2

5.2K 200 6
                                    

Jam menunjukkan 6 30 pagi, Hana bangun dari tidur dan membersihkan dirinya sebelum memulakan kerjanya.

Siap sahaja selesai bersiap , Hana turun pergi ke dapur untuk membuat sarapan pagi. Hana terfikir untuk membuat scramble egg, sandwich dan   salad.

Hampir 30 minit Hana menyiapkan sarapan , akhirnya makanan siap dihidang. Hana melihat jam tangannya. Sudah pukul 7 pagi.
Dia cuba memandang ke arah tangga , tetapi tiada kelibat tuannya.
Kemudian ,dia naik ke tingkat dua dan memberhentikan langkahnya di hadapan pintu bilik tuannya.

'Hmm, nak panggil ke tak erk?' Hana berfikir sejenak lalu dia mengambil keputusan untuk mengetuk pintu bilik itu.

Knock Knock

Ketukannya itu tidak dihiraukan.

Knock Knock

Hana masih mencuba lagi.

"Masuklah" suara Yoongi kedengaran.

Hana memulas tombol pintu dan melangkah 4 tapak ke dalam.
'Gelapnya. Mana dia ni?' kata Hana dalam hati sambil mencari kelibat tuannya.

"Suis lampu dekat belakang kau" kata Yoongi.

Hana pusing kebelakang dan meraba-raba dinding dan dia membuka suis lampu tersebut.
Hana pusing semula ke arah katil. Terlopong mulut Hana apabila melihat Yoongi yang terbaring di atas katil dengan hanya memakai seluar pendek dan tidak berselimut.

Hana pusingkan badannya menghadap dinding sambil mengurut dadanya.

"Tuan , saya dah siapkan sarapan dekat bawah. Turun makan ye " kata Hana.

"Umm. Malaslah" kata Yoongi . Matanya masih belum dibuka.

"Nak saya bawakan makanan ke bilik ni ke?" tanya Hana.

"Tak payahlah. Saya nak mandi dulu. Tolong isikan air panas dalam tab mandi." kata Yoongi sambil bangun dari baring dan menggosok- gosok matanya.

"Baiklah" kata Hana lalu dia terus pergi ke bilik air di dalam bilik itu tanpa melihat ke arah Yoongi.

Hampir 15 minit mengisi air panas ke dalam tab mandi itu, Hana mengambil sabun dan letakkan di dalam tab mandi.

Sebaik sahaja tab mandi itu penuh dengan buih , dia membasuh tangannya di sinki yang berada dekat dengannya.

Dia menoleh ke arah bunyi tapak kaki seseorang ,

Argghhh..

Hana terjerit dan terjatuh ke lantai akibat terkejut melihat tuannya yang hanya memakai kain tuala itu.

"Aduhh" rungut Hana sambil menggosok punggungnya yang terasa sakit.

"Kau okay tak?" tanya Yoongi kepada Hana yang mengerutkan dahinya itu.
Yoongi memegang kedua dua belah bahu Hana untuk menolong Hana bangun.

Hana menepis tangan Yoongi lembut.
"Takpa. Saya boleh bangun sendiri. Tuan pergilah mandi. Saya dah siapkan. And saya takut kain tuan terlucut je. " kata Hana.

"Eleh. Kalau terlucut pon, kau suka kan?" kata Yoongi sambil mengangkat sebelah keningnya dan tersenyum nakal.

'Aduh. Ke situ pulak dia. Tak sangka byuntae jugak dia ni' kata Hana di dalam hati.

Yoongi menolong Hana bangun dan membawanya ke katil.

Hana merebahkan punggungnya di atas katil perlahan lahan.

"Okay tak? Ada luka ke sakit kat mana mana tak?" tanya Yoongi sambil melutut di hadapan Hana.

"Saya rasa sakit dekat kaki kanan sikit. Tapi sikit je. Nanti okay lah ni" Kata Hana sambil menggosok gosok perlahan kaki kanannya.

Yoongi menepis lembut tanggan Hana. Yoongi menekan kuat kaki Hana , dan Hana mengaduh sakit.

"Terseliuh kot nih. Meh nak urut" kata Yoongi lalu dia mula mengurut kaki Hana sampai okay.

"Terima kasih." kata Hana lalu dia bangun dari duduk. Begitu juga dan Yoongi.
Kini mereka berhadapan , rapat.
Hana menundukkan wajah manakala Yoongi sedang melihat Hana , lama.

'Sampai bilalah kau nak berdiri macam ni? Tau lah kau hensem , tapi tak yah lah usha aku macam nak makan aku' rungut Hana di dalam hati.

"Ehemm" Hana cuba mengejutkan Yoongi dari mengelamun.

Yoongi mula sedar dari lamunannya.

"Ah, aku nak pergi mandi. Kau pergi buat kerja" kata Yoongi lalu pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.

Hana turun ke tingkat bawah untuk mengemas ruang tamu.

❄My Byuntae Husband❄Onde histórias criam vida. Descubra agora