BAHAGIAN SATU

59.9K 129 0
                                    

Suasana pagi dipantai irama cerah,kelihatan seorang wanita bersama seorang lelaki yang sedang bersantai duduk diatas wheelchair dibawah sebatang pokok yang merimbun

"Solehah....solehah"Ariff memanggil nama anaknya.Jari jemarinya dimain-mainkan pada pipi gebu anaknya itu

"Abang,nanti solehah menangis tu" tegur siti fatimah.

"Ala awak ini,awak tengoklah dia senyum saya panggil namanya"kata ariff.

Siti fatimah memandang bayi perempuannya

" Abang ingat nak memancing petang ini"kata ariff sambil merenung tajam kearah wajah siti fatimah

"Abang nak pergi memancing dengan siapa?" soal siti fatimah yang mengemas tikar plastik dan memasukkan bekas makanan didalam beg

"Tu.." kata Ariff sambil memuncungkan bibirnya kearah ayahnya bersama Seorang lelaki yang sedang mengemaskan peralatan memancing untuk dimasukkan kedalam bot

Siti fatimah terdiam,namun dalam hatinya ada berasa sekelumit kerisauaan apabila memandang ombak yang menghempas pantai.Dia hanya mendiamkan diri dia tahu suaminya malah ayah mertuanya memang mempunyai minat yang sama iaitu memancing.

mereka bersama pulang ke homestay,menjelang tiba waktu petang peralatan memancing telah pun disiapkan

Ariff yang tertempang-tempang kerana janggal menggunakan sebelah kaki palsu mendekati isterinya,lantas dia mencium anaknya siti solehah berkali-kali

siti fatimah merasa hairan dengan tingkah laku suaminya.

"Sayang,jaga anak kita elok-elok tau,asuh dia kalau boleh saya nak dia sama macam sayang"pesan Ariff

siti fatimah mengucup tangan suaminya itu dan ariff membalasnya dengan mengucup dahi isterinya.

tiba-tiba dato othman bersuara" udah-udahla tu lari pula ikan dekat laut" sindir dato Othman sambil tersenyum.

Jam 9.00mlm

tiba-tiba pintu homestay yang di sewa siti fatimah diketuk daripada luar.

"siapa?" soal siti fatimah

"Saya polis sarjan kamal"kata suara itu siti fatimah membuka lock pintu

memang benar terdapat sebuah kereta peronda pdrm dan dihadapan homestay yang disewa Siti fatimah.

"Puan ini isteri kepada ariff bin dato Othmankan?"Soal anggota polis itu

" Ya saya isterinya,kenapa dengan suami saya tuan?"soal siti fatimah.

"Saya harap puan dapat bertenang dan bersabar,bot yang dinaiki suami puan karam" jawab pegawai polis lagi.

Sebaik sahaja siti fatimah menerima khabar buruk yang disampaikan oleh anggota polis itu.Dunianya bagaikan gelap seketika namun dia tabahkan hatinya dia beristigfar dan masih berharap suami dan bapa mertuanya selamat. Siti fatimah mengagahkan dirinya mengikuti anggota polis tadi ke pantai untuk menyaksikan sendiri operasi mencari dan menyelamat.

DIKUALA LUMPUR Datin hamisah yang tidak mengikuti percutian dikelantan terkejut menerima berita buruk itu.Dia menangis kerana terkejut kehilangan suami dan anak yang disayangi.Namun secara tiba-tiba ada suara berbisik.

"Hahaha bagus... Kau ingat ini semua rancangan dia faham!"

"Kau siapa ha?" soal Datin hamisah.

Suara itu ghaib......

Seminggu pencarian pasukan bomba dan penyelamat mencari dato Ariff anaknya ariff dan pemandu bot namun tidak berjaya menemui jawapannya.

Isteri solehah2Where stories live. Discover now