Bab 4 : Lagi sekali

317 30 0
                                    

Langit cerah dari biasa hari itu. Usai bertugas aku bergegas ke Masjid Ar Rahman untuk berjemaah Zuhur.

Lepas ni aku perlu bergegas ke restoran Mak Uda pulak. Meskipun penat aku cuba memenuhi permintaan sahabatku untuk menjadi orang tengah dengan sesi taaruf (berkenalan) anak usrahnya dengn seorang akhwat.

Berat jugak aku pada mulanya, yalah bukan pernah ada pengalaman pun handle mende-mende macam nih, mulanya akhi Harits yang sepatutnya hadir tapi last minute dia ada hal pula. Takpalah..bukan orang lain pun, usrahmate aku punya anak usrah jugak. Goreng sajalah

"Tok..tok..tok.." notification whatsapp ku berbunyi. Satu mesej masuk dari Raden Amzar, anak usrah Harits yang akan bertaaruf harini. Katanya, dia akan lambt sikit harini, jalan jam alasan dia.

Respon aku pendek jer. Emotikon hidung keluar asap. Yang kenal aku semua tahu aku ni jenis yang punctual. Lagipun yang nak bertaaruf dia bukan aku. Ini bukan contoh yang baik lagi-lagi bila dia mahu berjodoh dengan seorang akhwat.

Seorang gadis bertudung labuh masuk dengan seorang gadis lain. Muka aku jadi pucat tak berdarah. Punya besar dunia kat sini jugak jumpa. Bagaimana ukhti Yusra dengan Humairah ada disini.. Yang penting apa hubungan mereka? Entah-entah....

***
Suasana sunyi sepi, kami bagaikan hanya tiga orang asing yang berkongsi meja. Masing-masing buat hal sendiri. Kekok. Hanya Yusra yang sesekali cuba memulakan perbualan.

Sesekali aku menjawab ringkas. Ku jeling Humairah. Mukanya kayu sahaja dan dia nampak tidak berminat untuk mencelah ape-ape.

Jika tadi aku sedikit marah dengan Raden Amzar yang tidak kunjung sampai, entah kenapa aku harap sekarang dia tak payah datang pun takpe. Mungkin sebab aku malu pada Humairah kerana membiarkan dia tertunggu. Humairah ini bukan orang lain, tapi kenalan aku. Humairah ini juga la rupanya akhwat yang mahu diperkenalkan pada Raden Amzar.

Humairah seorang akhwat? Lately ni asyik dapat surprise aje...

***

Raden Amzar lewat setengah jam daripada masa yang dijanjikan. Dia mengambil tempat di sebelah aku sambil matanya dikerdipkan kepadaku tanda meminta maaf kerana kelewatannya. Sekilas matanya melirik kepada ukhti Yusra dan Humairah. Jelas dia sedikit kecewa bila ukhti Yusra memperkenalkan Humairah sebagai orang yang bakal ditaarufkan dengannya. Aku merenung Raden Amzar tidak senang . Apa kurangnya si Humairah ni?..

Raden Amzar sedikit berkerut membaca borang baitul muslim yang diisi oleh Humairah. Obvious tidak puas hati dia. Aku menjeling sekilas borang itu. Pada ruang kelulusan Humairah menulis kelulusannya hanya SPM sahaja. Pekerjaannya sebagai seorang guru taska. Tentang keluarganya pun dia tak banyak cerita.

"Maafkan ana.." teragak-agak dia menuturkannya. Riak wajahnya dapat aku baca.

Aku menyikunya sedikit. Begitu cepat Raden Amzar membuat penilaian padahal satu soalan pun belum ditanyainya lagi. Bagiku, dia tidak bersabar dan tergesa-gesa. Dahlah harini main datang tanpa membaca borang Humairah, pastu baru baca harini dah reject tanpa sebarang persoalan.

  Humairah menunduk. Aku membayangkan wajahnya yang hampir menangis suatu ketika dulu dan entah kenapa aku tidak sanggup melihat dia berwajah begitu kali ini.

Aku meminta diri ke tandas sambil mengisyaratkan Raden Amzar mengikutiku. Marah benar aku pada dia. Raden Amzar akur.

" Susah brader . Tapi saya tak nak beri harapan palsu kepada dia. Mulanya saya ingat Yusra yang akan diperkenalkan pada saya. Saya boleh terima akhwat yang rupanya biasa-biasa sahaja. Tapi Humairah, susah la. Saya lecturer ada degree PhD tapi dia SPM jer. Dalam borang bm nyer pon tak dinyatakan secara jelas tentang keluarga dia.. family saya strict sikit pasal mende ni..." ujarnya perlahan. Maklumlah, family Raden ni ketrunan berdarah biru.

Pada hemat aku si Raden Amzar belum cukup diusrahkan lagi oleh Hariths. Aku tidak mahu bersangka buruk lalu cuba lagi memujuknya.

"Pilihlah yang terjaga agamanya.."

" Kerana itu saya mahukan seorang akhwat..." mendatar saja nadanya.. Barangkali dia serba salah melihat aku.

Aku diam. Kalau sudah tidak suka siapalah aku untuk memaksa. Kala itu aku sedar,bagaimanapun aku mengenal Humairah, dia tetap seorang gadis asing bagi Raden Amzar. Aku keluar dari tandas lalu duduk semula ke tempat tadi.

 Wajah ukhti Yusra yang kehairanan aku biarkan sahaja. Raden Amzar keluar dari tandas sejurus selepas itu. Tatkala dia melabuhkan punggung untuk duduk Humairah pula bangun. Matanya merenung Raden Amzar dengan wajah yang masih kayu. Perlahan dia mengukir senyuman yang manis.

"Doktor takde ape nak tanya?" Riaknya selamba. Raden Amzar sedikit terkejut namun menggeleng. Humairah mengangguk . Sekali lagi dia tersenyum. Sedikit pon dia tidak nampak marah. Seolah-olah dia faham bahawa dirinya sudah ditolak

Jauh di sudut hati aku tidak sedih Raden Amzar menolak Humairah. Aku cuma bimbang hati Humairah terluka. Tapi ternyata aku silap. Dia dihadapanku hari ini bukan Humairah yang begitu.

"Ana minta diri. Terima kasih atas masa yang diluangkan Dr. Raden dan Dr. Haikal.."selajur dia meninggalkan kami tanpa memandang ke belakang lagi. Sekeping not RM 20 ditinggalkan atas meja. Ukhti Yusra hanya mengikutnya dari belakang. Meninggalkan kami berdua terpinga-pinga.

Hati aku sedikit rasa tersentuh. Humairah yang ini bukan lagi Humairah cengeng yang senang dibuli. Air matanya mahal dan dia lebih diam daripada Humairah yang dulu. Personalitinya juga kelihatan lebih keras dan tegas. Aku tiba-tiba tertanya-tanya...mengapa dia berubah sampai begitu sekali. Tarbiyah kah yang mengubahnya begitu?

bersambung..

Ikhwah Perfect 10Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon