Chap 13

393 26 0
                                    

Hati aku ngilu saat dia termenung pilu. Ikutkan hati aku, nak saja aku peluk dia dan tenangkan dia. Tapi aku tak boleh, sebab aku dah bukan aku. Selama mana aku sanggup tahan dari tengok orang yang aku sayang termenung dan menangis sebab kehilangan.

Oleh kerana itu, aku meminta diri untuk ke tandas. Aku tak dapat kawal perasaan aku sendiri. Ya Allah, peritnya perasaan ini.
Kaki aku melangkah ke tingkat atas, pintu bilik aku tolak. Aku melangkah berat masuk ke dalam bilik itu.

Seolah - olah babak babak antara aku dengan dia terulang tayang kembali. Saat dia menangis di bahu aku apabila dia penat dengan kehidupan dia, saat dia memelukku apabila terasa lemah semua itu atas dasar persahabatan. Aku masih straight lagi untuk jadi gay. Nauzubilah.

Tapi itulah yang berlaku antara aku dengan Emer, lelaki yang sangat tabah dalam menyembunyikan masalahnya, lelaki yang paling manja dengan sahabatnya dan seorang lelaki yang penuh dengan kasih sayang terhadap adiknya, Johanna.

Ya, akulah Syahran Rafique. Lelaki yang menyayangi kedua adik beradik ini. Sayang terhadap Johan sebagai sahabat dan sayang terhadap Johanna sebagai bidadari hidup aku. Potret Johan di meja soleknya aku ambil lalu potret itu aku tatap dengan penuh kerinduan.

“Mer, apsal kau pergi? Kau cakap kau nak tengok aku dengan adik kau bersama - sama. Apsal kau tinggalkan aku dengan amanat yang aku sendiri sukar untuk laksanakan. Aku tak ada keberanian untuk berhadapan dengan Hanna. Aku dah bukan diri aku. Mustahil untuk dia percayakan aku, Mer” air mata aku menangis saat teringatkan kisah Emer.

Emer dibuang keluarganya pada hari itu kerana menegakkan persahabatan kami. Emer kemalangan kerana ingin mengikut aku balik. Emer mati kerana selamatkan aku, sepatutnya aku yang tercampak keluar.

Bukannya Emer. Hati aku tergerak untuk membuka laci yang satu itu. Memandangkan kuncinya ada pada aku.

“Apa - apa jadi nanti, buka laci ni. Nah! Kunci” kata - kata Emer sebelum dia kemalangan.

Walletku, aku tarik dari poket belakang sebelum mengambil kunci yang aku selit di situ. Laci itu aku buka, kelihatan buku diari Emer. Buku itu aku capai.

Aku batalkan niatku untuk membukanya. Memandangkan aku sudah lama beredar dari pandangan Hanna dan Zarith. Diari itu aku sorok di belakangku. Aku melangkah turun mendekati mereka di wakaf. Setelah duduk, diari itu aku masukkan ke dalam beg aku.

“Lamanya abang pergi” tegur Zarith, sibuk jelah budak ni.

“Tak sedap perutla” sambil menggosok lembut perutku.

“Ouh, Syah nak air suam ke?” Hanna pula menyoal aku dengan penuh perhatian. Haih, Hanna yang dulu dah membesar menjadi Hanna yang matang.

“Takpe, nanti okeyla tu” balasku.

“Ouh, jomlah balik. Lagipun dah lama sangat ni” ajak Zarith. Bagus, itulah yang aku tunggu dari tadi.Lagipun aku dah tak boleh kawal perasaan aku untuk membaca diari Johan yang aku jumpa tadi.

“Dah nak balik ke?” soalan Hanna pula buatkan aku tak sampai hati. Haih, bidadari saya ni.

“Kenapa? Hanna takut duduk sengsorang ke?” soaku dengan penuh perhatian. Risau pula nak tinggalkan dia.

“Eh! Taklah, mana ada. Hanna dah biasa dengan keadaan ni” jawapannya buatkan aku ngilu pula. Macam manalah boleh tersalah cakap pula.

“Jom, Hanna. Kitorang balik dulu erh? Kalau ada apa apa nanti awak call je saya. Ikutkan hati saya nak je stay dan temankan awak tapi kesian abang saya pula” pujuk Zarith. Bagus Zarith, dia dah membesar menjadi lelaki yang memahami. Well, adik aku kan. Hehe.

Untitled DreamHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin