BAB DUA..... geramnya...!!

917 5 8
                                    

'

     ''Assalamualaikum...''

      Shahira yang sedang berketuk ketampi serta merta terhenti. 'Macam kenal je suara?' detik hati Shahira. Tetapi bila matanya bertembung dengan mata Mr Iman lekas-lekas disambung hukumannya.

       Memang bengang ke tahap maksimum. Hati Shahira berapi-api. Nasib baik mamat tu cikgu.. kalau tidak....

        ''Sorry Sir. Can I borrow this class' cable? Our's is not woriking''

         'Memang, memang suara dia!'  Walaupun nak control ayu, hatinya meronta-ronta ingin melihat dan memastikan gerangan siapakah itu.      

          Perlahan-lahan Shira yang sedang  membelakangi pintu, menoleh ke belakangnya. Tidak lagi peduli dengan pandangan membunuh Mr Iman.

       Wajah Shahira berubah pucat. Benar-benar terkejut. Kalau ditoreh, tipulah kalau tak berdarah, tetapi memanglah dia sangat terkejut. Bayangkan lah ' THE MOST HANDSOME GUY IN SCHOOL'  terlihat dia berketuk ketampi. Di atas kerusi pulak tu.  Malunye...

        Tetapi matanya masih sahaja gatal ingin melihat senyuman yang di ukir di wajah yang telah sediakala handsome itu.. Memang setiapkali melihat senyuman itu pasti dia akan cair. Lagi-lagi lesung pipit yang menambahkan kemanisan senyuman itu. haduhsss... cair...

         Kaki Shahira sudah mula menggeletar. Hatinya berdegup dengan kencang sekali. Macam kelajuan  F1. Dup, dap. Dup, dap. Dia bagaikan di awang-awangan. Senyuman itu bagaikan magis yang membuat dia terlupa bahawa dia sedang berpijak di bumi yang nyata. Hilang sudah rasa penat yang menggila tadi. Yang tinggal hanya rasa nak cair.

         Serasanya dia sedang berlari-lari di tepi pantai (macam filem hindustani) untuk mendapatkan 'dia' yang sedang tersenyum kepadanya. Senyuman menawan yang tiada galang gantinya.

      Tatkala itu, indahnya kehidupan.. hilanglah segala sensara...

       Namun, panas yang diharap hingga ke petang tidak kesampaian kerana... Dek terlalu asyik mengelamun...

        ''ADUH!" Selamat lah Shahira tertiarap mencium lantai. Serta-merta kelas kembali gamat dan riuh rendah dengan gelak tawa pelajar-pelajarnya.

        Mana tidaknya, sungguh buruk cara Shahira jatuh, atau lebih tepat lagi tergolek. Macam nangka busuk. 

        Dan faktor yang lebih kuat untuk menjelaskan mengapa ada yang sampai terduduk-duduk, menekan-nekan perut, hingga meleleh-leleh air mata akibat ketawa, adalah keadaan  Shahira bila sudah jatuh. Macam starfish berjemuran di tepi pantai. Dengan kedua tangannya terlunjur ke hadapan dan kakinya yang sedikit terkangkang.Dengan badannya yang tertiarap bagaikan melekat mencium tanah.

           Dalam situasi begitu, semua umat manusia yang terlihat kejadian itu tertawa, malahan kalau semut terlihat juga pasti akn ketawa hingga terputus dua badan mereka, tetapi jelas terpamer di wajah Mr Iman riak bersalah dan di wajah si 'dia' riak simpati.

         '' Menungkan apa lagi?'' suara Puteri serta merta memutuskan lamunannya. Kejadian di sekolah tadi bagai menghantui fikirannya.

          '' Puteri, Shira masih tak boleh terima apa yang terjadi tadi. Dah la tu, Alif nampak Shira dalam keadaan yang sangat dan sungguh memalukan,lepas tu bukan main lagi budak -budak lainpun ikut gelak sakan.Ingat Shira clown kat circus ke.Hiiiii...!!!!!! kalau dapat esok, jumpe je mamat banyak songeh, perasan ustaz, teacher paling ngada-ngada in the world tu,memang Shira genyeh- genyeh muka dia dengan tayar kereta! kalau tak pasal hukuman bodoh dia itu,mesti tak kan jadi cam gini!"penuh emosi Shira meluahkan perasaan yang terbuku di dadanya sejak tadi.

