3

5.2K 182 10
                                    

Selesai sahaja mandi , Yoongi turun ke tingkat bawah. Dia melihat Hana sedang menyapu sampah di bahagian ruang tamu. Dia berhenti menapak di tangga yang terakhir dan melihat gerak geri Hana.
Kala Hana membongkok untuk menyapu di bahagian bawah sofa , mata Yoongi hanya memandang suatu tempat iaitu .. dada Hana.

Hana terasa seperti seseorang sedang memerhati dia. Lalu dia terus berdiri tegak dan membetulkan bajunya.

"Makanlah. Kang sejuk makanan tu" kata Hana sambil menuding jari ke arah dapur. Hana menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

Yoongi pergi ke meja makan dan makan.

Selepas makan , Yoongi terus bersiap dan pergi ke studio bts yang terletak di Big Hit Entertainment.

Big Hit Entertainment

"Woi , ape cer dengan pekerja baru kau tu? okay" tanya V yang sedang duduk di sebelah Yoongi.
"Cantik tak? Nanti kenalkan dia dekat aku tau. Mana tau kot kot sangkut. " kata Jimin sambil membuat wajah nakal.

Jin mengetuk kepala Jimin. "Woi, kau ni kan. Nak menggatal agak agak lah. Awek kau tu nak campak mana?" kata Jin.

"Hmm. Kalau report dekat akak Ji Eun ni mesti hyung kena bebel kan?" kata Jungkook sambil tersenyum nakal. Ingin mengenakan Jimin.

"Dah dah. Sebelum korang ambil dia , aku ambil dulu. Jangan berangan nak kat dia. Sekarang dia hak aku" kata Yoongi selamba.

"Alah. Baru nak try. Kau ni potonglah hyung" kata Jimin sambil memuncungkan bibir sexynya.

"Malam ni kitorang nak pergi rumah kau hyung. Suruh dia masak sedap sedap. And kami nak tidur sana. Nak main swimming pool. " kata V .

"Apa apa je lah korang ni" kata Yoongi lalu semua bangun dari duduk dan sambung berlatih menari.

Malam

Knock knock

Hana yang mendengar ketukan pintu itu terus pergi dan membuka pintu.
Tersembul muka bts di hadapannya.

"Hai. Boleh kitorang masuk?" tanya Jungkook dengan penuh lemah lembut.

"Oh. Masuklah. Tuan Yoongi ada dekat dalam." Pelawa Hana.

Bts yang tidak tahu malu itu terus masuk dan menyerbu rumah itu.

"Hyung!!" jerit V sampai ke tingkat atas sekali pon dapat dengar.

Yoongi yang mendengar jeritan itu terus keluar dari studionya dan turun ke bawah.

"Hyungggggg.." Jungkook dan V merengek.

"Ha. Pergilah mandi" Yoongi  sudah tahu dan kenal sangat dengan perangai mereka berdua yang suka merengek bila nak sesuatu.

"Yeayy. Wuhuuu" Jungkook dan V menjerit seronok.
Mereka berdua terus berlari pergi ke swimming pool dan membuka pakaian mereka dan hanya memakai seluar dalam.

Hana bersabar je dengan kerenah mereka dan lagi lagi bila lihat V dan Jungkook yang seksi tu.

Jin, Rapmon dan Jhope mengambil tempat di ruang tamu. Mereka bermain ps3.

Yoongi pula pergi ke meja makan dan makan makanan yang telah siap dihidang.

Hana pergi ke arah swimming pool sambil matanya beralih ke arah lain.
Dia pergi dekat dengan kolam itu.

"Nak apa apa ke? Saya buatkan." Tanya Hana.

"Jus oren dua" kata Jungkook.

Hana terus berlalu pergi ke dapur dan membuat air oren.
Tidak sampai 5 minit, Hana pergi ke kolam dan letakkan dua gelas yang berisi air oren di atas meja.

"Dah siap. Minumlah" kata Hana.
"Noona , Jom lah join kitorang. Best lah." kata Jungkook.

"Ha'ah. Jomlah join" kata Rapmon yang datang bersama Jin,Jimin, Jhope dan Yoongi.

Hana memandang ke arah Yoongi. Yoongi langsung tidak memandang Hana lalu dia duduk di atas kerusi rehat.

"Takpe lah. Saya ada banyak kerja lagi. Saya pergi sambung kerja" kata Hana lalu dia mula menapak.

"Join je lah" kata Yoongi sambil memejamkan matanya.
Langkah Hana terhenti apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Yoongi itu.

"Takpelah. Saya kena buat kerja" kata Hana walaupon dia ingin mandi di kolam. Hana terus menapak masuk ke dalam rumah dan mengemas ruang tamu yang berselerak akibat Rapmon, Jin dan Jhope bermain di situ tadi.

"Alaa. Hyung. Suruhlah dia joinnnn. Nak mandi dengan dia." kata Jungkook.

"Ish kau ni. Tak padan dengan maknae tapi dah pandai menggatal" kata Jimin.

Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal dan tersenyum.

"Biarlah. Dia kan perempuan. Malulah tu. Tengoklah korang pon pakai apa je. Malulah dia" kata Jin.

Kalau ada typo tu, biasalah ye. Harap faham. Sorry. Cerita ni still boring. Takde idea lorhh..

❄My Byuntae Husband❄Where stories live. Discover now