu oleh Idlan Akashah.

Kisah yang berlandaskan perjalanan hidup aku bersama si dia. Namun akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskannya kerana tangan yang membantu aku untuk terus bangkit sudah tiada.

Dia yang ku sangka akan menjadi tulang belakangku, akhirnya pergi dengan meninggalkan sekeping nota kecil di dalam laci mejaku.

'Iman, aku terpaksa pergi daripada hidup kau, aku dah jumpa kawan yang setaraf dengan aku, aku minta maaf.-Idlan'.

Sungguh mudah Idlan membuat kata putus, kenapa baru sekarang dia mempersoalkan tentang 'taraf' antara aku denganya? huhh manusia.

"Haihh la Iman, sedih betul hidup kau, ada kawan akhirnya kena tinggal sebab 'taraf'!"

"Aisyah aku rindu kau, kaulah kawan aku yang sentiasa ada dengan aku, kawan aku yang sekarang hanya singgah seketika lalu pergi, aku ibarat rnr bagi mereka" monolog hati kecilku sambil memandang manuskrip itu.

Aku dah buat keputusan untuk berhenti seketika dalam bidang penulisan. Walaupun novel itu mendapat komen yang positif daripada pihak penerbit namun aku tidak dapat meneruskannya.

Setiap kali aku membacanya, aku akan teringat pada Aisyah dan juga Idlan. Dua orang sahabat yang pergi meninggalkan aku dengan cara yang berbeza.

Biarlah aku terpaksa menanggung malu apabila terpaksa membatalkan penerbitan novel itu dan terpaksa menanggung kosnya.

Ada juga rakan seperjuanganku dalam bidang penulisan bertanya, mengapa aku membatalkan hasil karyaku yang pertama sedangkan ia mendapat komen yang positif? alasanku hanya satu

"KERANA SEORANG PENULIS MEMPUNYAI BANYAK HAK BERBANDING ORANG LAIN DAN PENULIS TIDAK AKAN DIGANGGU OLEH ORANG RAMAI."

Itulah alasan yang seringkali aku bagi kepada mereka yang bertanya tentang pembatalan novelku yang pertama.

Aku berhenti seketika untuk mengubat luka yang kembali terbuka dan kian mendalam. Dan perkataan yang paling sesuai untuk situasi aku yang sekarang hanya satu.

"JEDA"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 26, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Z.E.R.OWhere stories live. Discover now