part-1

5 3 0
                                    

Prologue

Aku masih ingat lagi kejadian yang menimpa aku dan kawan-kawanku.Kejadian yang menyebabkan kami semua trauma sehingga kini.Kejadian itu berlaku 10 tahun yang lepas dan ketika itu kami berusia 17 tahun dan baru sahaja tamat menduduki Sijil Penilaian Malaysia(SPM).Pada masa itu,aku sangat menyesal kerana tidak mengikut kata hati aku...

************

Setelah tamat menduduki peperiksaan SPM,aku dan kawan-kawanku telah berjanji untuk berjumpa semula dan berkumpul di rumah Luqman untuk sama-sama mencari kerja yang bersesuaian dengan kami.Namun,hampa.Kami langsung tidak menjumpai kerja yang bersesuaian dengan kami.Aku melihat mereka yang lain kelihatan agak tertekan.Aku mengambil helaian kertas dan surat khabar yang berada di penjuru bilik disebabkan dibaling oleh Hafiz.Sebenarnya aku lebih suka mencari kerja sendirian tetapi disebabkan Haziq memaksa dan merayu,aku dengan hati yang terpaksa setuju mengikuti mereka berjumpa.

Aku pun mecampakkan kembali helaian tentang jawatan kosong itu ke tepi.Setelah itu,aku memegang kepala dan mengurut sedikit kerana berasa pening.Hafiz melihat ke arah Kami yang sedang tertekan.Dia kemudiannya berpaling ke arah abang kembarnya dan seolah-olah sedang membisikkan sesuatu.Kami hanya memandang mereka sahaja.Secara tiba-tiba,Hafiz bangun dan berkata dengan suara lantangnya.

"Korang aku dan abang aku ada cadangan!"

"Hah?cadangan apa?"

"Apa kata,kita rehatkan minda kita dengan pergi bercuti.Macam tu,senanglah kita nak fikir pasal kerja"

"Hmm..bagus juga cadangan korang"

"Kalau macam tu nanti kita kumpul dekat rumah khairul dulu.boleh kan?"

"Mestilah boleh"

"Oh satu lagi,korang jangan risau nanti semua kos kami berdua akan tanggung.

"Okey cun!"

"Okeylah,minggu depan kita bertolak"

"Okey!"

*****************

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 02, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Haunted HouseWhere stories live. Discover now