Tulis panjang-panjang ni tak sah kalau bukan sebab rindu

6 0 0
                                    

*Song: Kunto Aji - Pilu Membiru*

Kasihan jadi kita, hari-hari biasa, kekangan yang sentiasa ada bila kita tak bisa berbual dan respons pada waktu yang cepat, kerana kamu sedang kerja, dan aku juga sedang kuliah.

Apabila usai senja, kita bisa bertanya soalan dan bergurau sebentar, tapi cepat sangat rasanya, waktu pun cepat menegur kita yang sudah tengah malam dan esok rutin harian kita berdua masih berjalan seperti biasa.

Hari minggu, tidaklah begitu indah, jika aku sibuk mengumpul wang untuk menampung pembiayaan kuliahku yang tinggal beberapa semester lagi, lagi perit jika kamu pun sibuk dengan kameramu, kerna kamu juga seorang jurufoto.

Berapa jam sangat lah kita berbicara dalam masa seminggu tambahan beratus batu jauhnya kita. mengikut kira-kira kalendar aku, dalam masa kurang dari dua bulan, kita akan berjumpa, kerana lawatan kuliah untuk berkunjung ke salah satu kilang di negerimu, Tuhan saja tahu betapa gembiranya aku untuk aku kembali berhadapan dengan manusia paling aku rindu.

Tapi aku sedar, setelah bertemu kamu, kita akan berpisah kembali, dan paling aku benci apabila sampai waktu kita berpaling untuk pulang ke haluan berbeza. 

Sampai bila lah agaknya kita kena lalu jarak, dan masa? satu tahun, dua tahun, tiga tahun? kalau la kamu tahu, satu hari nak habiskan malam tanpa sepatah kata dari kamu itu lah paling menyiksakan.

Jangan henti menunggu, dan jangan lah padam cahaya cahaya rindu kita ini.

Antalogi: Pujaan Where stories live. Discover now