Bab 5 : Masa lalu dia

284 29 1
                                    

Bismillahirrahmanirrahim..

Kusut. Hal Humairah memenuhi kepala aku. Malam itu aku berbual panjang dengan Acap. Sabar jelä dia dengan aku. Yalah, hanya dia yang tahu kisah pasal aku dan Humairah. Aku ni pon satu, sibuk pikir masalah orang, padahal aku perlu berehat sebab esok giliran aku on-call. Acap buat muka serius kali ni. Terkebil-kebil  jugak dia menahan ngantuk. Musyawarah(perbincangan) kami Acap tutup dengan satu pertanyaan..

" Kau pernah tahu apa sebenarnya yang terjadi dengan hidup dia? Ko cakap resultq SPM dia ok kan? Kenapa dia tak sambung belajar? Kat mana pulak dia kenal si Yusra tuh?...

***

Persoalan yang diutarakan Acap menyebabkan aku mula mencari tahu mengenai Humairah. Ku tebalkan muka menyuruh mak cik yang selalu menjadi org tengah dalam baitul muslim itu bertanyakan perihal Humairah, pada sesiapa yang megenalinya. Nak tanya Yusra sendri segan la aku . Sesekali aku cuba mencari tahu melalui alumni lain. Tapi sebab Humairah ni lone-ranger tak ramai yang tahu pasal hal dia...Mujur mk cik Halijah yang baik tu ada...

"Humairah selepas SPM melanjutkan pelajaran diploma di sebuah kolej swasta. Lepastu dia kena tipu dan sijil dia disahkan tidak laku. Keluarga diorang terlibat dengan kemalangan lepas itu dan ayah dia meninggal. Dia putus asa nak menyambung pelajaran lepas tu jadi sekarang dia kerja untuk bayar hutang dan menjaga ibunya yang sakit.." Panjang lebar Whatsapp Mak Cik Halijah.

Aku terkedu. Berliku sungguh  hidup dia nih. Komplikated. Sebab tuh ke dia cakap dia lulusan SPM jer. Teringat pulak aku berita student kene tipu macamtuh dalam surat khabar. Bende ni rare sangat sebenarnya nak jadi terutama kat budak sekolah aku. Yalah, kalau dah cemerlang mesti banyak tawaran bagus buat ape amek risk masuk swasta. Tak sangka Humairah ni la orang yang satu dalam seribu tuh. Tapi Humairah ni memang lurus sikit daripada dulu, mungkin sebab tu jugak dia kene tipu. Marah pulak aku kat orang yang menipu Humairah ni. Hish..

Malam itu aku on-call. Routine check-up sudahpun aku selesaikan tadi. Mesej mak cik Halijah aku baca semula. Kalau boleh nak tanya lagi tapi segan la  pulak. Aku tarik nafas panjang. Chill dulu Izz Haikal. Sibuk sahaja nak tahu masalah orang.  Check dulu mutabaah amal, dah setel belom?

Riuh-rendah di wad 6a menarik perhatianku. Kedengaran suara dua anak beranak bertikam lidah namun mereka cuba ditenangkan oleh doktor yang bertugas agar tidak mengganggu pesakit lain.
"Mak cik tak nak duduk sini...nak balek....." seorang wanita dalam lingkungan 50-an bersuara. Dia merengek-rengek bagai anak kecil. Menghentak-hentak kaki.

" Mak duduk sini dulu..kaki mak sakit, nanti berulat kang.. macamana? " Si anak kelihatan tegang namun cuba bertenang. Tangannya memegang kaki ibunya agar si ibu tidak menghentak-hentak lagi.

"Tak nak...tak nak..mak cik nak jumpa anak mak cik..." wanita tua itu kelihatan langsung tidak kenal anaknya. Dia meronta-ronta dan mula menangis. Tangannya menolak semua bende di sekelilingnya sehingga jatuh.Bersepah dan terabur. Doktor yang bertugas datang ke arah mereka. Si anak menarik nafasnya. Wajahnya yang tegang cuba dilembutkan. Selajur istighfar meniti bibirnya.

" Mak cik.. jangan menangis!” Pujuknya lembut. Dia mula menukar panggilan itu. Tangannya dilekapkan ke bahu wanita itu seraya bertentang mata dengannya. Matanya seolah berbicara lembut agar si ibu lebih bertenang.  Berkesan. Si ibu tersedu-sedu menahan tangisnya. Bagaikan anak kecil.

“ Esok kita balik ya mak cik, Aira sayang kat mak cik, tapi kalau mak cik nangis macam ni Aira susah hati. Kak Long pun susah hati. Mak cik nak kami gembira kan?”  anak itu memandangnya sayu. Tubuh tua itu diselimuti dengan penuh kasih sayang. Ibunya dipeluk sekejap.

Si ibu tua itu mengangguk-ngangguk.

            “ Aira, esok bawa mak cik jumpa anak-anak mak cik ya. Mesti diorang risaukan mak cik..”
Gadis itu mengangguk. Senyumannya cuba diukir semanis mungkin menyembunyikan seribu satu rasa di hatinya. Juga agar wanita tua itu lebih tenang. Kemudian dia menoleh kearah doktor yang bertugas.
" Maaf doktor, Mak saya Alazheimer, Kaki dia cedera tadi sebab merayau-rayau time kak long saya tertidur. Baru sekejap tadi jumpa dia. Biar dia tidur di wad ni semalam dulu ya. Saya jaga...malam ini kami tidak boleh balik, ada hal kat rumah...." tangannya menepuk-nepuk tubuh tua itu sehingga tertidur.

" Ayah awak mana?"tanya si doktor. Tangannya mencatat-catat  sesuatu dalam buku rekod.

Si anak diam.

"Dah takda..." tanpa memandang dia menjawab. Si doktor mengangguk-ngangguk. Dia mengisyaratkan seorang  jururawat menulis sesuatu dalam bukunya.

" Ok..tapi esok boleh check-out yer..kaki dia tak terok sangat tuh...mujur wad tak penoh..ade katil  kosong...." pesan jururawat itu. Sekadar mengingatkan ini adalah hospital kerajaan dimana lebih banyak pesakit lain yang memerlukan katil itu.

Dia diam lagi. Hanya mengiakan doktor itu. Lambat-lambat  dia mengemas barang-barang  yang jatuh.

***

Aku memerhatikan drama swasta itu dengan rasa berbaur. Apa lagilah kisah si Humairah ni yang aku tidak tahu. Drama-drama. Kebetulan atau takdir kami bertemu begini? Oh aku terlupa, dalam dunia ini mana ada kebetulan. Semuanya pasti daripada Allah.

Bersambung. ..

Ikhwah Perfect 10Where stories live. Discover now