Senja

26 0 0
                                    

*Song: Banda Neira - Sampai Jadi Debu*

Matahari nan senja, berlingkaran warna yang setiap minitnya berlainan menghiasi dada langit.

Mataku tertumpu pada figura di sebelah kiriku, mencuri-curi kesempatan untuk memandang wajah kamu yang redup, yang mendamaikan.

Mahu saja aku pegang muka kamu, mengusap perlahan kening kamu yang tersusun rapi, turun kematamu yang kecil apabila kamu tersenyum, lalu ke hidungmu yang mancung, dan kebibirmu yang manis saat mengatakan cinta.

Aku berasa sangat yakin yang akan tiba satu hari kamu akan hilang pada sementara waktu, dan bagaimana pada saat itu hanya doa, dan jiwa yang sabar menanti. Aku masih tidak dapat bayangkan bagaimana lagi untuk menghadapi hari-hari tersebut.

Apa-apapun, aku perlu bersedia. Semoga Tuhan sentiasa menjaga perasaan kita, supaya sentiasa merinding.

Antalogi: Pujaan Where stories live. Discover now