SEPI

206 5 3
                                    

Aku memandang gambar di dalam skrin telefon bimbit. Sebelah pipi anak muda yang bengkak, hidungnya patah, darah mengalir dari kesan luka. Mata beningnya terbayang penderitaan. Dan kekuatan.

Aneh. Berada dalam situasi begitu namun tidak tewas.

Jari jemari pantas menekan butang Retweet. Aku semakin kerap melakukannya. Sebelum bulan ini, aku sekadar membaca sekilas lalu, kata-kata dan gambar yang tertulis tidak memberi makna, tidak menyebabkan aku berasa apa-apa.

Namun entah mengapa, kali ini, dalam bulan yang penuh hikmah ini, aku mula, peduli. Jika pedulilah perkataan yang sesuai yang menjelaskan apa yang aku rasa. Cukupkah sekadar berkongsi mesej di media sosial? Dengan tujuan apa? Meningkatkan kesedaran kononnya? Atau sifat narsistik sebenarnya telah berjaya memasuki diri lalu meronta-ronta untuk menunjukkan kepada dunia maya yang, aku peduli?

Aku menutup mata dan tidur.

Kembali dari bekerja, tiba-tiba aku teringat akan dia. Kami telah lama tidak ketemu. Dalam tahun-tahun sebelum ini, hubungan kami berdua baik. Setiap minggu akan berjumpa, berbual-bual. Bagiku, pertemuan kami akan membangkitkan semangatku. Aku mendapat inspirasi dan motivasi untuk melakukan sesuatu. Apa saja. Buat hidupku penuh erti.

Namun sesuatu berlaku penghujung tahun lepas yang menyebabkan aku tidak berjumpa dengannya langsung tahun ini. Aku bukanlah mahu mengatakan yang hubungan kami tidak baik. Tidak. Sekadar tidak berjumpa hampir separuh tahun tidak menjadikan hubungan persahabatan itu, renggang, kan? Aku masih percaya yang kami masih merasai sesuatu.

Cuma, aku tidak berasa mahu berjumpa. Aku tidak tahu mengapa. Atau aku tidak mahu mengetahui apa sebabnya. Dia tidak terlibat pun dengan sesuatu yang berlaku sebelum ini. Ahh aku tidak mahu menyerabutkan fikiran. Aku lebih selesa melepaskan sahaja sesuatu yang menggangguku dan fokus kepada perkara lain.

Jadi aku menelefonnya, dan mengajaknya keluar. Kebetulan atau sememangnya takdir, dia lapang dan setuju untuk berjumpa. Aku kembali ke rumah untuk mandi dan menukar pakaian, dan memandu ke rumahnya.

"Can I hug you?" tanyanya apabila melihatku buat kali pertama.

"Sure."

Aku benar-benar dapat merasakan kerinduan dan persoalan yang bermain dalam dirinya dalam pelukan itu. Orang seperti kami, kadang-kadang ia tidak perlu diperkatakan secara zahir, masing-masing boleh menelah dan mengagak apa yang bermain dalam minda.

Semua berjalan seperti biasa. Dan kemudian, datang soalannya. Sesuatu yang aku jangka dan takut untuk mendengar.

"So, what else have you been doing?"

Aku menjawab jujur. "Nothing. I just finished my translation work last month in May, so this month I decided to take a break, rest and read. After raya, I will focus on writing."

Dia mengangguk.

Aku tidak merasakan yang dia seorang yang judgemental. Aku tahu dia seorang yang berfikiran terbuka, menerima aku seadanya.

Namun aku benar-benar tercabar dengan soalannya itu. Aku rasa seperti aku tidak berguna. Tidak melakukan apa-apa. Sekadar bekerja. Aku bangga dengan tugasku. Aku kira, ia amat penting kepada negara dan masyarakat. Aku telah melakukan yang terbaik sewaktu bekerja, berdedikasi dan mencurahkan seluruh tenaga untuknya. Namun ia seolah-olah tidak cukup, atau tidak penting.

Aku menegaskan. "My work, its really challenging and time consuming. At the end of the day, I am beat. All I want to do is rest, watch TV, read light fiction. And that's it."

Cerpen Pendek - Tajuk SepatahWhere stories live. Discover now