Permulaan Dunia Baru.

5 0 0
                                    

     5 hari aku berkeliaran di kota metropolitan ni. Tiada apa yang dapat membantu. Mujur aku masih mampu makan dan tidur dalam surau di stesen bas berhampiran. Duit yang ada semakin sikit. Aisyah membelek gelang tangan yang ada di tangannya. Sayangnya pada gelang emas tersebut. Satu - satunya pusaka tinggalan arwah toknya. Cincin sudah selamat dia jual. Dapatlah dalam RM500++

     Hembusan nafas menjadi berat, di mana dia mahu kerja. Di mana mahu tinggal. Dalam tangannya hanya tinggal kurang dari RM400. Mujur juga dia bukan jenis membazir. Hari ini nekadnya mahu mencari kerja. Mungkin boleh dapat gaji harian. Biar sedikit, dia tidak mahu mengemis. Dia bukan jenis meminta - minta.

     "Eh, kau nak apa lagi dekat sini. Tak ada kerja untuk kaulah. Pergi sana jauh sikit. Kau pergi mintak kerja dekat tempat lainlah. Jangan ganggu aku punya perniagaan." Tengkingan dari seorang wanita separuh umur itu menyebabkan banyak mata memandang. Insiden tanpa disangka.

     "Maaf kak, saya hanya memohon sedikit simpati. Mungkin boleh membantu mana yang terdaya. Cuci pinggan pun boleh. Saya mintak tak banyak" ucapan tulus dari bibir gadis seusia anaknya. Dalam hati kecil wanita itu terdetik mana keluarganya. Dari mana asal usulnya. Mahu bertanya namun tak sempat. Selepas ditengking gadis itu berlalu pergi. Dari pengamatannya gadis itu bukan asal dari kuala lumpur. Gaya percakapan masih lagi sopan dan pemakaiannya juga terlihat sopan.

     Puan Ara segera menghabiskan baki makanannya. Segera dia hampiri tuan punya gerai makan tersebut. Melunaskan bayaran makanannya. Senyuman manis dihadiahkan buat tuan empunya kedai.

     "Kak, nanti kalau anak gadis tadi datang lagi. Akak berikan dia kerja ye. Gajinya nanti biar Ara yang bayarkan." Pesanan itu diberikan pada peniaga tersebut. Bukan dia tak tahu perniagaan kecil macam ni memang sukar nak menggaji pekerja yang ramai. Tapi dia lebih kesiankan anak itu. Mungkin hari ni dia tak sempat bertegur sapa. Tapi dia yakin esok pasti dia dapat ketemu sama anak itu.

*****

     Pagi ini sekali lagi Aisyah merayap mencari pekerjaan. Dia lewati lorong yang sama. Tapi ingatannya pada tengkingan semalam membantutkan hajatnya untuk merayu. Perlahan Aisyah menjauhkan dirinya dari gerai itu. Bergerak dia ke gerai yang lainnya. Perlahan dia tuju pada kedai makanan cina yang ada. Hatinya ragu untuk bertanya. Tapi dirinya benar² mahukan pekerjaan.

     "Amoi, lu apa bikin sini tempat. Aiyaaa, sini tempat bukan muslim punya tempat. Nanti saya talak mau itu kena suwei lor." Bebelan dari uncle berbangsa cina itu hanya mampu membuahkan sedikit senyuman pada wajahnya. Tapi tangan uncle tersebut laju menghulurkan sebotol mineral bersama sebungkus roti gardenia perisa coklat.

     Aku teragak agak mahu mengambilnya. Bukan tujuan aku meminta simpati. Tapi aku mahukan pekerjaan. Cuma uncle tersebut tak membenarkan aku bekerja. Katanya kedainya tidak halal. Jadi dia kesian bila dia tak mampu nak membantu. "Uncle, tak apalah. Jangan rasa bersalah. Saya cuma mahu kerja. Tapi saya faham kalau uncle tak boleh tolong. Saya pergi dulu ye uncle." Lantas tangan tua itu aku salam. Sedikit terkejut bila tangan itu mengusap kepala aku saat hidung aku bertemu tangannya.

     "Aya amoiii, lu banyak baik ha. Tak apa amoi. Nanti mesti lu boleh dapat kirija baik. Esok lu mari sini dulu la. Ambil itu loti sama air. Esok pagi² saya suluh itu Mei mei tolong lu cari kirija." Bebelan uncle itu aku dengar sambil menganguk tanda faham. Dan tak pernah putus ucapan terima kasih aku buat uncle tersebut.

*****

     Dah sebulan aku berkerja di kedai makan tersebut. Aku menetap di bilik kecil atas kedai tersebut. Bersyukur bila usaha Mei mei, rakan baruku itu membuahkan hasil. Gaji yang kuterima tidaklah banyak mana. Hanya RM300 sebulan. Tapi makan dan minumku tak perlu berbayar. Tempat tinggal sudah disediakan.

      Aku cuma terfikir berapa lama aku harus kerja disini. Sedangkan orang lain sudah mula sambung belajar. Sebahagian rakan aku, pasti sudah ke matrik dan pasti ramai yang sambung semula ke sekolah. STPM menjadi pilihan ramai rakannya.

*****

     "Aisya, aisyaaaaa~ haiyaaa lu berangan apa ley. Lu sampai bila mau tinggal sini ley. Saya kesian sama lu la. Lu boleh sambung sekolah ley. Kita pergi sama². Nanti lu pakai saya punya baju sekolah." Bicara Mei Mei mematikan lamunan aku. Ye hampir 3 bulan aku disini. Duit gaji aku sedikit pun tidak berusik. Aku simpan untuk masa akan datang.

     "Mei, kalau saya mahu belajar. U rasa mahai tak yuran sekolah. Saya mahu ambil itu STPM juga." Pertanyaan aku disambut tepukan meriah dari Mei Mei. Suka sangat dia bila aku suarakan hasrat hati aku. Dia antara yang menyokong aku bersekolah semula. "Haiyaaa~ lu jangan risau la aisya. Nanti itu kita boleh bincang sama itu cikgu Puteri. Saya yakin dia pasti mau tolong lu. Esok pagi pagi lu bagitau itu lu punya bos. Lu mau pergi sekolah pagi. Balik sekolah baru lu kerja sampai pukul 9 malam lor." Aku hanya menggangukkan kepala. Teruja betul bila aku mampu sekolah sambil berkerja. Aku punya cita². Aku mahu berjaya dan aku akan buktikan pada family aku. Aku mampu. Aku mampu.

     

Je hebt het einde van de gepubliceerde delen bereikt.

⏰ Laatst bijgewerkt: Nov 30, 2017 ⏰

Voeg dit verhaal toe aan je bibliotheek om op de hoogte gebracht te worden van nieuwe delen!

Dendam Sebuah CintaWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu