Revenge 17 : Home (part 3)

42 5 1
                                    

Written By : Ishihara Bieyla @ ishihara-kumako.blogspot.com

All rights Reserved

Revenge 17 : Home (part 3)

Vanessa menghulurkan seutas rantai berbatu biru kepada Zella. Zella terpaku. Rantai tersebut dipandang sepi sebelum mengalihkan pandangannya ke Vanessa. Vanessa tersenyum kecil. Dia mencapai telapak tangan Zella dan dibawanya ke hadapan. Rantai biru tersebut diletakkan di atas telapak tangan Zella.

"Zella jaga baik-baik rantai ni. Ini rantai ayahanda." Ujar Vanessa.

"Zella tahu rantai biru ini milik ayahanda tapi.."

"...macam mana boleh berada pada kakak?" Vanessa memotong bicara Zella. Dia tersenyum kecil. Zella angguk kepala.

Vanessa mengambil rantai tersebut semula dan dia bediri di belakang Zella. Rambut Zella diangkatnya dan dia mula memakaikan rantai tersebut di leher Zella. "Kakak rampas semula dari Argon. That's all."

Zella memegang batu biru tersebut. Dia terasa seolah-olah ada kuasa yang mengalir di dalam tubuhnya. Vanessa memegang bahu Zella dan menyuruh Zella menghadapnya.

"Ingat Zella. Jaga rantai ni sebaik mungkin. Jangan bagi rantai ini jatuh ke dalam tangan Dark Devils." Zella angguk kepala tanda faham.

Suasana sepi mula menyelebungi mereka berdua. "Err.. kakak," suara Zella memecahkan kesepian yang melanda. Vanessa memandang Zella.

"Kakak ada cakap yang Dark Devils berasal dari Dark Kingdom. Dark Devils merupakan sebuah organisasi yang dikendalikan oleh raja dan permaisuri Dark Kingdom. Semua arahan raja dan permaisuri Dark Kingdom harus dipatuhi oleh Dark Devils. Jadi, adakah Dark Kingdom adalah sebuah kerajaan yang dihuni oleh orang jahat sahaja?" Zella mengeluarkan pertanyaan dengan suara yang tidak beberapa jelas tetapi masih mampu didengari oleh Vanessa.

"Tak. Tak semua yang berada di Dark Kingdom jahat. Sebenarnya begini ceritanya. Tapi kakak tak tahu sangat kebenaran cerita ni. Kakak hanya terdengar dan terbaca tentang Dark Kingdom. Kalau sejarah mengenai Dark Kingdom. Itu kakak baca. Zella nak dengar sejarah Dark Kingdom atau cerita yang kakak terdengar dari orang lain dan terbaca dari buku?"

"Dua-dua. Tapi Zella nak dengar sejarah Dark Kingdom dulu."

"Okey. Dengar baik-baik tahu. Dahulu ada sepasang kekasih yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa mereka adalah kekasih kerana pada zaman itu, kekasih mestilah sama taraf dan pasangan kekasih tersebut tidak sama taraf. Lelaki tersebut merupakan golongan bangsawan tetapi gadis tersebut adalah dari golongan bawahan. Jadi, mereka tidak sesuai untuk menjadi kekasih.

Namun disebabkan kasih sayang yang terlampau mendalam, mereka mengetepikan peraturan tersebut. Mereka juga menyembunyikan kisah cinta mereka daripada orang ramai. Malang tak berbau, ayah kepada lelaki bangsawan tersebut mengetahui bahawa anaknya mempunyai hubungan dengan seorang gadis yang tidak sama taraf. Ayah lelaki tersebut menyuruh pengawal mencari siapakah gerangan gadis tersebut dan setelah dijumpai, gadis tersebut harus dihukum bunuh.

Lelaki tersebut berasa bersalah yang teramat sangat terhadap gadis tersebut. Jadi, dia mula memikirkan cara untuk melepaskan dirinya dari bilik kurungan supaya dapat menyelamatkan gadis yang disayanginya.

Setelah berjaya melepaskan diri dari bilik kurungan tersebut. Lelaki tersebut dengan pantas menuju ke rumah gadis itu secara diam-diam tanpa dapat dikesan. Namun, kerana tersilap langkah mereka berdua dapat dikesan. Akhirnya mereka berdua dihukum bunuh.

Pada hari terakhir mereka berdua dihukum bunuh. Mereka masih menggenggam tangan masing-masing dan ada senyuman kecil tetapi penuh dengan kebencian terukir dibibir mereka berdua. Mereka seolah-olah tidak gentar dengan hukuman tersebut dan sedia untuk menghadapi hukuman tersebut.

The Chronicles Of RevengeTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang