Bahagian akhir.

8.7K 115 25
                                    

DATIN Hamisah mula mempersiapkan dokumen untuk ditanda tangani ariff namun sedang asyik dia menyiapkan sebahagian dokumen penting itu tiba-tiba muncul lelaki pernah dikenalinya dulu.

"Hai,sayang kau dah lupakan aku ke?"Soal rizal kekasih hati hamisah.

"Kenapa kau cari aku ha!apa yang kau nak!"Herdik hamisah.

"Aku dengar kecoh satu malaysia yang kau terbabit dalam kes penculikan kau culik anak tiri kau bukan?"Soal rizal.

Datin hamisah cuba mengambil pistol malangnya rizal tangkas merampasnya.

Memeluk kuat hamisah

"Hei betina,kau ingat aku lepaskan kau sebab suruh rampas harta suamikau tetapi kau makan sorang,sekarang aku nak kita berdua kongsi jika tidak aku bunuh kau!"ugut rizal.

Datin hamisah terdiam,dia akur dengan kemahuan rizal.Datin hamisah sedar rizal adalah kepala Gangster Naga dan juga pemilik disko terkenal dibandar kuala lumpur,dia percaya kalau dia ingkar dengan semudah A.B.C sahaja dia dibunuh.

Rizal licik orangnya pernah terbabit kes penjualan dadah namun penguamnya berjaya melepaskannya

"Aku setuju,tapi aku nak kita hapuskan pemilik harta arwah suami aku"kata datin hamisah.

"Anak tiri kau?"Soal rizal.

"Yup,anak tiri aku,isteri dan anak mereka"Kata Datin hamisah.

"Itu pekara kecil"selamba je jawapan rizal.

Rizal keluar meninggalkan kediaman Datin hamisah,dia terduduk fikirannya melayang mengingati kembali peristiwa silamnya dimana Datin hamisah adalah gro dikelab malam milik rizal.

"Aku nak kau goda dato yang tengah menari tu"arah rizal kepada hamisah kekasih hatinya itu.

Hamisah mengikut kemahuan rizal.

Dalam suasana disko yang agak bising ditemani cahaya lampu dan bersesak-sesak dengan kehadiran pengungjung menari dan mabuk hamisah mengheret othman ke bilik vip disko berkenaan.

Daripada situ bermula perkenalan antara hamisah dan dato othman,hingga kesatu hari hamisah dan rizal berpakat mengenakan "Perangkap" supaya tidur dengan Hamisah.

Dato othman terpedaya,akhirnya bersetuju menjadikan hamisah sebagai isterinya,setelah sebulan bernikah hamisah tidak selesa dengan madunya rokiah dan dia berhasrat gelaran Datin itu jatuh kepadanya

Hamisah bertemu dengan bomoh..

"Itu senang sahaja,kau ambil ni dan kangkangkan dalam nasi suami kau makan ingat,jangan langgar pantang aku"Kata tok bomoh.

Hamisah mengikuti arahannya,usaha jahat hamisah berjaya dan Dato othman mengikut kehendaknya namun walaupun Dato othman telah menceraikan Datin Rokiah isteri pertamanya sikap jahat hamisah tidak terhenti disitu.

"Aku nak kau,hapuskan terus madu aku"Arah hamisah pada seorang lelaki.

lelaki itu menurut arahan dan menerima bayaran lumayan

Datin rokiah terbabit dalam nahas yang telah dirancang oleh hamisah dan lelaki itu.

Datin hamisah tersentak dari khayalannya dia membawa empat fail bernilai jutaan ringgit kegudang berkenaan untuk ditanda tangani Ariff.

Sebaik sahaja tiba dari jauh Datin hamisah terlihat orang-orangnya diberkas polis dan ariff telahpun diselamatkan

"Sial!"marah datin hamisah.

"Aku mesti bunuh siti fatimah dialah punca segala-galanya"bentak hati datin hamisah dengan penuh marah.

Dikampung
"Alhamdulilah,abang dan anak kita dah diselamatkan oleh pihak polis"Kata siti fatimah dengan penuh rasa syukur.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 31, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Isteri solehah2Where stories live. Discover now