           Puteri hanya diam sahaja, dia tahu sahabatnya sedang marah. Puteri memang  tidak banyak cakap, dia adalah pendengar terbaik, sentiasa mendengar celoteh sahabatnya.      

       Atas sebab itulah Shahira ambil keputusan untuk bermalam di rumah Puteri malam itu. Bersama Puteri, serta-merta perasaan sedih akan berkurang,perasaan gembira akan bertambah.

          ''Kalau Shira nak genyehkan tayar kereta kat mr Iman, Puteri tolong, ade ke patut dia buat gini kat sahabat tersayang'' tokok Puteri, sengaja,hendak memujuk hati Shahirah yang sedang walang.

            Sekejap sahaja marah  Shahirah kerana tiba-tiba teringatkan Alif. Ya Alif.Senyuman menawan tadi  telah di steplerkan, dan di pakukan dan di pahatkan ke dalam hatinya.

           "Tadi marah, sekarang senyum, teringatkan Alif dalam mimpi jelah,  selamat mala'' lampu di padamkan.

         ' Tahu aja si Puteri apa yang tersirat di hati.Tidak dapat lagi di sembunyikan senyuman,tatkala hati sedang berlagu riang.Puteri dan Alif memang penghibur hatinya yang lara.

            'Love you Puteri, love you Alif'. Senyum. 

        Lalu malam itu tidurnya di temani seyuman Alif. Indahnya...

                                                                                     **************

        Adohai..Apa yang dia rasa benar kini benar-benar menyeksa diri.Menyeksa fikiran, menyeksa jiwa, menyeksa perut. Heh, menyeksa perut tu sebab tak ada selera nak makan.

        Rasa bersalah dari tadi mencengkam jiwa. Puas sudah dia menghalau perasaan ini. Sekejap tadi dia berdiri, kemudian dia duduk, selepas itu berbaring, dan proses itu berulang-ulang kali dilakukan.

        Rasanya penat sudah dia berulang-alik berjalan dari hujung bilik ke hujung bilik. Jangan tanya mengapa, kerana dia sendiri tidak tahu. Tujuannya hanya untuk menghilangkan satu perasaan yang bagaikan ingin dihumban ke sungai Nil yang panjang tak berhujung.

        Dari tadi juga kotak fikirannya penuh sarat dengan perkara-perkara negatif. Macam mana kalau mak bapak budak tu laporkan pada pihak sekolah, lepas itu aku diberhentikan? Atau lebih teruk lagi kalau aku disaman? Kalau beratus sahaja tak apa, ni kalau sampai beribu, huh tak dapat den nak tolong!

        "Ya Allah inikah balasan hambamu yang berdosa? Bantulah aku ya Allah untuk menempuh ujian." Doa itu dari tadi dibacanya.

        Itulah, silap dia sendiri. Apa sangatlah silap budak itu sampai begitu sekali dihukumnya? Budak itu bukan tahu perasaannya. Dia ada alasannya tersendiri.

        Ya, alasan yang kalau diikutkan memang tak masuk akal. Kalau diikutkan alasan bodoh itu juga memang patut dia dipelangkung oleh budak itu esok juga.

        Bayangan wajah budak itu muncul di minda; gayanya, senyumannya, marahnya. Memang dari pertama kali melihat budak yang agak senget otaknya, dia sudah terpikat.

        Heh, dah tua bangka pun ada hati dengan budak. Ish, tak lah tua sangat sebenarnya; baru 24 tahun. Sah dia tergolong dalam golongan tukang 'perah-santan'.

        "Siapalah malam-malam buta ni buka lagu rock?!" Ngomelnya.

        Oh...Dia menepuk-nepuk perutnya. Dah rasa lapar pun. Itu menunjukkan hatinya dah tenang. Rasa bersalah tu, simpan esok je lah. Lagipun dia memang benar-benar ada alasan.

        OH, my girl...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 10, 2011 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

INILAH SAHABATKU...!!! SAHABAT SELAMANYA!!Where stories live. Discover now