PATAH

73 1 2
                                    


Lelaki itu

Dengan lawaknya yang tak diduga

Dengan lelucon yg mengada

Dengan maksud tersirat yang dilempar

Menyebabkan aku keliru

Bagaikan bait lirik lagu

'Ku Katakan Dengan Indah'

yang berbunyi

Kau beri rasa yang berbeda, mungkinku salah

Semua orang ingat cinta pertama mereka, kan.

Aku kau ketemui dalam waktu yang tidak dijangka. Mana mungkin aku tahu aku akan berjumpa cinta di sini. Ia hari pertama kita menggalas tanggungjawab untuk negara. Semangat padu untuk mempamerkan kredibiliti. Menjadi yang terbaik.

Pertemua pertama sudah membuahkan persepsi. Aku anggap kau mengada dan perasan. Kau, menganggap aku satu cabaran. Salahku juga kerana dengan mudah membuat tafsiran terhadap kau, yang bijak menyamarkan peribadi sebenar, di sebalik lawak jenaka dan perangai yang endah tidak endah.

Pada mulanya persahabatan berkumpulan yang bertemu secara takdir kerana berlima ditempatkan di pusat yang sama, tidak terkecuali menjadi rapat.

Akibat rasa tidak suka dijadikan bahan lawak lelucon mengada, terkeluar kata-kata yang aku sesali pada suatu ketika.

"I hate you. I hate you so much."

Matanya menatapku tajam. Malangnya, apabila dia mengambilnya sebagai satu cabaran. Kerana baginya, tiada siapa boleh membencinya.

"I will make you fall in love with me."

Pada ketika itu, kebenciannya membuatkan aku rasa bahawa ia mustahil. Mustahillah aku menyukainya lebih daripada seorang rakan sekerja. Tidak mungkin! Walaupun di sudut kecil hatiku, terbit rasa gundah gulana. What if-


Aku teringat pertama kali kita meluangkan masa hanya berdua. Engkau mengajak aku menemani kau ke suatu tempat. Aku yang terperanjat, menerimanya kerana aku bosan. Dan ingin tahu.

Perbualan kita di gerai cendol di tepi jalan itu akanku ingat sampai bila-bila. Aku sememangnya pemerhati. Aku lebih kerap berdiam diri dalam perbualan berkumpulan, sebenarnya. Jadi apabila hanya kami berdua, dan kau membuka diri dan mendedahkan sedikit tentang keperibadian sebenar kau yang selama ini terlindung di sebalik senyuman lucu, ia mengesahkan apa yang aku syaki selama ini. There is more to you than the jokes.

Aku mula tertarik. Dan kau mula menjadi obsesiku.


Mungkin sekali aku yang salah

Salah mentafsir makna yang disampai

Jangan sampai hati terluka

Mengharap pada yang tidak diketahui

wajarannya


Kita mula rapat. Semakin kerap bersama. Berbual-bual. Mengenali lebih dalam. Atau hanya aku yang berfikiran begitu?

Pada masa yang sama, ia tidaklah selancar seperti yang dimahukan. Kau seperti mengambil masa kau sendiri. Merupakan pengawal kepada hubungan perkenalan kita. Aku menurut. Namun aku dengan keras kepalanya sendiri, merancang untuk lebih mengenali.

Cerpen Pendek - Tajuk SepatahWhere stories live. Discover now