Revenge 11 : The Four

579 10 0
                                    

Written By : Ishihara Bieyla @ ishihara-kuamko.blogspot.com

All Right Reserved

Revenge 11 : The Four

Sudah sebulan lebih Vanessa berkenalan dengan Argon. Dan sudah sebulan lebih juga mereka selalu berjumpa dan berita mengenai mereka tersebar. Vanessa menahan geram di hati apabila berita mengenai mereka tersebar. Dia tahu daripada Tiara dan Monica. Ramai juga peminat-peminat Argon datang menyerangnya tetapi tidaklah teruk. Ada juga yang bermain-main dengannya dengan menggunakan magis. Mahu meletup dia. Kebanyakkan magis yang digunakan ialah Dark Magic. Nampaknya dia mempunyai ramai musuh dari Dark Magic. Hatinya berkata bahawa dia perlu mengambil rantai biru tersebut secepat mungkin. Disebabkan Argon sering bercerita mengenai dirinya yang berasal dari Dark Kingdom membuatkan Vanessa mahu membunuh Argon.

Lagi-lagi apabila Argon memberitahu dia anak raja Dark Kingdom. Vanessa begitu yakin yang Argon di sini kerana hendak membunuh dirinya. Dia amat yakin tentang itu. Para peminat yang sering mengacaunya sudah tidak berani mengacaunya lagi apabila Argon memberi amaran kepada mereka semua. Dia langsung tidak tersentuh dengan apa yang Argon lakukan. Layanan Danny semakin diingin. Dia juga tidak tahu mengapa. Tiara dan Monica masih seperti dulu. Slyer pula sentiasa menemani Danny. Dia juga perasan yang Danny semakin rapat dengan Sarah. Sumpah dia rasa sakit hati tetapi dia tidak marah.

Kedinginan malam mencengkam tubuhnya. Dia masih lagi seperti dulu. Melakukan aktiviti yang disukainya. Melihat bulan. Cahaya bulan tersebut memancar indah. Dia terasa kesepian buat kali ke-2. Entah mengapa. Apabila dia melihat bulan, dia pasti akan rasa sepi dan sedih. Dia berasa keseorangan di dunia ini walhal dia masih mempunyai ibu angkat, adik dan kawan-kawan. Buku yang berada di hadapannya di pandang sekilas sebelum melihat bulan semula. Akhirnya, Vanessa menutup buku dan berjalan menghampiri katil. Dia mengeluarkan gambar keluarganya dari beg pakaiannya dan memeluk gambar tersebut. Pandangannya kabur. Mutiara jernih jatuh di pipinya. Dia menahan rasa rindu yang menggunung. Gambar tersebut di tatapnya lagi sekali sebelum menyimpan di dalam beg pakaian semula. Dia tidur di temani air mata yang tidak berhenti mengalir.

*****

Vanessa sedang bermalas-malasan di katil apabila ada 4 orang perempuan yang tidak dikenalinya menyerbu masuk ke bilik Topaz. Vanessa buat tidak endah dengan kehadiran 4 orang perempuan tersebut dan masuk ke dalam bilik mandi. Dalam hati dia mengutuk perempuan-perempuan yang berani masuk ke bilik Topaz.

“Siapa dekat sini bernama Vellina?!!” Vanessa yang terdengar namanya dipanggil tidak jadi untuk mandi. Dia hanya sempat membasuh muka. Vanessa membuka pintu bilik mandi dan keluar dari bilik mandi tersebut.

“Kenapa kau orang nak cari Vellina?” Vanessa bersuara. Dia melihat semula pelajar di dalam bilik tersebut mendiamkan diri termasuk Monica dan Tiara.Tetapi dia melihat mulut Tiara seolah-olah mencebik.

“Kau ke Vellina?” Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

“Aku tanya kau orang dulu. Kenapa kau orang nak cari Vellina?” Soal Vanessa buat kali ke-2.

“Sebab aku ada perkara yang perlu dilangsaikan.” Perempuan yang berambut panjang paras pinggang menjawab dengan kasar. Vanessa mendengus.

“Apa dia perkara yang kau nak langsai dengan aku?” Vanessa menyoal dengan kasar.

“Aku rasa aku tak pernah ada perkara yang perlu dilangsaikan dengan kau orang semua,” Vanessa menyambung bicara.

“Ada. Pasal Argon. Aku nak kau jauhkan diri kau dari Argon! Argon milik aku! Dia milik aku!” Dengan pantas perempuan yang berdiri sebelah perempuan yang berambut panjang paras pinggang menjawab.

The Chronicles Of RevengeTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang