Prolog

9 0 0
                                    

"Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar..." sayup suara melafazkan takbir. Nafas semakin pendek namun tiada rasa takut yang menghuni sekujur tubuh itu. Lesu tak bermaya.

Sedaya upaya cuba di tarik nafas agar sampai ke jantung. Namun takdir Allah menentukan segalanya. Perlahan lafaz Syahadah meniti di bibir pucat itu. "أشهد أن لا إله إلا ألله
وأشهد أن محمدا رسول الله"

5 hari sebelum...

Aisyah termenung jauh, pena di tangan pegun tanpa pergerakkan. Hatinya tenang dan damai walaupun berada jauh beribu batu dari tanah air tercinta. Sudah hampir 5 bulan dirinya berada di tanah Syria. Tanah bergolak yang sentiasa berlaku pertumpahan darah. Namun dirinya tak pernah gentar dan gusar. Hatinya di serahkan Sepenuhnya pada Allah yang Esa.

Ada sendu dalam hatinya. Seperti dapat merasakan bahawa dirinya tak akan berada lama di bumi Syria itu. Dirinya rindukan keluarga di Malaysia. Namun hatinya seakan merasa kepulangannya tak akan di sambut oleh sesiapa pun dengan senyuman dan kegembiraan.

"Ya binti, jauhnya termenung." Seorang wanita masuk bersama sedikit makanan untuk di kongsi bersama. Sudah hampir maghrib, dan waktu berbuka selang beberapa minit saja lagi.

Pantas Aisyah menyambut huluran wanita tua itu. Senyuman manis di berikan pada wanita itu. Wanita itu padanya ibarat pengganti ibunya. Dari wanita inilah dia boleh berada di bumi bergolak ini. Wanita kelahiran Bosnia yang menetap dan membesar di Malaysia.

Aisyah merenung seraut wajah tenang tersebut. "Ummi, Aisya sedih ramadhan kali ni mungkin yang terakhir pada Aisya. Aisya tak sempat mohon maaf pada semua orang. Ummi maafkan Aisya? Ummi agak ada tak kemaafan dari diorang buat Aisya?" Soalan penghujung itu mewujudkan kerutan di dahi tua wanita tersebut. Namun segera kerutannya bertukar pada sebuah senyuman yang menenangkan. "Ya Binti, usah khuatir anakku. Tiada yang lain selain dari redha Allah keatas kita. Ummi mahukan redha Allah. Jadi adil bagi Binti untuk perolehi redha Allah melalui ummi dan ummi yakin mereka juga akan memaafkan Aisya."

Aisyah hanya menghadiahkan sebuah senyuman dan pelukkan pada wanita bergelar ummi tersebut. "Terima kasih ummi." Desis hati kecilnya. Kemudian mereka terus menjamah makanan untuk berbuka puasa.

Sekarang...

Tangisan berembun di hujung mata. Tiada bunyi hanya air mata yang setia menemani. Bumi Syria sekali lagi merasa sedih. Walaupun setiap hari mereka melalui kematian. Namun kali ni perasaan sedikit berbeza. Apatah lagi kematian kali ini melibatkan seorang sukarelawan dari Malaysia. Perginya seorang gadis yang ketika hayatnya ada noda dan dosa yang berkumpul.

Penghijrahannya tiada yang tahu. Kehidupannya penuh calitan kotoran dosa. Namun pengakhirannya menjadi bualan para sukarelawan yang lain. Semangatnya tumbuh dalam nadi anak² muda yang mahukan perubahan yang sama. Namanya di sebut dalam komuniti kecil mereka Aisya Humaira'.

Dendam Sebuah CintaWhere stories live. Discover now