Chap 11

396 26 0
                                    

Lamunan aku terbang saat terdengar azan, menandakan masuknya Asar. Seperti ada magnet yang menarik aku untuk masuk ke bilik air di bilik abang untuk mengambil wuduk.

Seraya itu aku mendirikan solat Asar seperti yang sering dilakukan aku dengan abang. Setelah selesai menunaikan suruhan Allah. Aku terasa lapar kerana dari pagi tadi aku tak makan apa - apapun, selera aku hilang.

Setelah selesai mengemas kembali bilik tidur abang. Aku berlalu ke dapur di tingkat bawah. Aku menghampiri Mak Yam, pembantu rumahku.

“Cik, ada apa - apa yang Cik nak ke?” soalnya penuh berhemah.

“Saya lapar” balasku, hambar.

“Ouh. Cik nak makan nasi ke? Ke Cik nak makan benda lain. Mak Yam boleh masakkan” soalnya senang.

“Saya nak makan nasi goreng” jawabku.

“Baik, jap erh Mak Yam masakkan” balasnya.

“Tak susahkan ke?”

“Takdelah, dah memang tugas Mak Yam Lagipun dah lama dah Cik tak makan kat rumah. Lega Mak Yam bila Cik nak makan” jawabnya.

Baru aku sedar bahawa aku dah lama tak makan. Patutlah aku terasa berat aku susut mendadak.

“Ouh, urmm. Mak Yam" panggilku.

“Ya, Cik” sahutnya sambil asyik memasak.

“Lepas ni panggil saya Mel boleh?” pintaku.

“Mana boleh Cik, nanti Mak Yam kena dengan Puan Sri macam sebelum ni” balasnya.

“Ouh, takpelah kalau macam tu” balasku.

Aku melangkah menuju ke peti sejuk untuk mengambil jus sebelum duduk kembali di kerusi bar.

“Kenapa tak suruh Mak Yam je ambikkan air tu kalau Cik nak minum?” soalnya gelabah.

“Takpelah Mak Yam. Lagipun Mak Yam tengah masak untuk saya” balasku sambil mencicip jus di tanganku.

“Cik Emelda sama macam Tuan Emeriz. Seboleh bolehnya tak nak susahkan Mak Yam” ujarnya sebelum tersenyum.

“Abang baik, kan?” soalku, dengan nada mengendur.

“Ha’ah, arwah sangat baik. Bertuah Tuan Sri dengan Puan Sri ada anak macam Tuan Emeriz” balasnya.

“Huh! Sebaliknya Mak Yam” balasku sebelum melepaskan keluhan kasar.

“Tak elok Cik cakap macam tu. Apa yang jadi ada hikmah di sebaliknya. Makanlah Cik. Mak Yam nak gi solat jap erh?” ujarnya sebelum tunduk meminta diri.

Aku menikmati makanan yang disediakan oleh Mak Yam. Nasi goreng, antara makanan yang abang suka. Antara kenangan aku dengan mereka.

Beberapa hari sebelum kejadian itu berlaku, aku, abang dan Rafiq sedang duduk di bilik belajar. Abang dan Rafiq sedang sibuk belajar, maklumlah dah nak SPM. Jam sudah menunjukkan jam 1.30 pagi. Aku hanya menonton drama online sahaja. Tiba - tiba aku terasa lapar. Aku lihat abang dan Rafiq sedang khusyuk menelaah.

“Abang”panggil aku menarik perhatian abang.

Johan Emeriz mengalihkan pandangan dari arah buku ke arah adiknya.

“Ya, adik nak apa?” tanyanya.

Rafiq hanya sekilas pandang sahaja situasi di hadapannya.

“I’m hungry” balasku dengan mimik muka yang sedih bagi meraih simpati Johan.

“Tula, sape suruh tak nak makan tadi. Kang dah lapar. Mak Yam pun dah tidur tau”balas Johan.

Untitled DreamDonde viven las historias. Descúbrelo ahora